Showing posts with label beauty. Show all posts
Showing posts with label beauty. Show all posts

01 July 2015

Kay Parlour Ramadan dan Aidilfitri Sale !!

Dah nak masuk separuh bulan puasa baru hegeh2 nak update sale. Tapi korang semua dah tau kan sbb korang like FBand follow IG Kay Parlour kan kan kan???


Aper belommm???


Unfriend kang!


Nah cepat like / follow!





Meh cepat cuci mata pas tu cuci bank akaun korang. :)


*********************************************************

ELLFIE ESSENCE


Retail rm120
Promo rm110

Sehingga 30 Julai 2015

Ellfie ni sangat bagus dah belambak testimoni kita dapat. So sementara harga promo ni jom la cuba mmg konfem puas hati!


*********************************************************


TOUJOURS ADVANCED


Retail 
RM199 per box (30 sachets)

Promo
1 box rm190 (Save RM9)
2 boxes rm370 (Save 28)

Sehingga 20 July 2015

Setiap box Toujours akan dapat seketul Herskin Facial Cleansing Bar. Free gift ni sehingga stok masih ada saja.

FYI ini first time Toujours buat sale sejak launching so cepat cepat grab opportunity ni ok! Restock banyak2 terus nanti dah habis sale jangan nangis tepi bucu katil tau!


*********************************************************


EPHYRA





Retail
Ephyra premium pack rm197
Ephyra trial pack rm68
Ephyra skin bar rm39

Promo
Set combo raya 1 Premium Pack + Skin bar rm220
Set combo raya 2 Trial Pack + Skin bar rm100


*********************************************************

IBEAUTY




Retail
Pigment Booster rm98
Diamond Serum rm149
Set Jeragat Trial rm149
Cleyra Skincare rm119
Crystal Stemcell Collagen rm149
Glimmer Queen rm45
Diamond Booster rm65
Diamond foam 50ml rm33
Diamond foam 15ml rm25


Promo
Buy any 2 products and get 10% off total bill.


*********************************************************


Ok dah list harga siap2 semua kat atas jadi harap lebih clear.


SEMUA FREE POSTAGE SELURUH MALAYSIA.


Untuk order boleh whatsapp 012.293.7670






12 May 2015

Toujours Advanced Collagen Shots (TACS) di Kay Parlour

Hello,

Ini nak cerita pasal produk baru kat Kay Parlour, Toujours Advanced Collagen Shots


Apa benda Toujours ni?

Its a supplement. Sama mcm Ephyra, iBeauty Crystal, Radiance Signature etc. Supplement untuk kesihatan and khususnya kecantikan kulit. Collagen based. Gitu. Collagen ni seperti yang kita tahu penting untuk bagi kulit cantik, gebu, firm.

Kalau ada yang nak tanya apa beza Toujours dgn brand yang lain, simpan dulu soalan tu ye, akan dijawab dalam entry yang lain.




Mana punya produk ni? 

Locally produced beb. Kay Parlour mmg bawa local product sahaja, harap maklum. Duta produk ni tak lain tak bukan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen.

Kelulusan? Ada of course. KKM ada, JAKIM halal pun ada. So worry not ok?




Minum mcm mana?

Senang sangat! Koyak dan sedut/minum. Tak payah bancuh2. Senang sangat kalau bawak travel. Rasa pun sedap sbb ada byk ektrak buah2 mcm Epal, Strawberry, Blueberry, Lemon, Acai Berry. Tambahan ada makanan sunnah : Delima, Madu & Kurma. Ini semua dalam bancuhan kolagen gred yang TINGGI.

So sebab tu boleh nampak kesan cepat seawal 3 hari. But of course bergantung pada individu.







Harga?

Ni soalan feveret smorang. Jangan risau tak de nyer aku nak sorok2 harga. Selalu kat post IG/FB dah terang2 aku taruk semua details termasuk harga tapi adaaaa jugak yang komen "PM harga"

Oh My God.

Nahhhh



Hokey??


Mahal ke? Murah ke?

Well untuk sekotak tu ada 30 sachets. So utk sebulan maintenance la kekdahnyer. Subjective la mahal murah ni. But for a good product camni, very berbaloi I tell you.

One thing about beauty supplements, sejak aku ambil ni, dah jarang spend duit ke skincare and makeup. Sebab kulit dah naturally lawa (ok lempang diri sendiri sbb perasan).

But seriously, ni kisah sebenar.


Dulu aku pernah baca blog Hanis Zalikha ni dia pernah cakap, sejak dia ambil Toujours, rasa cam sayang nak pakai bedak kat muka, sbb tutup natural beauty. Rasa cam, x pakai bedak lagi lawa. Gitu.

Memula baca, aku mcm..puih.. poyo.

Ok ampun Hanis.


Now, since aku pun dah start ambil beauty supplement, Oh My God she (Hanis) is so right!

Most of the time, aku mmg tak pakai bedak sbb malas. Then bila once in a while aku gatal nak mekap and pakai bedak,  I feel that I look better WITHOUT the bedak!

(come and lempang me again!)



So my point is, you invest more in supplements, and you save a lot more on others!






More info boleh baca..






Ni gambar aku few days back masa ambil stok. 

Jumpa the stokis (she came to my house), as usual aku sarung je jubah bodo and shawl instant sbb nak turun ambik stok je.


Sekalik dia suruh pose sbb nak masuk IG nak promote!


Errkkk....lantok lah...


So anyway, we are authorized agent for Toujours Advanced ye.


Boleh COD area Shah Alam, USJ and Subang Jaya.

Free Postage seluruh Malaysia.


OK jap jappppp





Only kat Kay Parlour ye, 

Only in May ye,


Kita bagi FREE Herskin Facial Cleansing Bar worth RM60 with every purchase of Toujours Advanced.


Sehingga stok masih ada.


Whatsapp 0122937670 utk response cepat kalau nak order k..








08 May 2015

Ellfie Essence di Kay Parlour

Staring April lepas, Ellfie Essence dah berada di Kay Parlour.

Skincare ni diasaskan oleh 3 blogger yang famous iaitu





Set ini mengandungi 4 item

Cleanser 30ml
Toner 30ml
Day Cream 10g
Night Cream 15g


Produk ini sesuai untuk:

- Semua jenis kulit
- Semua jenis masalah kulit
- Semua peringkat usia 

Berkesan dalam 3-4 minggu (bergantung kepada jenis kulit dan hormon)

Produk ini membantu masalah kulit dari segi

- Masalah kulit tona tidak sekata
- Mengatasi dan menyembuhkan masalah jerawat
-Memudarkan pigmentasi
-Mengurangkan kesan tanda rekahan dan pori terbuka
-Membantu mencerahkan kulit
-Memperbaiki kulit kusam
-Kulit tidak berminyak


Produk ini tidak menggunakan bahan-bahan yang berbahaya seperti MERCURY dan HYDROQUINON yang saat ini banyak digunakan oleh produk-produk kecantikan yang lain.  Zat merbahaya ini dapat menyebabkan KANSER KULIT.  Perlu diketahui ciri dari ubat yang menggunakan Mercury dan Hydroquinon biasanya bila pengguna memakainya, wajah akan menjadi merah dan dilarang untuk terkena sinar matahari.  Tetapi Ellfie Essence tidak demikian, dengan bahan semulajadi, Ellfie Essence selamat digunakan.




Kebaikan Ellfie Essence

Cleanser
Membersihkan segala kotoroan dimuka.  Kulit muka akan menjadi lembab dan tidak berminyak.  

Toner
Membantu kulit menjadi lebih lembut dan sekata. Menegangkan kulit muka dan menyegarkan kulit menjadi lebih lembut.

Night Cream
Membantu memulihkan wajah yang tidak sekata, menghilangkan kulit kering, membantu menyembuhkan masalah jerawat dan mengurangkan kesan rekahan dari pori terbuka.

Day Cream
Membantu menjadikan rona kulit sekata dan melambatkan sistem penuaan.  Melembabkan kulit sepanjang masa dan memudarkan pigmentasi.





Cara pemakaian Ellfie Essence

Day
Cleanser, Toner dan Day Cream

Cuci muka dengan Cleanser dengan menggunakan air yang bersih.  Selepas itu lap seluruh muka dengan towel yang bersih.  Sapukan toner keseluruh wajah.  Semasa kulit masih basah dan lembab sapukan Day Cream.  Selepas itu anda boleh menggunakan loose powder seperti biasa.  Tidak perlu menggunakan foundation.  Make up seperti biasa.

Night
Cleanser, Toner dan Night Cream

Cuci muka dengan Cleanser dengan menggunakan air yang bersih.  Selepas itu lap seluruh muka dengan towel yang bersih.  Sapukan Toner keseluruh wajah.  Biarkan kulit kering seketika barulah sapukan Night Cream.

Harga 
Semenanjung : RM120.00 (Free Postage) 
Sabah dan Sarawak : RM130.00 (Free Postage)  



TESTIMONI

Walaupun baru few months di pasaran, tapi dah banyak sangat testimoni yang berjaya dikumpulkan.

Kat sini aku paste sikit2 je tapi kalau nak tengok testimoni menyeluruh boleh skodeng IG Kay Parlour kita akan update dari masa ke semasa.



Ini Filla pengasas produk. Dia sendiri dah test sebelum release ke market. 




Banyak2 testimoni, yang ni aku rasa paling menakjubkan!




Actually kalau tengok gambar sebelum mcm tak de masalah sgt. Tapi bila tengok gambar selepas terus rasa terkagum!


Kesimpulannya, kalau dah lawa, boleh bertambah2 lawa bila pakai Ellfie.. teheh..


So kalau korang berminat nak dapatkan Ellfie, boleh terus whatsapp 0122937670.

Free postage seluruh Malaysia.

And kalau tinggal/bekerja/study di Shah Alam, we provide delivery also. 

Monday- Friday between 2-4pm.


Atau nak datang pickup pun dialu-alukan anytime.





26 March 2015

Tabita Desi Damayanti info dan FAQ

Since ramai yang bertanya tentang produk ni, jom aku cerita sekali arung detail info. Harapnya boleh terjawab sedikit sebanyak persoalan korang.


Tabita dan Desi Damayanti ni sama ke?

Dulu mmg nama Tabita. Tapi banyak sgt kes tiruan. Sampai jahanam muka org, sampai busukla nama Tabita ni. Padahal kalau org yg pakai set asli elok je muka. So sebagai langkah nak banteras produk tiruan ni, owner produk ni telah register nama Tabita dan Desi Damayanti ni

Tabita adalah nama perniagaan berdaftar (Intellectual Properties) di Indonesia dibawah nama Tonny Hutapea (suami Ibu Desi)

Desi Damayanti adalah produk Skincare yang berdaftar atas nama Tabita (copyrighted under registration IP). Skincare ini telah didaftarkan di BPOM (Badan Pengawas Obat dan Makanan) yg mana fungsinya sama seperti KKM di Malaysia.






Ada kelulusan tak produk ni?

Ada, boleh refer gambar di atas.



Mcm mana nak tahu ori ke fake?

Mula2 label harus Desi Damayanti. Kalau label Tabita, sama ada stok lama, atau mmg fake.

Kedua, setiap botol sekarang ada sticker hologram. Ada juga label dan expiry date.



Ketiga, harga produk ni adalah standard tak terlampau beza dgn harga pasaran. Kalau terlampau murah, hati2 lah ye.. jgn terlalu kejar nak brg murah sgt. 


Set yang mana bagus? Apa beza set exclusive dgn regular?

Ramai org konfius, ingat set exclusive ni maksudnya ada content lain, extra serum ke, apa ke.

No no no....

Tabita ada 4 jenis packaging. Setiap packaging mengandungi 4 item yang sama, iaitu

Faciap Soap
Smooth Lotion (Toner)
Day Cream
Night Cream

Yang membezakan setiap set adalah SIZE nya sahaja. Dibawah ni aku terangkan secara detail untuk setiap set.


Set Exclusive



Facial Soap 120ml
Smooth Lotion 100ml
Day Cream 40g
Night Cream 40g

Tahan utk penggunaan selama 6-8 bulan.

Harga : RM280


Set Regular


Facial Soap 120ml
Smooth Lotion 100ml
Day Cream 25g
Night Cream 25g

Tahan utk penggunaan selama 4-5 bulan.

Harga : RM250


Set Trial Besar


Facial Soap 50ml
Smooth Lotion 50ml
Day Cream 12g
Night Cream 12g

Tahan utk penggunaan selama 2-3 bulan.

Harga : RM150


Set Trial Kecil


Facial Soap 30ml
Smooth Lotion 30ml
Day Cream 8g
Night Cream 8g

Tahan utk penggunaan selama 3-4 minggu.

Harga : RM120



Ada penggelupasan tak?

Soalan paling famous. Jawapan aku, depends pada kulit. Penggelupasan ni is not something bad. Fungsi peeling ni utk membuang sel2 kulit yang dah mati. 

Kalau bilik air dah berlumut kotor, takkan nak gosok2 manja? Sampai kesudah tak hilang lumut. 

Kena la sental kan? 

Sama juga dgn kulit kita. Kalau byk sel kulit mati, maka akan ada la peeling. Ada je customer aku yang pakai tak de peeling langsung. Tapi after some time, lawa je nampak improvement.

Kalau kulit teruk mcm aku dulu, rasa la peeling yang agak hazab. Boleh baca kat sini.

Peeling ni hanya sementara. Paling2 pun beberapa minggu. Nak cantik kena bertabah ok?



So ini yang dpt aku sharekan sedikit sebanyak. Hope you get some clarification. Jgn takut atau was2. Ramai dah customer aku yg benefit from tabita ni. Janji beli yg ori dan ikut arahan penggunaan.


Boleh contact 0122937670 untuk order.

15 August 2014

Herskin Malaysia di Kay Parlour - info produk

Assalamualaikum,


Lama tak cerita pasal Kay Parlour. Business as usual kekdahnyer, cuma recently ada tambah product range.


Presenting........




Herskin Malaysia ni diasaskan oleh Puan Hani Elia, owner Al Humairah Contemporary.



Herskin menawarkan 2 produk/pakej :


1. FACIAL CLEANSING BAR - RM60




2. FLAWLESS SKIN TOTAL REPAIR SET - RM220




Kandungan dalam set ni seperti berikut:


a. Facial Cleansing Bar
Gabungan esktrak semulajadi seperti minyak argan, madu, minyak jojoba, ekstrak timun serta kolagen ikan kod menjadikannya pembersih kulit dengan pH yang seimbang, sempurna dan lembut pada kulit.

b. Skin Toner
Membantu membersih, mencerahkan kulit dan mengecilkan liang pori serta memelihara tahap pH semulajadi kulit tanpa sebarang pengelupasan.

c. Krim Siang SPF30
Krim yang bertekstur ringan ini juga berupaya memperlahankan tanda penuaan kulit yang aktif dengan bahan-bahan semulajadi seperti Alfa Arbutin, Vitamin B3 dan Vitamin C.

d. Krim Malam
Dengan bahan-bahan aktif hebat seperti minyak argan dan Vitamin E, krim malam ini berfungsi mengurangkan kedutan serta memperbaiki dan menyuburkan kulit semasa anda tidur.



Herskin selamat dan amat sesuai untuk semua jenis kulit dan umur. Skincare set ini akan membantu anda:

-Merawat kulit berjerawat dan menghilangkan parut jerawat
- Mengurangkan jeragat pada kulit wajah
-Melembabkan semula kulit wajah yang terlalu kering
- Mengecilkan liang pori
-Menjadikan tona kulit wajah lebit sekata


Produk Herskin ini:

-Keluaran bumiputera muslim
-Berstatus GMP Certified
-Mendapat kelulusan KKM


Cerita panjang pasal product tak guna, apa kata tengok testimoni..



"Selepas beberapa hari menggunakan Herskin, jerawat keluar disebabkan toksin yang lama tersimpan di bawah kulit dan kesan penggunaan kosmetik sebelum ini. Minggu kedua kulit mula terasa lembut, licin, berseri dan jerawat yang besar mengecur dan kesan jerawat mulai hilang dengan cepat"




"Saya sangat cerewet dalam pemilihan produk penjagaan kulit muka kerana khuatir kesan sampingan yang boleh memudaratkan kulit. tapi percubaan saya dengan Herskin amat memuaskan! Selepas beberapa hari, jerawat muncul akibat kedatangan haid namun minggu seterusnya jerawat mulai kecut dan pori makin mengecil. Sekarang kulit kelihatan makin berseri dan lebih bermaya"




"Tidak lama selepas penggunaan, jerawat mula mengecut. Kesan-kesan jerawat pun mulai hilang. Yang bestnya, kawan-kawan mula tegur perubahan kulit saya yang semakin berseri dan sempurna! Paling saya suka ialah Day Cream SPF30! Saya sangat suka liha tperubahan kulit diwajah saya kini berseri dan cerah sekata"




"Masalah kulit saya sebelum ini ialah kulit kusam, warna tidak sekata dan kurang bermaya. Apabila mencuba Herskin seawal dua minggu, kulit jawah mulai kelihatan sekata dan semakin berseri. Syukur kerana tiada jerawat atau masalah lain yang timbul kerana kulit saya jenis normal. Kini, produk semakin serasi sepenuhnya pada kulit wajah dan permukaan kulit lebih licin"




"Di awal pemakaian Herskin, ada jerawat yang tumbuh tetapi mengecut apabila saya sentiasa menggunakan Night Cream sebelum tidur. Buat saya lebih teruja apabila jerawat di dahi semakin menghilang kerana inilah bahagian yang paling susah jerawat nak hilang! Gembira sangat apabila sudah menemui produk yang serasi!"


Selain retail, Kay Parlour juga ingin mencari individu yang berminat untuk menjadi agen / pengedar produk Herskin. Margin keuntungan sebanyak 30% dari harga retail.


Hubungi Kay Parlour jika berminat untuk mencuba atau ingin menjadi agen.

Email : info@kayparlour.com
Call/sms/whatsapp : 0122937670






05 July 2014

Promosi Tabita Raya / Stock Clearance




Ni update express.


Kat Kay Parlour dah pun diupdate. Aku buat clearance ni bukan apa, pasal Tabita ada new labelling. So apa yang ada ni nak clearkan dulu. Tapi content wise, and price wise, masih sama :)


Kira ni sekali arung buat promo untuk raya lah.


Promo ni aku buat untuk set saja  buat masa ni. Untuk loose item belum lagi, Insya Allah akan menyusul kemudian.


Oh ya, harga di atas TAK TERMASUK postage ya.

Dah murah sangat tu, kalau masuk postage bisa pitam bukkk!


Limited stok ye. Jangan dah habis kang baru nak oder. 


Skincerity pun dah habis promo yang RM180. Hari ni habis, hari ni la berduyun2 whatsapp masuk kata nak beli. Ish. babap jugak korang ni tau!


So jangan nak tunggu2. Promo ni tak de end date. Selagi ada stok, selagi tu promo on. Kalau tetiba next week habis stok, habis la promo ye.


Contact below

Email : info@kayparlour.com
Call/sms/whatsapp : 0122937670




01 July 2014

Skin Care Routine

Assalamualaikum,


Ada few readers/customers yang tanya and asked me to share my skincare routine. Agak lama jugak lah berniat nak share kat blog tapi apakan daya diri ini adalah spesies pemalas!


Ni pun dari tadi dah sejam lebih aku bertenggek depan laptop niat nak update. Tapi dok bukak email, bukak online news, bukak blog orang, buat tu buat ni.. ehhh.... sudah!! sudah!!!


Ok mari kita share.


Skincare - Tabita
Ni memang daily lah aku pakai. Seboleh-bolehnya tak tinggal langsung the 3 step skin care siang and malam. Tapi dah 2 hari puasa lepas sebab aku penat sangat malam tu jadinya tidur tanpa basuh muka.
Ini jangan ikut ye adik2. Paling penting sebenarnya basuh muka sebelum tidur. Tak pakai toner atau cream tak pe lagi, tapi basuh muka itu SANGAT PENTING.

*lempang diri sendiri*


Health and beauty supplement - Ephyra
Twice a day. Satu pagi selepas bangun tidur, masa perut kosong. Satu malam sebelum tidur. Kalau minum satu sehari, tak jalan. Kulit saya is the degil and tebal mcm kulit boye. Useful info and tips, kalau dah ambik Ephyra, tak perlu lagi ambik multivitamin or mineral etc. Sebab kandungan Ephyra tu dah cukup untuk membekalkan vitamin and mineral utk tubuh badan. Ini bukak ayat promo, ini ayat info yang aku sendiri baru tau. Sebelum ni aku sibuk dok makan multivitamin itu ini sampai naik jerawat kat muka. Now that I know, memang x ambik apa2 lain dah.


Penjagaan dalaman wanita - Jamu Mak Dara Gold 
Ni satu produk yang aku jarang promote, but actually aku memang konsisten ambik and I consider very good. Memang membantu sangat la dari hal2 kesihatan wanita. Tambah2 umur pun dah meningkat tak berapa nak muda ni kan.. tskk.. This one also aku ambik 2 kapsule, twice daily. Aku ambik sekali telan dgn Ephyra.


Additional skincare - Skincerity, Tabita Serum Vitamin E and Tabita Special Cream
Apart from di atas, these are the few skincare yang aku baru introduced in my routine. Baru tak baru, few months jugak dah. Aku try one by one nak tengok kesan. So far, these 3 items memang hasil memberangsangkan. Cuma yang aku belum promote is Tabita Special Cream. Tu nanti citer lain la yek?

Tiga benda ni aku pakai waktu malam.

Skincerity - 4 x seminggu
Tabita Serum Vitamin E / Tabita Special Cream - 3 x seminggu

*cara nak pakai akan diexplain entry yang lain*


Paham??


Kalau paham bagus. Sebab selain dari ni, benda yang lagi penting korang kena jaga adalah

-Pemakanan seimbang
-Regular workout
-Tidur yang cukup.
- Minum air putih secukupnya


Sounds cliche? Yes. But jangan ambik ringan benda2 di atas. Honestly one of the reasons muka aku naik jerawat past few mths sebab aku tak jaga benda2 tersebut.

I can assure you, pakai la product mahal mcm mana pun tapi kalau lifestyle kita tak membantu, then memang a complete waste of your money.


Sekarang alhamdulillah my pimple problem dah surut. Skin condition improved. Semoga by raya dah boleh melaram tanpa secalit bedak!

Sekian sedikit info sharing. Moga bermanfaat untuk semua. 













23 June 2014

Promo Facial Soap dan Smooth Lotion Tabita

Assalamualaikum,


Sempena nak puasa ni, Kay Parlour ada buat promosi on Tabita.




Untuk setiap 2 botol, boleh pilih sama ada nak Facial Soap, Smooth Lotion, atau mix dua-dua.

Each botol 50ml. (Sama dgn Trial set yang besar).


Ada paham ka?

So umpamanya dapat satu botol besar Facial Soap atau satu botol besar Smooth Lotion kalau beli 2 botol ni.


Harga?

RM85 je uols..

As usual, free postage :)

Murah dari biasa, and yang aku suka sbb dlm botol kecik so senang nak bawak travel. Al maklumlah nak raya  ni masing2 balik kampung la bercuti la.. so takkan nak ngangkut botol besar2 tu ye dok?



Pada yang tak tau Tabita, ini skincare yang diformulasi dari bahan-bahan semulajadi dan selamat untuk kulit. Ramai yang takut sbb ada peeling dan sebagainya, tetapi dengan cara penggunaan yang betul, janji beli produk yang original, Insya Allah tak de kesan negatif pada kulit.

Ramai dah pelanggan yang ada macam2 masalah seperti jerawat, jeragat, warna kulit tak sekata, kulit kusam dan sebagainya dah mencuba Tabita dan sangat berpuas hati dengan hasilnya.





Ok tu je nak citer :) 


Sila hubungi Kay Parlour ye nak oder

EMail : info@kayparlour.com
Call/sms/whatsapp : 0122937670.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...