Showing posts with label sofeya. Show all posts
Showing posts with label sofeya. Show all posts

14 April 2017

Kem masa cuti sekolah tahun lepas

Ni cerita berbulan2 yang lalu.

Tahun lepas cuti December hatitu memang kitorang tak de bercuti kemana2. So we decided nak cari kem cuti sekolah utk the kids.

Byk je ada area Shah Alam especially. But we found one in USJ 6 (dekat dengan rumah). Konsep kem ni ada mcm 5 modul. 1 modul 2 hari 1 malam. Ada break in betwen modul, so total dlm 10 hari (but tido sana selang sehari).

Paham ke..tak paham tak pe la..tak penting..heheh

Yang aku nak ceritanya, pasal tido sana. 

Kan aku tak pernah berpisah dgn anak2? Yg aku paling risaukan Sofeya tu la. Dia tu bangun tido, nak tido, 24 jam cari mama. Mandi makan pakai baju pendek kata setiap saat kena ada mama.

So how la nak lepaskan?

Tapi memikirkan Balqis ada, Insya Allah la kot.

Aku tak nak cerita panjang pasal details of the kem, well, I have my reasons.

Cuma aku nak cerita pasal kesan ke atas anak2 aku .

Balqis

I thought dia ni dah masuk remaja2 ni, dah tak heran la nak jauh2 from aku. But boyyyyy I was wrong. Hari kedua masa nak ambik balik, nampak ke aku terus berjujuk2 air mata jatuh! And guess what dia demam!

Ya Allah hai berderai hati aku masa nampak dia mcm tu. So the next modul tu mmg dia tak datang la sbb demam panas sgt. 

Overall lepas kem ni, aku nampak Balqis berubah lebih rapat dgn aku and family. Dah mula tunjuk rasa sayang dia (sebelum ni nak dengar cakap I love you mama sangat payah). And became more responsible.

Alhamdulillah.

Cuma masa kat sana dia tak tahan bila berjauhan dgn aku especially. Believe it or not diorang cerita this one night Balqis menangis sbb rindukan aku. Then adiknya pulak yang pujuk 'Tak pe la qis, jgn nangis, adik pun rindu mama'

Sweet korang berdua ni tau..heheh

Balqis terus cakap, mmg no no la asrama. Tak nak belajar jauh2 from aku. 

Fineeeee tido bawah ketiak mama sampai kawin esok!!


Sofeya

Surprisingly dia ni yang kuat compared to Balqis. Tak de nangis2 malam2 masa nak tido sbb rindukan aku. Kalau tak sebab dia kecik and belum boleh nak uruskan diri sendiri, mmg dh boleh lepaskan sendiri. Tapi benda2 mcm nak ambik makanan (hidang buffet, meja tinggi) tu agak payah la sbb Sofeya ni mmg kecik so kena ada Balqis nak tolong dia.

Overall Sofeya mcm lebih enjoy pegi kem ni compared to Balqis. Tapi maybe juga sbb Sofeya tak de nak pk apa. Semua Balqis tolong uruskan. Stress la jugak kakaknyer kan..heheh

In future, maybe kena cari kem yang lain kot for both of them. So that they can truly dpt benefit.

Sampai ustaz tu tanya aku 'Kak, bagi Sofeya ni makan vitamin apa ye? Dari pagi sampai petang aktif je dia tak tahu penat!"

:)

Ada satu modul ni, cerita pasal mak bapak (parents pun invited malam  tu). Modul ni yang Balqis tak datang so we came and pickup Sofeya malam tu instead of biar dia tidur.

After the modul patutnya bebudak ni timbul rasa keinsafan and bagi yg ada parents dtg boleh pegi peluk cium and minta maaf pada mak bapak.

So right after the event, aku nampak Sofeya datang berlari kat aku and peluk sambil menangis2!!


Sebak weiiii!! Aku pun menangis jugak!

Tapi kejap je la sedihnya..lepas tu okay.

Then 10 minutes after, Sofeya cakap 'Ma, ambik la gambar adik tengah sedih ni, tunjuk kat kak qis'


Eh drama sangat tau.. padahal sblm ni dok gelak2 ni.. ishhh



Aku

Eh mesti la ada efek kat aku!

First time tau lepaskan anak2 tido luar. (Sleep over Balqis kat rumah kawan tak kira). Nak pulak tu, first night diorang tido sana, mr p pulak tak ada pegi outstation.

Hah..merasa aku tido sorang2 dlm rumah!

Memang tak boleh tido! Aku bukak Netflix sampai ntah pukul berapa. Then kol 6 dah terkebil2 tak leh tido.


The first night tu, diorang ada activity kat nearby Masjid and parents boleh datang. So aku pun pegi la menjenguk.  Sampai2 tengok diorang tengah makan. Makan apa tau, nasik, dgn ayam sup seketul kecik, and telur dadar.

:(


Sedih sangat aku tak tau nak kata. Aku msg mr p, dia kata, tak pe la, biar bebudak belajar bersyukur makan kat rumah sedap2 selama ni!

Ye la betul..tapi aku still sedih!!!


Pas tu bila diorang makan masing2, aku tak tahan berderai2 air mata aku jatuh!

Terus aku cakap kat Balqis 'Mama nak pegi Petronas beli brg kat korang jap'


Sbb sblm tu Balqis ada mengadu sakit tekak and air putih tak disediakan. So aku ambik kesempatan lari kejap pegi Petronas nearby belikan.

Sambil dok jalan sambil nangis teresak2 sambil msg mr p bagitau sedihnya aku masa tu.

"eiii payah la u ni.. dah la pegi balik je la!"

Ei cam tu je dia reply tau. Tanak kawan!!




Ye betapa lembiknya aku as mother.


Actually since the first day of the kem tu aku mmg tinggal sorang, sakan aku  buat plan dgn kawan2 nak ajak lunch la dinner la sampai ke KL nun.

Tapi bila hantar je kat kem and tengok keadaan mcm.. ermm..kureng sikit, terus aku kerisauan and kensel semua plan and decided just pegi Sunway Pyramid / Empire je. Manala tau kalau apa2 emergency dekat je nak pegi sana.




Padahal sebelum tu bukan main mcm kambing dapat keluar kandang!


This year, memang tak de dah kot kem2 mcm ni. Semua cuti dah fully booked dgn planned vacation yang tak sabar2 iols nak pegi!!!

Nanti kita update yeh!

06 March 2017

Sofeya dapat hadiah!!

Ni cerita tahun lepas.

Sofeya has shown tremendous improvement dalam her academic, that last year dia dapat naik pentas dapat Anugerah Cemerlang.

Masa dia bagitau tu ada aku and Balqis dlm kereta. Balqis yang bukak surat tu.

"MAAA!! Adik dapat no 3!!"

"WHATTTTT???"

Fuhh.. happynya kami bertiga dlm kereta masa tu. Terus snap gambar surat whatsapp kat mr p.

Bangga sangat kat budak kecik ni. Dalam kena paksa2 study, terer jugak rupannya..heheh


Sekolah ni memang tak banyak kelas for each Tahun. Sebab tu boleh buat 1 sesi je persekolahan.



My not so baby girl!! Tapi will forever be my baby busyuk masyaammm!!





Dapat no 3 in her class. 



Lepas dapar hadiah, beratur utk ambik gambar pulak.



Puan Sri Dr Adila Sofeya :)


Congratulations Sofeya. Mama so proud of you. 

Dia ni jenis nak belajar mmg kena suruh. Kalau tak suruh, alamat memang tak belajar. Tapi I know she can do it.

In fact, tahun ni dia naik kelas 3 Ilmiah (dari 2 Inspirasi). Kira naik 1 kelas la. Alhamdulillah. So so proud of her. Target nya nak masuk class no 1, tapi at least dpt kelas no 2 pun not bad kan?

Keep it up Sofeya. Nanti suruh daddy beli byk2 ponies ok...hehehheh

12 December 2016

Sofeya yang dah baca blog

Dulu, Balqis dah discover blog aku and start reading it. Umur 7-8 tahun mcm tu kot. So kalau perasan, time2 tu jugak dah start slow sikit update pasal dia and her photos. Sebab kena ada approval dulu ok!

Now, Sofeya pulak dah pandai.

Mula2 dok tengok gambar and baca kisah masa dia lahir. Lama2 dok skodeng and baca semua kisah dia.

Lepas tu hari2 asyik tanya

'Mama dah update blog?'

'Hari ni mama cerita pasal apa kat blog?'

'Mama cerita la pasal ni (apa2 yg dia dah buat) kat blog!'

Sabar la ye nak..semoga mama lebih rajin update selepas ni!

20 June 2016

Krik krikkkkk

Gitu.. bunyi blog kekdahnya.

Sedar tak sedar dah 14 hari puasa. (ke 15?). Lauk ke, sahur ke, satu haper tak post kat ig/fb. Ada la kot sekali tu post lauk sardin sebab rasa cam sedap habis!!



Life's simple pleasure.


Padahal at the same time ada ketam lemak cili api and lauk ayam. Tapi yang ni jugak aku hadap sampai 3 pinggan and sampai sahur esoknya!


Semalam pun, masak ketam cili telur. Tapi sebab aku tak minat sgt ketam so tambah lauk telur masak kicap. Fuhhhh 3 pinggan jugak jalan! Balance2 kuah kicap simpan fridge. Sahur tadi goreng telur and makan lagik!!


Time puasa ni rasanya aku makan nasik lagi banyak dari time biasa. Kalau tak puasa, I only eat nasik once a day maybe pagi/thari. Puasa? 2 kali  beb..hahahha Acaner nak kurus.


Anak2 aku tak sihat pulak few days back ni. Tapi rasanya memang generally bebudak ramai yg sakit. Anak2 sedara aku pun yg kecik2 semua sakit. Balqis demam/selsema. Sofeya paling teruk. Pakej demam/selsema/batuk/tonsil bengkak andddd lelah!

Kesian btul. Berturut2 pegi ambik nebulizer kat klinik. 


Hari ni (Monday) memang masih tak puasa and tak sekolah. Nampak mcm dah getting better tapi aku nak bagi rehat sampai btul2 recover. Lelah ni bukan boleh main2. Kang sesak napas kat skolah lagi haru.


Tapi as usual, time sakit ni la kau boleh tengok 2 beradik ni baik. Peluk2, sanggup buat apa je for each other. Time lain?? Kem salam weih. Kalau tak bertekak sehari memang tak sah!!


Last Friday pegi klinik ambik neb. So otw balik tu Sofeya sibuk nak text Balqis.





Comel je diorang ni kan??


Masa nak type nebulizer, Sofeya sibuk tanya aku.  Tapi type temperature tak de pulak dia tanya. Rupanya konfiden je dia eja!!


Boleh la dik... yang penting konfiden!!



07 January 2016

First week of school

Seingat aku, tak de la penat camni. Maybe tahun ni extra penat because both of them masuk sekolah baru.

Balqis masuk Form 1 and Sofeya tukar sekolah.



Lama tak gosok baju!!


Orientation pulak hari and time yang sama. Aku dgn adik, mr p dgn Balqis.Nasib la sekolah dekat2, so adik habis awal sempat aku menjenguk Balqis kat sekolah.

First day paling hazabedah penat. 

Woke up at 5am (Aku dgn mr p posa). Then terus masak siap2 (bekal, breakfast, lunch). Naik motor hantar adik ke sekolah. Thank God for the motorbike, kalau naik kereta, kena keluar rumah kol 6.30 kot.

Walaupun jarak rumah - sekolah about 1km tapi jem dia lain macam. Especially first few days of school, mak bapak semua turun padang.


Aku tunggu Sofeya sampai time rehat. Just to make sure she is okay, tahu jalan pegi balik kelas.


Yg kecik tu Sofeya.


Believe it or not, aku la yang buat muka tak malu pagi tu meng-ice-breaking-kan Sofeya with the friends. Kiri kanan depan belakang semua aku yang introduce kan..hahhaa.. Harap dia, mmg membatu je la. Malu katanya.

Hari2 dia report kat aku, sapa nama kawan baru, rehat dgn sapa etc.

So far so good.


Balqis pulak, aku tanya, "Nak mama teman ke? Nak mama dtg time rehat ke?"

Muehehe... 


Of course la dia tak nak.. dah Form 1 kan. Tapi dia kata ada je parents yang datang. Bersalah pulak aku rasa. Tapi dia ok je. Cuma seminggu ni, dia demam. On off. Siang hari mmg dedar2 sikit badan, tapi tetap nak pegi sekolah. So lepas lunch tu aku bagi ubat siap2.

By the time balik petang, mmg dah lembik. Lepas dinner terus tidur. Badan panas. Aku cakap esok tak yah gi sekolah. Tak nakkkkkk nak pegi jugak!


Ye la awal2 ni banyak cikgu bagi info penting. Like meeting kelab/persatuan, taklimat itu ini.


Nasib hari ni last. Esok Form 1 cuti. Rehat la puas2 3 hari ni.


Gambar Balqis? Memang tak de la. Aku kuar je henfon terus 

"JANGAN LAAAAAAAAAAA!"


Nyampah.


Kenangan itu penting tahu???

hmmphh..



Nak mengambil Balqis belah petang tu lagi satu hazab. Jem ya ampunnnn. Pakal la cuaca sekarang asyik hujan, so aku mmg drive je la harung jem. Esok2 kalau dia dah sihat, cuaca okay, mmg jalan kaki je la.


Dulu time Balqis sekolah pagi, rasanya mcm tak hectic sgt. Ntah la maybe diorang both same school. Or maybe badan aku baru nak adjust timing.




Budak ni memang senang makan breakfast pagi2. Habis gak semangkuk cereals. Balqis dulu, mmg tak boleh langsung masuk apa2. Jenuh aku cuba train perut dia nak accept makanan pagi2, asyik la nak termuntah.

Tapi yang bagusnya aku boleh bangun kol 6.30, siap diri sendiri je, terus hantar Balqis kol 7. hehhehe


Dgn Sofeya, I have to wake up 5.30. Nak siap diri sendiri, nak siapkan dia lagi, nak siapkan breakfast dia lagi. And normally aku masak siap2 utk lunch. Supaya balik je dari hantar Sofeya, I can start doing my work. Kadang tu keluar sana sini takut tak sempat masak.


Penat weih. Tapi bukan komplen ye. Adjustment period kot. Lama2 nanti biasa lah.


Actually tak sabar tunggu 2 tahun lagi, both of them sekolah sama sesi. Sekolah rendah kat USJ ni, dengar kata semua sesi pagi. Tak de petang. Kan selalu Tahun 1,2,3 petang kan?

Not here.


Meantime, bertabah la mama. 




27 December 2015

Sembang2 anak sekolah

Dah siap ke preparation anak masuk sekolah?

Aku ni, baju2 semua dah siap beli masa 2nd week cuti lagi. Cuma sikit2 mcm anak tudung je baru beli tadi.

Buku sekolah Sofeya, dapat je kelulusan masuk sekolah yang di apply, next day aku terus gi kedai buku setelkan semua. Tapi ntah kenapa aku terlupa langsung pasal nak balut buku! Semalam pegi dinner kat rumah neighbor, borak dgn sorang jiran aku.

"So u buat apa cuti panjang?" Aku tanya

"Nothing much, sibuk balut buku teks the kids"


Oh

My

God.


Mcm mana aku boleh tak teringat langsung!!!! Padahal mmg aku dah beli pembalut buku siap2.

Tapi nasib baik jugak aku belum balut. Sebab Sofeya kan tukar sekolah? Bila aku check list buku teks/aktivity sekolah baru against the actual book yg dpt dari sekolah lama, mcm lain la pulak.


So esok ni, baru aku nak pegi balik kedai buku and nak compare dgn buku teks/aktivity sekolah yang baru.

Badge sekolah pun diorang tak de stok lagi so mmg last menet la nampak gaya aku nak menjahit.


Tu ceghiter adiknyer.



Yang kakaknyer pulak, 20 December haritu baru dapat result sekolah dapat ke tidak.

Kan aku apply sekolah kawalan (kluster/SBP)? 

Ni pun satu ceghiter jugak.


By default, semua budak Tahun 6 mmg dah ada ditempatkan sekolah menengah masing2 (sekolah biasa). Meaning, kalau tak dpt sekolah asrama, sekolah kawalan etc, kau mg dah ada sekolah lah.. paham tak?

So Balqis dpt sekolah dekat USJ ni jugak, sekolah mak mertua aku hahahhahah. 

Aku mcm, ok la tu. Worst case kalau x dpt sekolah kawalan pun, this school not bad one. Yang penting transport pegi balik dah setel. Ngeh. 


Tapi cuba jugak la nak masuk sekolah kluster ni (yang dekat rumah aku jugak). 


Sampai la 20 December haritu. Punya la tak sabar nak cek result online, tengah2 breakfast kat Nasi Lemak Pak Ayub tu aku bukak henfon cek online.

Berjaya uols!!!

Alhamdulillah.


Honestly aku mmg sangattt mengharap nak masuk sekolah ni. Tapi takut gak kecewa, sbb dengar cerita mmg susah  nak masuk, 5A tu mmg dah tentu syarat wajib. So kalau dpt ni, mmg Balqis akan compete dgn bebudak yang SEMUA pandai.

So now Balqis dah cuak. Tau pun. Kah kah.

Aku selalu pesan, kena study even harder and smarter. Kena aktif koku, sukan, persatuan. Bukan belajar je 24/7. 


So esok ni, baru boleh pegi ambik surat tawaran. Lepas tu la baru nak beli buku, badge, balut buku bagai.

Nampak gaya minggu last ni mmg busy la mak kau. 



Dah besar.

She's wearing my tudung, and my baju! Haha.

Or her baju, tapi harta sepencarian la kiranya.


Cuma kasut and seluar je tak share. 

Kasut sebab she is 1 size bigger. 

And seluar sebab.. err...aku many, many sizes bigger. Hmphh.



17 December 2015

My not-so-little baby anymore!

Sofeya dah nak masuk Tahun 2 next year. Alhamdulillah dapat sekolah yang di apply. Oh, sebelum tu nak nyelit cerita. Process tukar sekolah kat PPD sekarang kau akan dapat result on spot! Cuma kena tahan beratur tunggu no panggil. Ada la lebih kurang 2-3 jam. Tu pun aku datang 8.30. Kaunter bukak kol 8. By the time aku balik, line panjang agak hazabedah so bertabahla korang!

Tapi maybe dpt result cepat pasal sekolah baru and lama sama PPD. Mcm dulu aku tukar from Melawati - Shah Alam. Kali ni Shah Alam - USJ jek. Maybe lah.. I dono.



Dulu, masa Tahun 1 kat sekolah lama, kan banyak kali kena buli aku cerita? Sampai dia mmg tak nak pegi sekolah. Cikgu pun not very helpful. Masa tahu nak pindah sekolah, mmg happy lah dia.


Somehow, towards the end, mcm dah baik pulak dia dgn kawan2. Dahhhh satu hal sedih tak nak pindah sekolah. Last few days, melalak2 tak mau pindah sekolah

"Adik dah ramai kawan!!!"

"Haritu awak jugak kata nak pindah"

"But I changed my mind!!"


Eh suka2 kau nak tukar fikiran pulak. Bertabah je la nak. This is life!




Dia ni mmg sinonim dgn badan kecik and picky eater. Tapi I feel she's a bit taller now. Cuma mmg kurus. Makan mmg picky. Kalau buat lauk pedas kena masak lauk asing, sbb dia tak makan pedas sgt. Nak suruh habis makan sepinggan tu memang bercinta la. Seketul2 nasik dia masuk mulut.


But now, selera makan dia membuak2. Perhaps at these age, bebudak kuat makan kot. Malam contohnya, dinner memang makan. Tapi nanti kol 10 malam, time aku dah sedap2 tarik selimut, dia masuk bilik aku, sambil muka kesian, usap2 perut


"Lapar la ma"


Ya ampun. Jom la turun dapur. Aku ni bukan boleh kalau dengar anak lapar. Tak sampai hati nak suruh je masuk tido. Kang aku yang tak tido terkenang2 anak tgh kelaparan.

Cam semalam dinner, sepinggan nasik and 2 ketul ayam setel.


"Lapar lagi ma!!!"


Errk.. ok. Nasib ada balance2 roti telur cheese petang tadi tak habis. Dlm 1 1/2 keping roti gak habis.


"Ma, lapar lagi!!"


Ya rabbi!!



Nasib kau comel nak oi. 










19 November 2015

Kalau dah cerita kakak, kena cerita adik jugak

Kalau tidak adik jeles :p

Dari Selasa bila Balqis dpt 5A, Sofeya pun tak nak kalah, 

"adik dapat 8A!!!!"

Sambil muncung2 mulut.

Iye dik.. awak pun terer, mama tahu! Tapi just for that one day lets just celebrate your sister ok?


But truth is, aku memang proud dgn achievement Sofeya. Cuba la korang bayang yeh

Awal tahun kedudukan dalam kelas 34 (or 37, tak ingat). Kedudukan dalam seluruh tahun 1 is 100++.

Masa ni, memang rasa nak pitam. And masa jumpa cikgu kelas dia, mmg cikgu dia pun mcm dah putus harap.

"Kalau mcm ni tahun depan memang turun kelas"


Sedih aku. Dah la aku mmg ada sikit bengkek dgn cikgu dia. Ada few incidents. Tapi malas nak panjang2 kan. Ikut aku, mmg nak report kat Guru Besar. Tapi mr p kata tak yah la, lagipun tahun depan nak tukar sekolah dah.

Fine. Good luck la kalau anak korang dpt cikgu yang sama huhu


Well anyway, kan aku ambik jugak cikgu tusyen utk Sofeya? The same teacher yang ajar Balqis, aku mintak dia ajar Sofeya jugak.

Ye. darjah 1 dah tusyen. Sangat kontra dgn prinsip aku dulu2 yang anak2 tak payah tusyen lebih2 lagi kalau mak duduk rumah.

Puih. Rasakan kau konot jilat ludah sendiri. Itu lah, lain kali kalau belum cukup pengalaman mendidik anak jangan eksyen ok?


So, mid term, Sofeya dapat no 15. Huge improvement dari 34 kan?

Then akhir tahun, dia dapat no 7!! And paling best kedudukan seluruh Tahun 1 dia dpt no 16!!

Terer tak????

And guess what, dia maintain kelas pertama!!!


Masa Sofeya bagitau result, aku cam nak melompat happy sgt! Puas hati pun ada..hahahha sbb dpt buktikan kat cikgu dia, sila jgn putus harap ok? Tapi i donch care lah what u think, nak pindah sekolah dah tahun depan!

Walaupun dia tak dpt apa2 anugerah, tapi aku cukup happy and bangga. Like I always tell them, janji kena rajin usaha bagi improve.


Actually, Balqis dgn Sofeya ni mmg dua opposite character. Different strenghs and weaknesses. Tapi tu nanti cerita kat post lain. 


Yang nak cerita sekarang cuma aku sangat happy dgn diorang. And sangat2 berterima kasih dgn cikgu tusyen dia. Utk Balqis, I think major contributor of course sama berat between herself, cikgu skolah and cikgu tusyen. 

But for Sofeya, mainly mmg aku bagi credit kat cikgu tusyen dia. Orangnya sangat penyabar melayan perangai Sofeya yang tak berhenti2 bercakap sepanjang kelas. Kadang tu aku dengar diorang dok nyanyi la, hehe. Pendek kata, mmg pandai la melayan Sofeya.



Sofeya mmg suka My Little Pony. So masa kelas yg last tu, cikgu dia lukis ni and bagi as present.

Sweet kan?


One thing aku tau bebudak ni suka tusyen sbb Sofeya especially asyik tanya "bila nak tusyen lagi ma???"




Dia ni mmg suka bergambar, Pantang ajak selfie, mesti nak. 



Champion kalau buat muka. 


Memang anak mak!


01 September 2015

Sofeya sparring taekwondo

So Sabtu lepas, Sofeya ada tournament.

Kejohanan Remaja Klang.. ke amenda ntah nama dia. Ni bukan test nak naik belt ye, ni lawan2 tendang2 orang..huhuh.

Mr p memang awal2 tak bagi masuk. Tapi Sofeya nak jugak! Aku pun tak de la nak halang, sukati la kan..  so fine.. masuk la.

Training 3 kali seminggu. Sampai ke Kota Kemuning tu hah aku menghantar malam2. Anak punya pasal, kita ikutkan. Mana tau terer kan?

Masa training boleh tahan terer la jugak. So aku pun tak la risau sangat.


So pagi2 Sabtu, seawal 7 pagi dah sampai kat Klang. Cikgu dia dah cakap Sofeya yang first.


Agaknya paling ringan kot! hahahhah


So ok fine.. 


Opponent dia sorang budak pompuan ni, dah green belt. (Sofeya baru kuning)



Sofeya kaler merah.



Start2 je......

Omak aiiii teruk anak aku kena belasah weiiiii!!!


Pum pang pum pang budak tu tak berenti tendang. Kiri kanan depan belakang siap!


Aku dah terjerit2 takut weih. Balqis dah marah aku 

"Ma boleh tak jangan bising sangat! Malu lah!"


Sofeya cam terkejut kot.. time training tak de la budak lain terer camnih.. Memang kurang melawan la first round tu. Kena belasah sakan.

Habis first round, the coach kat tepi tu agaknya bagi pep talk sket, so the second round was much better. Better pun, mmg tak leh celen budak tu la. 


Then habis 2nd round, tunggu judges kira markah kot, which pada aku, weih tak yah kira markah la, sah2 anak aku kalah. Meh la sini bagi anak aku balik aku nak peluk!!


Time tgh tunggu tu, nampak muka Sofeya dah terkebil2 tahan air mata. Kejap2 pandang kitorang. 5 kali kebil mata, terus meleleh2 air mata keluar tang2 tu jugak!!


Sedihnya aku oiiii!!!


Dah setel (obviously budak tu memang duhh), keluar ring tu, terus membuak2 nangis.

Ntah la sbb sakit ke, atau kalah ke..


Tapi yang penting aku agak lega dia kalah sbb kalau tak kena stay and lawan lagi.. haha.. baik la kita balik makan Nasik Lemak Pak Ayub dik oiii..







06 August 2015

My complicated girl

Anak bongsu ni sama ke tak ye.. aku tatau la anak bongsu korang camne.. tapi my Sofeya ni, alahai manja kededek rasa mcm kalau boleh duduk bawah ketiak aku je la sampai besar esok.

Ni cerita many, many months ago tapi ni salah satu contoh la betapa complex nya nak menjaga budak sorang  ni.




Antara benda/ubat yang wajib kena guna SETIAP HARI, twice a day.


Coz dia ni masalah asthma yang agak teruk, so twice daily kena puff seretide (color purple). And bila lelah unfortunately attacks, kena puff ventolin (color grey).

Vicks, sapu bila nak tido kalau ada wheezing.

Krim putih tu eczema, one for the eye area, one for the body.

Minyak yuyi tu buat sapu kat kaki, dia ni kalau sejuk sgt mula la sakit kaki lenguh so I have to sapu and urut every night.


Sikat, well perlu ada sbb nak cantik selalu -___-


Aku je yg tau benda2 ni. So mmg agak payah nak lepaskan dia tido dgn org lain. Kadang tu ada jugak tido kat rumah mak mertua aku, kalau one or two times ter miss sapu ubat eczema, mmg alamat makin teruk la balik especially area mata dia. 


Few mths back adik ipar aku (Angah) dtg dinner, then masa nak balik tu Sofeya pun nak ikut, tido rumah Angah. Org dah nak gerak baru dia hegeh2 nak ikut skali, so kalut la aku pack brg2 dia. Kalau takat baju mmg boleh je share dgn cousin dia tapi benda2 mcm kat atas tu ler..

Aku pakai kan siap2 Sofeya the creams and puff seretide so setel dose utk malam tu. Esok pagi punya boleh la buat masa dah ambik dia, so tak de la nyusahkan sapa2.

Dah peluk cium bagai, mr p pun hantar la semua ke bawah.


Few minutes after, aku dok kemas dapur, aku dengar pintu bukak.. then..


"Mama!!!!!!"


Aik???


Terus datang peluk aku sambil meleleh2 air mata. Kau dah kenapa nakkkk


"Masa turun lif tu adik dah nervous, adik tahannn je.. pas tu masuk kereta, adik tak tahannn adik rindu ma!! Adik nangis!!"


Duhhh...




Baby anjer anjer...

Dok bawah tiak mama sampai kawin lah yer?

09 July 2015

Sofeya turns 7!

So 2 hari lepas Sofeya punya 7th birthday.

Dah besar anak mama. Tapi why do I feel like she is still my baby? Perhaps anak bongsu kot yeh? Forever akan jadi baby. Manja terlebih.

Kekdg tu aku geram sbb semua benda nak aku buat. Like bila aku suruh mandi jawapan standard 80% of the time adalah

"Ma mandikan boleh?" or

"Ma tolong bukakkan baju" or

"Ma dukung pegi bilik air"


Pas tu kalau tak buat muka muncung mencuka merajuk.


Weih!


Tapi balqis kata kalau aku tak de, ok je dia buat semua benda sendiri. Ngada je lebih. Probably sebab aku pun memang pamper dia lebih2. Padanlah muka sendiri. 

Tapi tak pe, dia je la tempat bermanja nak peluk cium gomol. Nak gomol Balqis lebih2 dah sama besar dgn aku kang dia flying kick aku...pitam mak kau!



Sofeya ni aku perasan agak panas dgn aku. Hari2 konfem ada gaduh. Especially bila tak ikutkan apa dia nak. Tapi yang aku heran, bila dgn mr p ok plak. Daddy cakap NO, means NO. Sofeya pun OK. Dengar kata.

Tapi kalau dgn aku, banyak nau TAPI... PLEASE... BUT MA!!!


Adeh... mmg high blood pressure aku.


Tapi gaduh2 pun. Sofeya ni pandai ambik hati. Tak susah nak say sorry. Cam tu la dia, cepat bagi aku marah, tapi cepat nak bagi aku sejuk balik. Kadang tu aku kecik hati merajuk mmg dah nekad nak mogok tak mo cakap seharian. Pegi la kat bapak kau kan..jgn cakap dgn mama lagi..gitu kekdahnya.

Tapi paling lama pun few hours je la bertahan. Either Sofeya akan minta maaf, atau mr p sound aku "eh u ni sudah2 boleh tak dgn budak pun nak kecoh kan?"


Eh sukati la!!! hmphh!



Sofeya ni bijak, peramah, and always curious. Semalam balik skolah dia babai and tegur guard kat rumah aku

"Semalam harijadi saya tau!"


-____-




2-3 hari ni tengah2 malam rajin pulak dia masuk bilik aku. Sakit kaki la, sakit kepala la, sakit perut la, eh semua la anggota badan dia sakit. Aku pun malas nak bangun pegi tidokan dia balik so meh la naik katil berjemaah.


Aku tido tengah so budak kecik ni kat tepi la kan. Esok paginya Sofeya cakap


"Ma, lain kali boleh tak bagi adik tido tengah, ma tido tepi. Kepala adik asyik kena side table sakit la!"

Eh eh ehhhhh cantik muka ye.. dah la masuk bilik tido org nak bagi arahan plak kan.. mcm nak permanent je tido bilik mama nampak? Kah kah.. sori ye.. zaman tido berjemaah ramai2 dah berlalu ye dik!






Dia demand 3 celebrations.


On the day itself, kecil-kecilan sebab puasa.

On hari raya (sebab sekali dgn birthday mr p), medium celebration.

After raya nak invite ramai2 buat BIG PARTY.


-_____-


Diva sangat



To my sugarpop,


Mama sentiasa doakan Sofeya jadi insan yang berjaya dunia akhirat. Belajar elok2, dengar cakap mama daddy and kak qis. Jangan lawan cakap. Be good to your friends, teachers and families. 


Mama sayang adik banyak sangat. Even tho we always fight but always know that I love you too much! 









03 July 2015

Cerita bulan puasa

Hi korang!

Dah 16 hari kita puasa tak lama lagi dah nak raya. Tahun ni satu lauk pun haku tak update. Konsep malas gitu.

Penat pun ye. Penat ya ampun tahap nak nangis tak tau nak cakap mcm mana. Bukan nak komplen ye cuma nak cerita.  Pagi seawal 4 pagi aku bangun (kalau penat sgt 4.15, 15 menet tu sangat berharga!) prepare sahur. 

4.30 kejut bebudak makan. Kena kejut awal sbb Sofeya ni makan slow sangat. Kadang tu sebijik2 nasi dia suap masuk mulut tak ke hangin aku. Nak tunggu dia makan sendiri memang tak la so kadang tu aku makan sendiri awal2, time dia bangun tinggal aku suapkan  baru habis sepinggan.

Setel makan kemas dapur, sidai kain and by 6.30 kejut Balqis pegi sekolah.

Balik tu memang tak de la aku nak tidur. Sebab utama, aku mmg tak leh tidur siang nanti lagi penat dan sakit kepala. Tapi bila tak tidur mmg akan penat jugak..hahaa so acaner tu?

Kadang tu tertidur jugak lat, sedar2 tu sampai nganga2 mulut aku sbb penat sgt. 

Tapi another reason aku suka buat keje pagi2 sbb rasa sejuk nyaman and tenang.

Sofeya mmg aku biarkan tidur sampai kol 10 at least. Biar kurang masa siang dia berjaga takut dia lapar.

Oh and korang tau tak dia PUASA PENUH?

Oh my God that little girl I am so proud of her! 

Dah la tahun lepas2 tak pernah langsung puasa. Cuma the first 3 days je dia melalak2 sampai basah tudung sekolah (seriouslyyy) tak tahan sangat lapar. 4th day onwards ALHAMDULILLAH syukur dia dah biasa, tak de komplen. 

Cuma dia kata, "kalau mama priyed (period) adik pun tak nak puasa!"

Ok fine, maka "puasa" sebulan la aku nampak gaya :p



Lagi satu penat nak memikir lauk apa nak masak. Sebab Sofeya puasa so memang dah tentu kena ikut tekak dia. Tapi dia ni tak susah janji kena rotate ayam masak lemak, sup kaki ayam, nasi goreng, ayam goreng atau telur goreng dgn nasi kicap.

Kalau tak de tu kesian la pulak kan.


Balqis pulak tak sihat, minggu ni je dah 3 hari dia tak pegi sekolah. Kesian aku tengok. First day sakit tu gagah jugak la puasa tapi masuk 2nd day tak baik2 aku suruh buka je. Batuk, selsema, sakit tekak demam kahak semua complete!

Suruh minum air berbotol2 bagi cepat baik. Tapi tunggu adik pegi sekolah baru boleh makan. Dah la minggu depan nak trial UPSR tu yang aku suruh rest betul2.




Keje Kay Parlour pulak belanbak2 tambah hujung bulan + raya. 2-3 jam dalam kereta  buat delivery tu dah pasti hari2 so memang penat tak tau nak kata, tapi rezeki kan takkan nak komplen.

Pos pun banyak and kalau korang nak tau Poslaju mmg agak delay sikit. Biasa next day tu dah dpt parcel, tapi lately aku byk dpt komplen parcel 2-3 hari lambat.

Sabar ye korang mmg festive season mcm tu. 



Ok la tu je nak membebel di pagi Jumaat. Nak lipat baju sekarang. Bai.



Upah sbb berpuasa kena masuk Speedmart balik skolah beli air. Kadang tu air sejuk kosong pun nak beli janji kena beli!





18 June 2015

Selamat berpuasa!

Dah masuk bulan Ramadan kan?



How time flies. Oh well, time fly, fly jugak, lemak aku ni ha tak jugak2 fly! Nasib kau la lemak. Aku dah pasrah!


One thing aku teringat sampai sekarang, masa darjah 6 dulu ada kawan aku sorang ni pernah cakap

"Baru sehari puasa!"

Then ada sorang lagi ni cakap

"Eleh kau tengok la, ni baru sehari, nanti sedar tak sedar ehhh dah 29 hari, dah nak raya dah!"


Kan... and that was 25 years ago. Can't believe it's been that long. Aku teringat lagi time darjah 1 my mother dukung aku gi meja makan time sahur. Dengan mata terlelap2 tu la dia dok suap aku makan nasik dgn sup ayam (yes i remembered that exact moment and exact menu).

Dulu2 tak ada pun sup bunjut adabi tapi kenapa sup mak aku sedap sangat? Skang ni aku pakai sup bunjut pun tak dapat sedap cam mak aku buat!

Alamak tetiba teringin sup ayam!! Baru pukul 7.30 pagi ni acaner?

Ceh mcm budak2 konot!



Tahun ni dah cakap kat Sofeya kena puasa penuh. Kalau korang baca last year omak aiii drama boleh dapat best actress!

Pagi tadi kejut sekali je mmg senang nak bangun. Pas tu aku fefeeling nostalgic terus dukung gi meja makan and suap dia jugak mcm aku dulu2! Kah kah!

Alhamdulillah habis sepinggan nasi dgn ayam goreng dia makan.

Bagi minum susu and air putih.


Pas tu masuk bilik bawak air putih, aku suruh minum cepat sbb nak azan dah ni. Sebelum tu bukan main liat nak habiskan sebotol je pun air. Dan2 azan je, tetiba tu la dia haus!!

"Maaa... adik baru minum 1 sip je ni!!!"


Eh sudah! Nengada tau auta je lebih budak ni.




Ok ada gazillion things I haven't updated.


Esok2 la ye.. nak pk menu berbuka :)




31 May 2015

Haihh la cikgu!

Aku ni bukan la nak kondem cikgu. Aku tau la cikgu2 ni banyak keje. Especially public schools where satu kelas 40++ budak. Tambah cikgu Tahun 1. Aku yang nak layan Sofeya sorang tu pun dan angin kus kus sehari try imagine 40 of them!

Fine, I understand.

Yang aku tak boleh terima bila kau kurang responsive, and bila kau tak apologize for the  mistake that you have made.

Besar sangat ke ego utk apologize? Bukan ke satu contoh yang baik kalau kau apologize?


Couple of weeks back, Sofeya cerita kat aku dia kena denda berdiri atas kerusi sebab tak bawak buku. Dia sorang je pulak tu. Nak nangis aku dengar. Tambah nak nangis sebab aku sendiri yang tolong dia buat jadual hari2 and aku tau apa buku dia bawak and I would know kalau ada buku yang tinggal.

Next day I texted her teacher, trying to be nice, I even apologized bagi pihak Sofeya. Aku sendiri tak tahu mana buku tu pegi sbb memang tak ada kat rumah. I thought all these while memang ada dgn cikgu. Maybe tercicir, maybe masuk beg kawan ke.. tu je la teori aku.

I apologized. Tapi cara cikgu tu balas tu mcm nak tak nak je. Sakit hati. Tapi tak pe la, malas nak panjang cerita.


Last Friday, Sofeya told me

"Ma, dah jumpa dah buku tu! Ada dekat rak belakang kelas je all these while"

FYI, buku bebudak most of the time mmg cikgu letak kat rak belakang kelas. Aku assume mmg kat situ all these while. 


See, tak pasal2 anak aku kena denda for something that is obviously not her fault.


I asked


"Cikgu ada minta maaf dgn adik tak? What did she say?"

"Tak de, cikgu cuma kata, lepas habis buku yang sekarang, pakai balik buku ni"


Kalau korang la, sakit hati tak? What would you do if you were in my shoes?


Ikut hati, mmg aku nak cakap je dgn cikgu direct. That I think my daughter deserves at least an apology (atau cikgu sila berdiri atas kerusi!). Setidak-tidaknya, bebudak akan rasa respect kat cikgu, kot? Ntah la.. that is how I feel. Sebab kalau aku pun buat salah kat bebudak, aku akan minta maaf.


Tapi tu la..kalau ikut hati, nanti, I am pretty sure, cikgu susah nak terima. Alih2 nanti, anak aku jugak jadi mangsa kena mark dgn cikgu.


And please ya, this is not the first time insiden aku tak puas hati.


Sebelum ni, ada few times aku text cikgu nak bincang hal Sofeya, tapi tak berbalas. Sampai aku sendiri pegi sekolah cari cikgu (masa hantar Sofeya). Ronda satu sekolah tanya sana sini, tak ada. Sampai bebudak dah masuk kelas, aku decide nak balik je la, takkan nak ganggu dalam kelas pulak.

Kebetulan nak balik aku lalu kantin. Nampak Sofeya tengah duduk sorang2 kat situ!

Aku tanya "kenapa kat sini? Why are you not in class?"

Dia kata "cikgu tanya mama ada kat sekolah ke? cikgu suruh adik tunggu mama kat sini."

Whatttt????


Cuba kau bayangkan kalau aku tak lalu kantin, sampai ke sudah la Sofeya duduk situ tunggu aku. Thing is cikgu sah2 tahu aku kat sekolah tengah cari dia. Sebab tu la kot dia suruh Sofeya tunggu aku kat kantin. 


TAPI! Tak boleh ke text aku balik cakap Sofeya tunggu aku kat kantin???


Tahan sabar je la aku.



And you know how kat rumah, kita as parents nak didik anak pandai bercakap, tanya apa yang tak paham. Bila kat sekolah, lain pulak jadinya. Selalu aku cakap kat Sofeya, 

"Kalau tak faham, tanya la cikgu"

"Tak nak, cikgu marah"

"Cikgu marah mcm mana?"

"Cikgu cakap - Hishh apa lagi??? Dah pegi pegi pegi!!!"


Kau tengok?????



So skang aku yang fussy ke? mcm mana?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...