Showing posts with label tv series. Show all posts
Showing posts with label tv series. Show all posts

27 January 2016

The Walking Dead

Ini obsession terbaru aku.




Ni gara2 cousin mr p (yes you Gina!) dok kenen2. Aku dgn mr p layan la satu episode. Mr p tak minat. 

Aku? Hoihh terus tersangkut.

1, 2 ep tunggu la mr p nak tengok sama. Tapi asyik la dia tidur tak ingat, so sori the mori ye.. tak leh dah nak tunggu..kita layan je sorang2.

Nak2 pulak citer yang aku follow semua tengah season break agaknya. Mati kutu weih tak de citer nak tengok.

Ok, nampak nau kuat tengok tv. Kah kah.


Citer ni, memula tu tak de la best kebabom sangat. But as you watch few eposides, you'll grow into it.

Ada sikit2 mcm citer LOST. Tak tahu hujung pangkal. Memang lost la kekdahnyer..hahah

Tapi mcm mandrem tak leh nak stop tengok. Sebab lepas habis satu episode mesti mcm kau nak tau what will happen next.

Ni antara favorite character yang aku suka



Rick Grimes


Nak kata hensem nau nau, idak ler sangat. Hensem lagi Damon Salvatore. Eh, jangan la dicompare. Abam Damon tetap bertakhta di hati. 

Tapi makin lama tengok citer ni, makin jatuh hati kat character Rick ni. Sebab dia ada semua ni ciri2 suami mithali and leader yang sangat charismatric.

Dia ni kira main character la dlm citer ni.




Daryl Dixon


Character dia ni menarik. Mula2 mcm bad boy sikit. Tapi lama2 kau confirm suka sbb dia ni memang survivor. Kalau contoh kau sesat dalam hutan, sila wish utk sesat dgn dia. Konfem boleh hidup. Muka cam ganas, tapi dalam hati ada taman. Penyayang. Gituh.

Ni ada sikit boleh compete dgn Damon Salvatore.


Kalau korang suka tengok citer ngarut, tak masuk akal, seperti Vampire Diaries dan sekufu dengannya, sila layan citer ni. 


Citer ni mcm zombie la. Kira orang mati hidup balik jadi zombie (they call it WALKERS) dan makan orang. So ada beberapa kerat je manusia yang masih hidup and kena cari jalan to survive.

Best.


Ok dah pegi tengok. bai.



07 May 2015

Greys Anatomy punya cerita

So siapa follow GA cepat angkat tangan!

Aku mmg ikut dari dulu. Tak lain tak bukan Patrick Dempsey la attractionnya.



Dah sinonim PD ni dgn Derek Shepherd. Bila tengok dlm Transformer dia jadi villain cam tak leh terima.

Mana boleh hensem2 camni jadi jahat! Ish!



Masa season 10, I thought that was it lah..habis dah kot GA ni.
Lama sgt kot!

Then tetiba ada season 11. Ok la layankan je walau sepanjang season tu mcm malas gak nak tengok.
Balik2 same drama. Pas tu ada byk episodes yg Derek tak ada. Ke Washington kekdahnyer.


Wah beria cam citer betul je kan ahhaha


Anyway,

As most of you already know, episode 21 Derek Shepherd MATI.

A bit shocking, tapi kalau follow season ni mcm dah boleh agak actually.

Belakang tabir bila dibaca (google part ni mmg aku rajin) rupanya Shonda Rhimes ada issue dgn Patrick Dempsey.

Sbb tu ada byk episode yang Derek tak ada sbb rupanya dia suspended from the set. Tak tahu pulak detail kenapa tapi gossip kata PD ni berlagak cam diva.


Hey dah hensem camtu harus diva!!




Sedih tau..


Sendu2 aku nangis tengok episode ni. Terasa mcm aku Meredith pulak..


Greys Anatomy ni suka buat org mati tau.


Dulu si George O Malley ni mari kena langgar bas






Pas tu paling tak boleh tahan si Mark Sloan mati



Yang ni, mmg berkodi2 aku nangis. 


Tapi tak boleh lawan Derek Shepherd mati. Menikam kalbu terbawa2 berhari2.

Korang dah tengok episode 22 blom? Rasanya tu last kot. Ntah la. SEDIH YA AMPUN. Habis lagi tisu kat rumah aku ni. 


Nate mu Shonda!






01 April 2015

Cerita TV yang patut korang tengok.

Yes I like to watch TV series. Dulu time bekerja mmg aku tak de masa nak layan TV series. Eksyen, tak de masa konon. Ye la kat ofis tak de masa. Balik rumah bila time?

Now, well technically LAGI la tak de masa.

But I MAKE TIME for it. Hahahahhahah.

Apa nak buat. Ni je la source of my entertainment. Kalau asyik buat keje rumah pagi sampai malam mmg boleh buat otak aku tepu.

So yes, I make time to watch TV.

At least time breakfast dpt 1 episode,

Time lunch another one,

And sebelum tidur another one.. or two..maybe three atau sampai mr p bising

"Tido la!!! kang esok bising ngantuk la pening la haper la"

#kelamkabuttutuptv


Ni antara favourite aku yang masih ongoing 



Of course no 1 top of the list, Vampire Diaries

Dah Season 6. Currently aku dok follow kat Huluplus. So dapatla tengok latest episodes.

Bak mai la cerita apa pun, tetap tak boleh lawan abam Damon Salvatore.

Kenapa la vampire semua hensem2 belaka? why??


Actually ada lagi satu cerita bertemakan Vampire-Werewolf-Hantu which is Being Human


Tak sure cerita ni ada kat Astro ke tak. Tapi sikit je, dlm 4 season. Dah habis aku khatam. Not bad la. Boleh la tengok di masa lapang.





Once Upon a Time

Ni pun dah masuk Season 4. Mmg ngarut ntah hapa but yg ngarut tu la yang entertaining kan?

Mr p cukup nyampah kalau aku bukak cerita ni tapi dia jugak la yang update aku kalau ada new episode kat huluplus. :p

Kalau korang suka fairy tales punya characters mcm Snow White, Captain Hook etc, tolong la tengok citer ni.


Tapi banyak2 citer, ni la latest obsession aku.


REVENGE!

Antara cerita yang aku suka yang tak ada supernatural element. 

Bila mr p tengok, dia tanya

"Ni apa? Vampire jugak ke?"

Cis nampak nau aku ni dah tak de taste lain.

"Tak de.. ni citer btul. U mesti suka. Ni pasal nak balas dendam. Best lah.. u mesti suka punya lah!"

"Ceh sudah la u punya best tu tak leh pakai"


Eh tak boleh sudah syuhhhh pegi main jauh2 jgn kaco!


Best sgt oi citer revenge ni. Tetiba terasa aku ni jadi Emily Thorne boleh?



Si TALL tak berapa DARK dan HENSEM nak mampus ni nama dia Aiden Mathis (dlm citer tu la).

Nama betul dia Barry Sloan dari Liverpool (yes I googled)

Menambahkan kemachoan dia sbb accent English dlm citer tu.


Jadi boifren pada Emily Thorne tapi sampai Season 3 jek pastu dia mati!

WHY!!!!!!!


Watak hensem tak boleh mati tahu?

Tolong la buat dia sebenarnya fake death pas tu datang balik ujung2 season 4 bleh dak?



Victoria Grayson (Madeleine Stowe)


Lawa sangat. Manis sangat. Dah tua bangka pun nampak gorgeous and flawless.

One thing pasal citer ni banyak berkisar pasal org kaya elit yang duit billion2 makan tak habis. So tengok lifestyle, gaya, penampilan semua classy and posh sangat.

Berangan kejap bila tua2 esok jadi mak datin cam tu la aku gamaknya.

#puih


kbai nak tengok tv.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...