Showing posts with label info sharing. Show all posts
Showing posts with label info sharing. Show all posts

08 April 2014

Shopping kat Melbourne

Assalamualaikum,


Sapa nak pegi Melbourne and nak shopping cepat bookmark page ni. Sebab aku nak kasik tips mana nak shopping murah.


Well actually tak de la murah kebabom sbb kalau convert exchange rate, boleh tahan gigil jugak nak bayar credit card. Tapi still considered murah compared to Malaysia kalau btul2 tgh sale.


Direct Factory Outlet (DFO)



Link kat sini

Ada a few DFOs as you can see dlm website tu. The one that I went is in Essendon. About 20 mins drive from rumah kakak aku. It's a huge place with segala mak nenek brand and offer that you cannot resist.

Tak de la high end brand mcm Gucci, LV, Prada Chanel etc. Tu kalau ada pun aku pandang je kot!

Among the famous brand yg ada are Oroton, Coach, Pumpkin Patch, Cotton On, Esprit, Levis, Kathmandu, Fossil, and many more.


Tempat makan ada. Kalau tak salah aku ada kedai jual kebab kat situ. (Because we came after lunch so tak de la mencari kedai makan). But ada je cafe and bakery kat situ.


BrandSmart


Link kat sini


Ni lagi dekat dgn rumah kakak aku. But the center not so huge as compared to DFO. But byk jugak range brands yg ada as u can see in the photo above.

Kedai makan ada, but not sure ada halal range ke idok. Kalau tak de sgt beli je la subway vege and hot cekelat, setel!



Smith Street


Link kat sini

Ada a range of sports outlet kat sini like Adidas, Brooks, Kathmandu etc.

Kalau suka menyopping brg2 sukan, sila la dtg ke sini dan membeli especially waktu sale.

Kedai makan I dono, sebab sebelum tu dah makan kat Little Ipoh.



MyChemist 

Link kat sini


Have I mentioned this is my favourite place to shop?

Again, 2-3 years back would be cheaper because of the exchange rate. But some things are still cheap sbb they are just cheap!

Kalau dtg sini wajiblah beli vitamins and all those supplements berbotol2 bawak balik Malaysia. And perfumes too!!

MyChemist normally ada kat all the shopping mall. But dekat area rumah kakak aku (about 5 minutes drive) ada the warehouse that we will normally singgah lepas balik jalan almost everyday...hehehe



So far ni je yg aku jumpa kat sana. Kot ada lagi yg lain, tatau la plak kan.


Hope this will help kalau ada yg plan nak ke sana nanti :)



18 July 2013

Doa selepas solat tahajjud



Assalamualaikum,


Entry pendek, just nak share doa selepas solat tahajjud.

Solat tahajjud ni solat yang dilakukan waktu lepas bangun tidur di tengah malam. Aku pernah terbaca, kena buat selepas tidur. Kalau kita buat sebelum tidur, dah tak kira. Means, kena tidur dulu, then bangun buat solat. 

Contoh, kau tidur pukul 10 malam, then bangun pukul 3 pagi, buat solat tahajjud.

Kalau kau berjaga, tak tidur sampai pukul 3, tu tak kira.


Solat malam ni, biasa kita buat untuk mendekatkan diri pada Allah.

Kalau tak salah aku, hukumnya sunat muakkad. Means, sangat2 dituntut. Kalau boleh, seumur hidup, kena buat at least sekali.


Bulan Ramadhan ni, kalau boleh jom la kita sama2 amalkan solat malam. Dan kalau boleh, lepas Ramadhan pun kita teruskan amalan ni. Aku pun, baru nak start amalkan.


Moga kita semua akan diberikan hidayah untuk terus beramal. Insya Allah.



Ya Allah, untuk-Mu segala puji-pujian, Engkaulah pencipta langit dan bumi dan apa-apa yang ada di dalamnya. Untuk-Mu segala puji-pujian, Engkaulah empunya langit dan bumi serta sekalian isinya. Untuk-Mu segala pujian, Engdaulah penyinar langit dan bumi dan mereka yang di dalamnya. Untuk-Mu segala pijian, Engkaulah yang benar, janji-Mu segala benar, berjumpa dengan-Mu kelak adalah benar, kata-kata-Mu adalah benar dan Muhammad saw itu benar dan hari kiamat itu benar.
Ya Allah, Kepada-Mu aku berserah, dan terhadap-Mu aku beriman, dan kepada-Mu aku bertawakkal dan kepada-Mu aku akan kembali dan dengan-Mu aku berpegang teguh dan berdasarkan hukum-Mu aku bertindak. Kerana itu, Ampunilah segala dosaku yang lalu dan yang akan datang, begitu juga yang kusembunyikan mahupun yang kulakukan secara terang-terangan. Engkau Tuhan yang awal dan Engkau tuhan yang akhir (kekal), Tiada Tuhan Yang Disembah melainkan Engkau dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kehendak Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...