24 February 2013

Resepi sambal tumis yang sedap.

Eh sendiri perasan pulak sedap kan.. hihi.. lantak!

Actually aku dulu2 mmg sumpah x pandai buat sambal tumis.

Kekdg termasam la, terpedas, termasin, cili x masak, etc.

Tak caya tanya mr p, kalau masak nasi lemak dulu2 sambal sure spoil.


Then recently I asked for recipe from a friend . Dia ni mmg pandai masak and I sooo love the sambal sotong yang dia buat. (My ex ofis mate dulu).



Gitu la resepinya..


Tapi sbb aku ni agak malas nak potong cili kering, buang biji, rebus bagai, maka aku derhaka sket kat resepi ni.





I use cili giling yg dah siap jual..Jangan marah ye chef.. I still adore your sambal!


Oh ye.. lagi satu sambal yg aku suka is makcik mr p kat Melaka. Dia mmg meniaga nasi lemak. And the sambal tu is like OH MY GOD sedap sampai menangis!

So tanya2 mcm mana dia buat, she said dia blend dgn ikan bilis skali.


Ok, so ejas sana sini, and here is my own resepi for sambal tumis.


Ni aku masak mmg sekali banyak, pasal mr p mmg suka makan sambal. So once or twice a week mmg aku masak satu kuali penuh, simpan and panaskan bila nak makan.


Bahan2 :

- Satu bekas cili giling yang beli siap. (mcm dlm gmbar). Apa2 brand pun ok kot.. so far aku beli few brand lebih kurang jek rasa.

- 2 biji bawang besar

- Suku labu bawang putih

- Ikan bilis, segenggam

- Belacan sebesar ibu jari.

- Asam jawa satu sudu kecil, I use brand Adabi yang paste tuh. Normally kalau pakai yg perah2 ni selalu aku terover bajet and end up masam.

- Minyak untuk menumis

- Garam secukup rasa.


Cara2 :

- Rendam ikan bilis supaya kembang. 

- Blend ikan bilis, bawang besar, bawang putih and belacan.

- Panaskan minyak dlm kuali.

- Tuang bahan blend and cili giling dlm kuali. Masa ni jangan derhaka dgn resepi kawan aku kasik. Ikut je sebijik2. Dia kata slow cook kau slow cook setengah jam.. paham???

- And, like the recipe says, an art of taste combo. Masuk la asam jawa, garam and gula. In my case, mmg aku akan pakai satu sudu kecik asam jawa brand adabi. Garam pulak mmg kena rasa2. Gula, in my case mmg aku tak taruk langsung. Mmg apa2 masak pun aku jarang taruk gula.


Siap la sudah sambal tumis.

Lupa la plak nak ambik gambar sambal haku. Dah selamat masuk loji kumbahan dah kot.. ngeh ngeh...




Selamat mencuba!




KLIK HERE : EPHYRA PROMO


9 comments:

Zamani Abe said...

pinjam resepi.. nak buat sambal terung malam ni ;D

Norliana Abdul Rahman said...

silakannn... sedap ke sambal terung? hehe

Basran Abdul Wahab said...

Banyak aku dengar memang makcik makcik jual nasi lemak blend ikan bilis sekali...dan yang penting the 'art of cooking' iaitu sabar iatu slow cooking...barulah sambal tumis sedap.

Norliana Abdul Rahman said...

yup.kalau pakai cili kering mmg sedap kalau blend sekali dgn ikan bilis... tapi mcm i kekdg malas pakai cili giling siap beli, kekdg tu diorang dah siap taruk garam so tak pasal termasin.hukhuk..

Iman Amina said...

Tgh nk bljar buat smbal

Anonymous said...

waktu blend tu kena letak air?
berapa banyak?
tq

Norliana Abdul Rahman said...

waktu blend tu letak air agak2 sampai tenggelam bawang2 tu :)

Anonymous said...

klu sy, lebih suka guna asam keping yg hitam, biasa org pantai timur guna asam keping..ckup masam, xlebih xkurang

Nani Shuhada said...

tq for sharing.. saya pn pakai cili kering Maz.. sungguh mudah.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...