17 January 2017

London 2016 - Bicester Village

Ni another day trip luar London. Selang sehari lepas kitorang pegi Manchester. Mmg plan utk selang sehari so tak de la penat sgt.

Penat weih day trip ni. Train je 2-3 jam. Pegi balik dekat 6 jam dah. 

Kita yg dewasa pun penat, bebudak lagi la kan. Alhamdulillah Balqis and Sofeya tak banyak karenah. Diorang pun dah besar. Cuma Sofeya je la dia tu kalau jalan lebih sikit mmg kaki cepat sakit/lenguh.
Mujur la ringan. Boleh gagah lagi la aku dgn mr p gilir2 dukung.


Ni pun pening memikirkan transport nak pegi balik. Byk yang aku google org naik bas. Katanya lagi murah. Tapi mcm lama sgt sampai 3 jam. Area bawah apartment kat Bayswater tu ada nampak iklan transport kereta. Tapi bila ditanya harga dlm 100++ pound. 


Last2 mr p jumpa train tiket, pilih2 time yg paling murah so dpt tiket total 58 pound for everyone!



Sbb nak tiket murah, so kena tengok timing jugak. Time we all pilih ni only gives us around 3 1/2 jam je kat sana.


Depends on korang jugak, kalau mmg nak masuk semua kedai and belek semua bag, mmg tak cukup lah. Tapi mcm aku, dah tahu apa nak beli, dah tahu apa kedai nak masuk, so 3 jam lebih tu mmg sangat mencukupi.



Naik train ke Bicester from Marylebone Station.




Rakyat jelata naik train




Eh ehhhh tuan tanah kedaung dah sampai!


Turun kat Station Bicester. Ada lagi satu station North Bicester ke apa nama ntah.. tapi bukan yg tu ye. Turun kat sini je, 3 minit jalan dah sampai.
Tempat makan rasanya mcm tak de kot kat sini. Tapi mmg kitorang tak mencari pun sbb dah bawak bekal.




Bawak luggage bag terus senang.


Sebelum shopping boleh transform jadi stroller Sofeya utk bapaknya bawak pegi playground sementara tunggu maknya shopping.

Selepas shopping boleh sumbat segala mak nenek masuk dlm bag tu terus. Tak payah heret paper bag kiri kanan.


Tempat ni ok je la bagi aku. Maybe sbb tak mencari sgt apa2 kat sini. Pegi cukup syarat ok dah sampai!! Gitu.

Lebih kurang mcm JPO la. Cuma weather best. Kedai2 pun lagi best. Ada Dior, Prada, Gucci, Longchamp.


Tapi Longchamp a bit dissapointing. Aku nak cari beg Neon (or Neo?). Tapi malangnya tak ada. Selection yg ada mmg limited sgt2. Pegi kat butik rege mahal la pulak. Baik beli online kat Malaysia je.


Gitu la citer aku pegi membeli belah. 


Tak seperti yang aku bayangkan la. Kalau pegi few years back maybe aku jadi tak tentu arah keluar masuk kedai. Tapi sekarang mungkin dah berumur, nafsu tu dah kurang. Cukup2 lah apa yang ada.


#ehyeke?



16 January 2017

London Trip 2016 - Manchester Old Trafford Stadium

Trip ke Manchester ni memang nak fulfill mr p punya dream utk ke Stadium ni. Kasik chan wei. Dulu time pegi 7 tahun lepas mana ada nak buat trip luar London bagai2. Kali ni sakan kita berjalan ye.

Mr p kata next trip nak dtg tengok game pulak.

Wahh.. i ok je bang. Dengar NEXT TIME tu pun dah berbunga2 hati kitewwww


Ok so the ticket to the Stadium Tour and the Train to Manchester dah beli siap2 online. Print siap2 and bawak siap2.

So boleh la bajet train nak sampai kol bape, tour kol bape, nak balik kol bape etc.


Tak ingat pulak aku link nya kat mana. Tu lah, dah berbulan2 baru nak update #lempangdirisendiri.


So from our apartment tu, jalan a bit ke bus stop and took a bus to Euston Station.




Train dlm 2-3 hours kot. Aku pun dah tak ingat. Tapi tertido2 jugak la dalam tu. Bekalan makanan harus ada.



Nama train line dia pun aku tak ingat dah. Pepandai la korang google yeh. Ni sementara tengah tunggu train. Sofeya ada somewhere kat bawah tu..hahahha.. kesian kau dik tak masuk frame :p




Sampai kat Manchester Piccadilly Station.  Time sampai tu ada around 2 hours before the tour starts. So sempat kitorang cari masjid nak solat dulu and took a bus to the Stadium.





Here we are!!!

Aku yang tak minat bola sangat ni pun boleh berbunga2 jugak hati bila masuk. Bayangkan mr p yg hardcore minat bola lagi la berbunga2


.

Puas dpt tour 1 stadium. Byk je gambar tapi cam letih pulak aku nak mencari. Hahahahhah

Group tour aku ni ramai betul org Malaysia. Rasanya 1/3 kot mmg org kita je.







Katanya kat mirror ni la Ronaldo dulu duduk lama nau nak betulkan rambut dia.

Budak depan tu tak de kena mengena dgn aku ye.









Dah habis tour, duduk luar lepak kejap makan late lunch. Dah bawak bekal nasik goreng dgn sambal hijau.  Rooney nak sket????? (rooney je aku kenal. lain tu ntah apa nama tatau)


Lepas tu terus ambik bas, patah balik ke Euston station. Ni pun ad gap dlm couple of hours so sempat la kitorang masuk Primark lagi, and solat sebelum bertolak.


Masa kat Primark, ada sorang cashier minah from Arab. Brg2 aku semua dlm bakul so aku dok kuarkan satu2 nak bagi kat dia. Then she said

^(*&(*( up here %%^&*( for you


Pejadah kau cakap sistahhh????? Accent dia pekat ya rabbi and lidah dia mcm pendek so lagi meyukarkan aku nak memahami apa dia cakap. Dah terbangang2 aku mcm tak reti cakap omputih dok "Excuse me?" "Pardon?" 2-3 kali.

Nasib la mr p to the rescue. Berkat tengok bola banyak so dia paham la kot accent diorang.

"Letak je bakul atas tu nanti dia buat"


Oooooooohhhh!


Rupanya dia kata

"IF YOU PUT THE BASKET UP HERE I CAN DO THAT FOR YOU"


Nasib la. Akak tahu sebut LV, Chanel Prada je dik. KAHHHHHHHH


#lempanglagisekali


Anyway, train malam tu delay sebab hujan lebat. And guess what, kitorang dapat 20% duit tiket balik kot.  Jadik la kan. Boleh masuk Primark lagi :)


Ok lah. Nanti sambung lagi. Doakan semoga aku gigih update blog.

12 December 2016

Sofeya yang dah baca blog

Dulu, Balqis dah discover blog aku and start reading it. Umur 7-8 tahun mcm tu kot. So kalau perasan, time2 tu jugak dah start slow sikit update pasal dia and her photos. Sebab kena ada approval dulu ok!

Now, Sofeya pulak dah pandai.

Mula2 dok tengok gambar and baca kisah masa dia lahir. Lama2 dok skodeng and baca semua kisah dia.

Lepas tu hari2 asyik tanya

'Mama dah update blog?'

'Hari ni mama cerita pasal apa kat blog?'

'Mama cerita la pasal ni (apa2 yg dia dah buat) kat blog!'

Sabar la ye nak..semoga mama lebih rajin update selepas ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...