09 March 2012

Jamu Mak Dara Gold

Gambar ihsan google.. tenkiu

Semenjak aku sibuk meroyan haritu, ada bermacam2 benda yang aku cuba-try-test nak minimize expenses. 

Supplements included.

Aku ni kan pantang nampak benda baru, memang menggebu2 nak beli. Lepas tu, bila try 1 botol / kotak / packet tak de kesan, mula la malas. Memang dasar nak kesan cepat!

Utk supplement (skin especially) segala mak nenek aku dah try. Ada yang ok, ada yang tidak. Yang mahal kedebabom tu op cos ada kesan, tapi memang rabak la poket bila memikirkan tetiap bulan nak kena kuar beratus2 kalau nak maintain.

Nehi nehi kabinehi!!

Kedai dia memang kat Melawati, tapi sebab selalu tutup awal (kol 6 / 7 i think, obviously aku tak balik keje lagi) so selalu x berkesempatan nak masuk tengok2.

Selalu dok baca review org je. Macam ok.

So haritu aku cuti, kebetulan lalu depan kedai Jamu Mak Dara (JMD) ni. Aku pun masuk la, tanya2 pasal JMD ni. Apa yang sesuai utk aku yang dah beranak pinak and kedut seribu ni.

So the lady suggested JMD Gold. 

Tanya rege, RM45 (kot, ke RM49, aku tak ingat) utk supply selama 2 minggu (60 capsules, 2 pagi, 2 petang).

Ok jugak la, so sebulan less than RM100.

Aku pun tanpa pk panjang terus ambik sebotol. Lagipun the lady tu was so nice. Tak de pushy sgt. And her skin pun Masya Allah flawless nyer! Tu yang buat aku berkobar2 nak beli!

And my review...

After complete sebotol (ada la sekali sekala aku tertinggal makan), well, obviously, tak de la nampak sgt kurang berat badan ke, kulit lawa ke etc.

Tapi the immediate effect that I can tell is

1. Buang angin. Memang aku burp byk and pening kepala kurang sikit. (burp okeh.. ai tak de kentut banyak). In fact, dlm 2-3 minggu lepas, sekali dua je kot aku sakit kepala. 

2. Berak on time. Aku ni, ada sikit masalah pembuangan. Pagi2, tak de rasa nak berak. TAPI, once dah masuk makanan dlm mulut aku (time bfast) time2 tu jugak la aku rasa nak terkencet. TIME TIME TU JUGAK! Tensi okeh. Sebab tu aku jarang bfast kat luar. Mcm pemangkin kot makanan tu gamaknyer. B4 ambik jamu ni, workaround aku dulu is, bangun pagi, terus minum air byk2 bagi ada rasa nak berak. Sometimes it works, sometimes tak jalan. Paling 'best' time aku dah start enjin keter or dah masuk highway, masa tuuuuu lah contraction datang.

HARU!!!!

So, bila aku start makan JMD Gold ni, aku normally ambik pagi2 b4 pegi keje. (Time perut kosong). And petang once balik keje aku terus ambik lagi 2 bijik. Then, pagi2 lepas bangun tu, then terkencet / contraction akan dtg secara semulajadi tanpa perlu ada pemangkin. And woshhhhh goes everything!!

Maka bolehla feelin feelin perut flat lepas tu.. hikss..

LEGA!!!

3. Badan rasa ringan and tak mudah penat. Errr.. mabe saiko jugak, tapi aku ada la rasa tak penat sgt. Idak, balik2 keje tu memang rasa nak terjun kat katil jek. Tak mandi ke tak makan ke, tak pedulik. Nak tido je keje aku. 

4. Period regular. Ni lagi satu masalah aku sejak azali. Orang normal cycle 28 hari. Aku ni kekdg 30, kekdg 32, kekdg 40. Kalau stress tahap cipan kekdg boleh miss period sebulan. Kalau tahap dewa stress kekdg kuar mcm air terjun. Last month punya cycle, ON TIME 28 HARI. Sampai aku terkejut sbb tak sangka dtg awal mcm tuh.

Maka, so far, tu je immediate result yg aku bulih nampak. Aku dah masuk second bottle, and planning to continue makan. Tapi time pregnant tak bley makan.. so nampak gaya tak lama lagi kena stop...

Lalallalalallalallalalalallala

Dah.. gi beli cepat!

6 comments:

Munie Mustafa said...

mmg best jamu ni tapi aku sejak2 dah tak dak hempedu ni tak berapa nak berani makan jamu ...sebab tak dak organ utk filter dah ...hehehhe...

Konot said...

since when hang tak dak hempedu? what hepen?

Munie Mustafa said...

hahahah...last 2 yrs dah ....ada batu karang kat hempedu ..so dr. advice buang sekali ngan hempedu sebab hempedu aku pun dah tak ok ...

Farhana Izni said...

sis still makan lagi ke yg ni.. ok ke :D

....dang anum.... said...

Org yg dah menopouse bole mkn ke

shikin atan said...

dengar cerita batu hempedu terjadi kalau tahap kolesterol tinggi sgt so kena jaga pemakanan and cek tahap kolesterol and ada ubat utk turunkan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...