Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

08 April 2014

Shopping kat Melbourne

Assalamualaikum,


Sapa nak pegi Melbourne and nak shopping cepat bookmark page ni. Sebab aku nak kasik tips mana nak shopping murah.


Well actually tak de la murah kebabom sbb kalau convert exchange rate, boleh tahan gigil jugak nak bayar credit card. Tapi still considered murah compared to Malaysia kalau btul2 tgh sale.


Direct Factory Outlet (DFO)



Link kat sini

Ada a few DFOs as you can see dlm website tu. The one that I went is in Essendon. About 20 mins drive from rumah kakak aku. It's a huge place with segala mak nenek brand and offer that you cannot resist.

Tak de la high end brand mcm Gucci, LV, Prada Chanel etc. Tu kalau ada pun aku pandang je kot!

Among the famous brand yg ada are Oroton, Coach, Pumpkin Patch, Cotton On, Esprit, Levis, Kathmandu, Fossil, and many more.


Tempat makan ada. Kalau tak salah aku ada kedai jual kebab kat situ. (Because we came after lunch so tak de la mencari kedai makan). But ada je cafe and bakery kat situ.


BrandSmart


Link kat sini


Ni lagi dekat dgn rumah kakak aku. But the center not so huge as compared to DFO. But byk jugak range brands yg ada as u can see in the photo above.

Kedai makan ada, but not sure ada halal range ke idok. Kalau tak de sgt beli je la subway vege and hot cekelat, setel!



Smith Street


Link kat sini

Ada a range of sports outlet kat sini like Adidas, Brooks, Kathmandu etc.

Kalau suka menyopping brg2 sukan, sila la dtg ke sini dan membeli especially waktu sale.

Kedai makan I dono, sebab sebelum tu dah makan kat Little Ipoh.



MyChemist 

Link kat sini


Have I mentioned this is my favourite place to shop?

Again, 2-3 years back would be cheaper because of the exchange rate. But some things are still cheap sbb they are just cheap!

Kalau dtg sini wajiblah beli vitamins and all those supplements berbotol2 bawak balik Malaysia. And perfumes too!!

MyChemist normally ada kat all the shopping mall. But dekat area rumah kakak aku (about 5 minutes drive) ada the warehouse that we will normally singgah lepas balik jalan almost everyday...hehehe



So far ni je yg aku jumpa kat sana. Kot ada lagi yg lain, tatau la plak kan.


Hope this will help kalau ada yg plan nak ke sana nanti :)



29 November 2010

Bukan SATU tapi DUA!!!


para penggemar coach sila terliur...

hari ni seperti biasa lunch kat pavi. lepas lunch aku cakap kat kawan2 aku jom aku nak banjer diorang coffee bean. alih2 naik escalator laju jer diorang naik pegi tingkat atas.. aku tanya "nak pegi mana ni?" diorang kata "nak cari brg japss"

pas tu masuk coach. aku tanya "amboihh saper lagik nak memborong ni?" pasal haritu pun kitorang masuk coach and sorang kawan aku sudah memborong seketul bag.

then diorang cakap.."pilih la yg mana nak... nak beli utk u.. hadiah farewell"

fullamak katak weiiiiiiiii!!!! ikut hati aku nak melompat kegembiraan je masa tu. tapi mengingatkan status aku yg mak dara, tgh pakai baju kurung ofis pulak tuh, maka aku batalkan jer hasrat murni nak terkinja2 dlm butik coach tu.

bertambah2 hepi pasal masa pegi sana few days ago, aku dok berkenan satu bag ni, tapi pasal rege dia mencecah 4 digit, terpaksa la aku lupakan jer.. huhuh

ni tetiba pucuk dicita ulam mendatang la pulak kan.. mana tak sengih sampai telinga?

so aku pun, berkat bantuan kawan2 yg sejak azali terer bab2 henbeg mahal ni telah memilih bukan satu, but DUA KETUL bag!!!!

sebab the first bag yg aku pilih tu masih below budget, ada lagi budget utk menambah apa2 yg patut. dok pikir nak ambik wallet, tapi seketul wallet pun dah dekat dgn rege bag.. sungguh rasa mcm baik beli bag je kan?

so pilih punya pilih, took another bag, smaller one. aku tatau la apa nama dia.. (almaklum hamba ni buta bag2 mahal ni hehe). tapi sungguh comel. SUNGGUH!!!

dah kuar2 tu ambik gambar dulu okeh.. sangat jakun. nampak benor la 1st time beli brg mahal kan? huahauhauha.. malu ok aku berposing depan coach kat pavi. tapi sbb semangat membuak2 nak ambik gambar post kat sini and FB nak bagi org jeles.. aku tahan kan jer malu aku.. ngagagaggaga...

tapinyer.. esok baru aku 'betul2' dpt bag. sbb esok farewell lunch aku. jadinyer esok aku kena buat2 muka terkejut! hahaha

13 June 2010

day 6 - now (ntah brapa hari dah)

esok dah nak balik.
tetiba aku rasa mcm nak TER rindu plak kat sini.
tahpahapa. memula tu mcm tak tahan sgt nak balik. kalau boleh tukar date ticket tu  free, mmg aku kalau boleh nak balik sgt dah. tapi biasala kan manusia ni. apa yg tak dpt, yg tuuuu lah nko nak.

bebudak ni pun, well sofeya lah especially, hari ni lah pulak dia pandai behave. boleh main elok jer dgn abg ipar aku. kalau tidak, mmg 70% of the time, dia asyik la merengek menangis nak nenennnnn manjang. tak larat okeh.

yesterday pegi mulgrave. kawan kak ani actually, dia buat phd kat sini. so kak ani suruh aku pegi jumpa dia since k ani pun ada kirim brg. plus kak aiza ni is very friendly. dah kenal kak ani since zaman study kat US about 20 yrs ago, so dah kira mcm adik beradik dgn k ani.

eh aku ni cerita mmg tak de kronologi betul kan? heheh..

i will just tell whatever that is on my mind lah. right now mmg aku sgt happy dgn event semlm.. so that is what you're gonna read.. :)

so dlm kol 11 cam tu kitorang gerak from rumah kak yah, singgah mall kejap beli buah tangan, beli prepaid phone, and about 12 noon cam tu sampai rumah kak aiza. mind you, GPS tak de okeh. i will tell you about the GPS story later.. tu bahan utk umpatan kakak aku muahaha.. kitorang jalan2 ni dgn hanya berbekalkan map from google, balqis tolong bacakan the direction, while aku trying to distract sofeya yg tgh melalak sbb tanak duduk car seat!

sgt tensen tahap dewa.

so sampai dah umah kak aiza dgn selamatnyer. sgt friendly perempuan ini. the husband, abg mokhtar juga sgt friendly. i think ni second time kot aku jumpa diorang. first was during my wedding 2002 dulu, which aku sendiri tak ingat.

and kak ani was right. mmg sgt2 baik la this couple. borak mcm dah kenal lama. diorang jamu lunch. lauk2 melayu biasa, which, pada aku yg dah seminggu tak makan makanan melayu ni... mmg super sedap okeh. and bukan aku sorang je cakap mcm tu, dgn kak yah, abg ipar aku, mertua kak yah semua cakap benda yg sama.

kak yah even siap suruh aku tapaukan lauk from rumah k aiza. giler ke hapa.. tahap malu2 kucing aku masih menebal okeh.. tak de nyer aku nak mintak2 gitu kat org.

tapi mcm tau2 jer perasaan ibu2 mengandung ni, k aiza dah siap2 tapaukan her famous serunding daging utk kak yah. hehe. happynyer la kan kakak aku tuh.

as updated in my fb, mmg aku makan tanpa segan silu. 3 pinggan okeh aku tambah. and i was the last person bangun from the meja makan. org lain semua dah habis makan.. aku sorang je dok ngadap lagi nasik :p sib baik kak ani baik dgn dia. else aku rasa dia dah halau aku kot dari rumah muahhaha..

lepas makan, diorang ajak kitorang pergi frankston pulak.. ber piknik2 kat situ. diorang dah pack kan ciken pie and kuih lompang utk makan2 kat situ pulak.

frankston sgt cantik. tepi laut. ada park utk budak2 main. so while bebudak main, mak2 & bapak2 ni boleh la makan2 sambilk bercerita.

balqis sgt pandai buat kawan. sepanjang kat melbourne ni, kat mall haritu at the play area for kids, dia dah buat 2 kawan, siap main tiger and princess (whatever that is) bagai2. dgn anak2 kak aiza ni pun in a very short while dia dah mesra sgt dgn bebudak tu.

smart girl la anak mama kan?

sayang weather kat sini sgt sejuk (dah dtg pun time winter, sapa suruh). else aku rasa mesti lagi enjoy.

*************************

citer lain pulak.

aku shopping mcm nak mati kat sini. haritu pegi this factory outlet, brandsmart ke hapa nama dia. masuk esprit, nampak jeans just for aud20 kot. terkejut badak haku!! dgn sofeya tgh nangis nak nenen, aku panggey jer mr p sambil tunjuk.."murah giler!! i nak!!"

dia pun hangguk je kepala.

dgn soefay tgh melalak2 tu la aku masuk try and carik size. jumpa selai.. tak puas.. aku cakap kat mr p, "ambik 2 boleh tak?" dia pun ok jer. dia siap cakap "ni baju lawa ni.. ambik la"

uikss.. aku tanya "apsal baik sgt?" dia kata "nak kawin lagi satu"

tak lawak okeh...

tapi sbb nakkan esprit punya jeans and shirt aku gelakkan jer la kuag kuang kuangg :p

sementara nak bayar aku nampak wallet pulak lawa.. nak tanya mr p lagi takut dia hempuk je aku kang.. tapi sbb sgt lawa and sgt murah.. lepas habis bayar tu aku tanya jugak.."wallet lawa la.. nak jugak boley? dia kata "laa.. apsal tak ambik tadi?"

pas tu dia siap tunjuk.."ha tu.. hangbag ada lawa2..." ehh.. terlebih baik... hmm

*korang tolong remind aku next time dia pegi outstation aku kena ikut okeh...huhuh*

so 2 round masuk esprit in less than 5 minit aku menyambar wallet and henbeg..:) tak leh lama2 pilih  bagai2 sbb anak aku dah melalak tahap gaban.

the lalu another outlet, nampak baju utk pakai erobic.. apa nama eh yg baju ketat2 yg mmg pompuan pakai utk eksesais tuh? mr p kata "ni lima dollar je ambik je la"

ambik bang.. jgn tak ambik..

tanpa menerai.. mr p telah mengambik selai.. balik2 try aku tgk mcm sarung nangka pun ada.. huhu.. tapi.. baju2 cam tu mmg meant tu be ketat pun kan?

tu satu ler..

then kat mall pun.. sale kemain lagi. kedai2 yg mahal kat kl mcm pumpkin patch, cotton on, bila sale, sgt murah. baju budak ler. tops boleh dpt dlm 5-10 dollar. dgn kualiti yg sgt sedap.. aku rasa okay la kot. so budak2 and mak budak pun sgt heppi menbeli belah baju :)

ni part shopping yang paling best..

kak ani dah cakap dgn aku since kat kl.. kat sini perfumes murah.. ada satu kedai nama mychemist. tot to myself, maybe perfume yg tak de brand kot.. yg murah2.. so aku tak ambik pot sgt.

sampai je kat mall, aku nampak kedai mychemist ni. tgk2 perfumes dia.. fullamak katak weiiiiiii..  mmg yg branded punya. mcm versace, dkny, ck, hugo, estee, elizabeth arden.. etc.

paling murah yg aku tgk is elizabeth arden punya range.. semua below 30 dolar. terpikir jugak.. ni ori ke idak ni... tapi bila perati betul2 harga.. kalau convert, tak la significantly murah from kl. cuma yg elizabeth arden je yg significantly murah-er. yang lain tu so so je.

since still awal (this was like first few days) we decided tanak beli lagik. tanya2 org, takut jugak kalau bukan yg original kan. but mertua kak yah said kalau kat mychemist tu should be genuine punya. diornag mmg jual murah. but we should go to the warehouse, they sell the perfumes there wayyyy cheaper!!

so next few days, kak yah bawak kitorang pegi mychemist warehouse pulak. adalah dlm 2-3 dollar beza sikit harga. tapi kalau beli byk, byk la jugak bezanyer kan?

plus kat the warehouse ni sometimes diorang akan jual perfumes without the box. aku tanya jugak naper murah sgt kalau tak de box, diorang kata yg ni sbb box dia dah rosak.. so nak let go je semua perfumes ni they sell it at very cheap price. but tak selalu ada lah perfumes mcm ni.. depend lah bila ada boxes yg rosak.. ada lah.. :)

and kebetulan masa aku pegi tu, time aku dah ambik perfumes yg aku nak.. i decided saja nak tour kejap warehouse ni.. kot2 la ada benda lain terberkenan.. then masa nak bayar.. the staff baru nak keluarkan stocks perfume yg tak de kotak!!!

yeayyyyyy!!!

aku nampak gucci floral.. i asked brapa harga.. like 29.99 dollar okeh.. ada a few more range.. semua selling at 29.99.

hati saya sgt gumbira.

tolong ler jgn tanya brapa ketul perfume aku ambik. rasa2 cukup kot stok sampai tahun depan kakak aku balik.. kirim lagi kat dia... hehehhe.

esok nak pegi lagi mychemist, nak membeli utk kak ani and kawan2 pulak...

dah le... saya hendak beradu...

baii

17 May 2010

My Friday expedition

kan isetan ada pre sale for members kan? Pas tu aku tgh gatal nak perabih duit beli mcm2 kan? Makan berkobar2 la aku nak pegi time lunch. Tapi dlm hati ada sikit la perasaan rational yg dok berkata.. bukannya aku perlu apa2 pun.. so why la waste money kan?

Then lunch time ofismate aku k. min tak sihat sgt so ended up we didn’t go to lot 10 isetan. Fuhhh.. selamat siot duit haku!! At least adalah alasan aku tidak berbelanja kan.. hehehe

Then petang tu mr p pulak cakap “I balik lambat.. u balik sendiri naik train k?”

Hishh laki aku ni kan… hari2 tgh ada sale ni yg dia suruh aku balik naik train tau.. dia tak tau ke yg nak ke train tu kena lalu isetan.. lalu parkson segala...

Tapi tak pe.. aku kuatkan semangat.. jalan je pegi KLCC dgn niat ”aku takkan singgah isetan”

Lepas tu... baru aku tingat.. aku kena buat contact lense....

Disinilah segalanya bermula huhuhuhu

Aku pun singgah la kejap kat england optical.. masih lagi setia dgn niat tak mau masuk isetan tauuuuu… then org EO tu kata.. since aku tgh pakai contacts, aku kena bukak dulu, buat at least ½ hour.. then baru boleh dtg balik and check.

Ooookayyyyyy…

Meanwhile ½ hour tu.. aku nak buat apa kan?
Kan?
Kan?

Dgn mata yg tgh blur2 tu… aku tanpa disengajakan aku TERmasuk isetan. Eh tak nampak kan… blur kan.. auhauhauhauha.. bukan salah saya ye!

Gila bapak punya murah!!!

Tempat pertama aku tuju adalah SKII. Aku tanya mana promotion mcm dlm newsletter? Minah tu kata “dah habis la kakkk” ampeh mereng keraput betul!!!! Tapi tak pe.. jimatttt duit haku!!

Lepas tu aku gi tempat baju, ramai sgt org.
Beg… ramai giler orang.
Kasut.. bersepah2 orang..
Kepala aku pun dah pening...
end up aku tak beli satu haper..

Aku tepon mr p, ajak dia dtg. Dia pun ok.. suruh aku tunggu dia kejap..

Aku pun call umah, cakap mama daddy balik lambat.. budak2 tido dulu. Pegi EO after ½ hour buat contacts, then tunggu mr p sampai. Lepas solat maghrib, we all masuk balik isetan.

Mr p je yg borong baju keje dia.. mana aci weihhhhh!!

Tapi lepas tu… alang2 dah dpt opportunity berdua2an.. kitorang pun pegi dinner and tgk wayang. Yela… next weeknyer (hari ni la) mr p dah pegi HK seminggu. Kasik chan okeh aku nak manja walaupun x dpt mengepau puas2.

Kitorang tgk citer robin hood. Pada aku.. ok jer la citer tu. maybe sbb expectation tinggi kot. Dah tgk gladiator la.. braveheart la.. so aku expect mcm best giler la..

Tapi cam tak de perasaan siot aku tgk robin hood ni. Nak kata part yang romantika pun mcm kureng.. tak de la pulak aku mcm cloud 9 bila tgk. Seriyes !

Aku rasa la kan.. ni pengaruh patrick dempsey si neurosurgeon tu dgn edward cullen the vampire tu kuat sgt.. standard romantik diorang are wayyyy to high that bila ku tgk hero2 lain tu mcm tak de effect dah…

Sori la russel crowe… patrick dempsey jugak menjadi pujaan hatiku!


kenapa hensem sgt ha????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...