28 February 2014

Resepi simple : Kari ayam masak dalam oven

Assalamualaikum,


Dah kata nak share resepi every Friday, kebetulan semalam aku masak ni.




Actually dah pernah share resepi kari ayam kat sini. Tapi ni version untuk orang rajin.

Semalam versi kurang rajin. Adat la suri rumah, ada masa rajin masak, ada masa tu Ya Allah hai pemalas hazab Tuhan je yang tahu. Di masa2 tu mmg Dominos Pizza je la jawabnyer :)


Semalam malas2 pun, masak jugak. Tapi yang simple. I recently suka masak guna oven sebab senang. Tak yah sental kuali, tak yah bertenggek tepi dapur.

So semlm tot of masak kari ayam pakai oven.


What I did

Ayam untuk satu family makan
Bawang besar 1 medium, potong besar 6 bahagian
Bawang kecil 3 ulas, ketuk je.
Serbuk halia, garam, bahan perasa, serbuk kari, satukan dgn air bagi jadi pes. Agak2 la byk mana each bahan tu. 
Tuang everything (ayam, bawang2 and pes) tutup with aluminium foil and bakar.


Aku bakar lama, dlm 1 hour kot. In between aku kuarkan and kacau bagi rata. Nak make sure rempah kari masak betul. Alternatively, I think boleh masak dulu pes tu atas api then tuang ke ayam and bakar.

But defeat the purpose untuk tidak jadi penunggu di dapur, so mari lah kita tuang je semua masuk oven.



Tak de minyak

Tak de santan

Very the healthy. 

Ok je I think rasa dia. Tak de la sesedap kalau masak campur minyak and santan bagai. Tapi kalau nak healthy, nak cepat, mmg sangat best.


Also sesuai untuk para ibu2 yang sibuk. Balik keje nak bersilat kat dapur bagai. Kalau mcm ni, silat 5 minit prepare barang, masuk oven and dah boleh pegi mandi and uruskan anak.


Lepas ni, nak try buat masak merah dlm oven.. hehehhe

25 February 2014

Tabita, Ephyra and Skincerity

Assalamualaikum,


Entry ni adalah untuk meng-explain my skincare routine and sekaligus menjawab soalan yang biasa aku terima


"Produk mana kau rasa lebih berkesan?"


Because I have been using all the 3 products so people always ask me yang mana satu yang berkesan kat kulit aku.


My answer would be


ALL OF THEM!


Because one thing you should know, all these products serve different purpose and function!

So tak de masalah nak pilih mana satu untuk digunakan. Tak perlu replace one thing for another.





Ephyra




Minuman kecantikan dan kesihatan. Fungsi utama untuk mencantikkan kulit dan menyihatkan badan. So bukan kulit muka je cantik, but seluruh badan. Rambut pun lebat, badan rasa lebih sihat dan bertenaga. I drink ephyra twice daily untuk maintain sihat dan cantik (rasa nak lempang diri sendiri buat statement ni). 




Tabita



Skin care products. Ada Cleanser, Toner, Day and Night Cream. Ada juga product2 lain macam serum special cream, eye cream etc. But the 4 items tu (cleanser toner day and night cream) are the basic. Pakai twice daily (pagi malam) sebagai skincare routine. Ramai orang takut sbb gelupas and tak selamat. But I can assure you, it is totally safe. Provided betul cara pakai and kena selalu consult and monitor.

Aku sendiri dah lebih 2 tahun pakai and alhamdulillah okay. 




Skincerity




Ni antara yang latest aku baru guna and I AM TOTALLY LOVING IT!

It is a mask / topeng muka. Kau pakai malam2 sebelum tidur. Tak payah replace your current skincare, cuma add this mask as your nightly routine. Macam aku, bila mandi petang/malam aku terus pakai tabita cleanser/toner/night cream.

Then lepas solat Isya or sebelum tidur aku pakai Skincerity sampai pagi esok.

Bangun pagi and peel off.

Kesan dia, esok pagi skin kau mmg soft and smooth and glowing. Lama2 pakai, ada harapan nak jadi flawless mcm Neelofa :)






Semua products ni available kat Kay Parlour. Meh la jemput tengok album. Banyak promotion going on there. Nak tengok testimoni pun boleh. Semua ni original from Kay Parlour punya customer. Tak main la cilok2 orang punya :)




So there, I am totally in love dgn my skincare routine and mmg tak nampak harapan nak bertukar ke yang lain.  But I do admit, kadang2 ada terlupa, ada termalas. And  you can see the difference bila tak rajin. Kulit akan start kusam and worst case naik jerawat!



With this, I hope it can give you guidance mcm mana nak susun atur your skincare routine. Maybe korang dah selesa pakai your own skincare contoh SKII, then tak payah dah tukar. Maybe you can just include Ephyra in your list.

Or kau dah selesa minum other brand of collagen, then maybe you can just include Skincerity as your nightly mask.


Ataupun dah try macam2 skincare semua tak jalan... boleh cuba Tabita. Trial pack pun ada kalau takut nak try yang besar.



Camtu... paham?





21 February 2014

Resepi mee kari ibu mertua iols (kuah jek, bahan2 lain and mee nyer pepandai la)

Assalamualaikum,


Sebab hari ni dah Jumaat, and weekend ni mesti ramai para ibu/isteri yang sibuk memasak kat dapur, so I thought of sharing this resepi for you to try.


Come to think of it, every Friday kita share resepi nakkkk???


:)



Ekceli mmg banyak resepi u can find utk buat mee kari. And most of it aku google mmg sket lebih kurang jek. Tapi cara mak mertua aku buat  ni lain sikit and tu pasal aku rasa sedap and lain.


So ready, set...sinsing lengan baju and masak!!



Bahan2

-Ayam potong kecik2
-Fishcake/fishball/sotong/udang whatever haiwan kau nak masuk dlm kuah.
-Puff tofu potong la sukati
-Kacang panjang/apa2 sayur nak masuk dlm kuah

*bahan blend*
-Bawang besar
-Bawang putih
-Halia

*rempah nak tumis*
-kayu manis
-buah pelaga
-bunga lawang
-satu senduk cili giling
-3 sudu besar rempah kari daging (campur air jadi pes)
-Daun kari

-KULIT UDANG

-Santan
-Garam


-MIL aku suka pakai kerang (yang belum kopek) but aku tak buat sbb malas nak kopek :p


Cara2

-Kulit udang tu, rebus dengan air sampai dah merah2, pas tu tunggu sejuk, and blend sampai hancur. Tapis, ambik airnyer sahaja.

-Tumis rempah2 di atas together with the bahan2 yang dah di blend (bawang etc) 

-Masukkan air kulit udang tadi

-Masuk segala haiwan yang dah potong tadi, sayur, and the tofu.

-Masuk santan.

-Masukkan garam secukup rasa





Ni aku buat dulu kala. Semalam baru buat mee kari tapi lupa la plak ambik gambar.

Ekceli kulit udang yang buat kuah tu sedap pada aku. Sbb rasa udang tuh. Kalau MIL aku buat mmg sedap sbb dia pakai kerang sekali. Apakan daya menantu hantu dia pemalas nak kopek kerang.

Kalau aku buat, tauhu kering tu mmg bersepah aku taruk. Sebab aku suka sangat ratah kuah dgn makan tu jek.


Ni resepi kuah je ye. Sila rebus mee sendiri and buat la apa2 barang hiasan korang nak. Nak makan dgn nasik pun boleh. Tak de org marah :)


Sekian, selamat memasak!


20 February 2014

TM Fan Run 2013

Assalamualaikum,


Lama tak update citer basi :)


This was my last run tahun 2013. Patut ada Cyberjaya run end of December kot but my father was admitted  masa tuh.





TM - Team Malaysia, aku sebelum ni dok ingat Telekom Malaysia..


hakhakhakhakha..



Total distance 15km. Sbb 2 weeks before that dah lari half marathon kat Penang Bridge kan... so idak ler berdebar sangat... puih!


Tapi pagi sebelum lari tetapppp kena pegi toilet 


Sampai mr p sempat lah warm up sementara tunggu aku


-____-



I think so far ni la run aku yang paling ok and konsistent. Selalu mesti la ada berenti2 and jalan and sesi sumpahan diri sendiri.

But this one I ran non stop (except berenti  minum air) and even kat bukit pun aku tak stop lari. No matter how slow aku mmg tak stop lari.


*tepuk bahu sendiri kuat2*



Time aku tak de la laju mana, 2 jam 12 menet kot. Jadik la.. janji tak last! :p





Bangga oiii tak sampai last!






Dengan Rina yang bangun lambat pas tu lari 10km jek.. miahhahaha

Jangan mare.. ailebiu!


Tapi 10km pun tetap semangat lari. Kalau aku la bangun lambat.. sambung tido la jawabnyer!




Sebab dah lama sangat tak masuk apa2 event, and in less than a month I got another half marathon, so mmg tak de cara lain melainkan training sendiri jek.


Skang ni every alternate days my personal trainer aka mr p akan teman aku lari kat area rumah ni. Tapi dia kata aku ni slow sangat la.. dia nak ikut pace aku pun penat.


hmmphh... mencik! ai penat tahu!



So dia akan lari dulu..... sampai simpang, dia patah balik jumpa aku, lepas simpang, dia lari lagi...


So end up total distance dia lari lagi banyak dari aku.



Eh sapa yang nak masuk half marathon ni?





U pakai tudung, lari utk I, bleh tak eh? 









19 February 2014

Youtube ke?

Assalamualaikum,


Do you know how cute anak2 bila diorang start bercakap and asking about things?

Macam Sofeya ni, she is at the stage where she asks a lot of 



Kenapa?

Sebab?

Macam mana?


But whyyyyyyyyy????



-_______-



Masalahnya, out of 10 perkataan yang keluar dari mulut dia, half of them is KENAPA.


Memang penat nak layan and sometimes it gets annoying especially kalau one question after another yang tak habis2 KENAPA nya.


Tapi nak buat mcm mana.. tak layan kang..itu lah cara dia nak grow up and berfikir. Maka sebagai ibu mithali, kita layankan jerr... walaupun banyak kali aku suruh dia diam kahkahkaha


Sekarang ni mcm best sbb kat sekolah dia baru belajar pasal Malaikat. That we have Malaikat at kiri and kanan shoulder kita yang akan catit semua perlakuan kita.



So everytime dia bergaduh dgn Balqis, or jerit kat aku, or whatever bad things she does, aku tak yah susah2 marah but just instead cakap


"Haiyokkkkk mama tak tahu, Malaikat dah tulis dalam buku adik naughty!"


Setel! Dan dia akan cepat2 minta maaf and behave like a good girl :)



And she also have a curiosity about Allah. I always tell her that Allah is watching you all the time. He knows whatever you are doing wherever you are.


Then few days ago Sofeya tanya aku


"Ma, mcm mana Allah boleh tengok kita?"

"Allah ada super power, Dia mmg boleh nampak semua orang"


"Ye la, tapi mcm mana Dia nampak? DIA TENGOK TV KE? DIA TENGOK YOUTUBE??"



YOUTUBE?????



Don't ask me what was my answer. I think just changed the topic kot... hukhuk.






Ustajah Sepiah






18 February 2014

The need to justify

Assalamualaikum,


Lately, selalu baca pasal being a stay at home mom. And banyak meet up with my desperate housewives geng :)


So banyak bercerita and bertukar2 experience.


One thing we are sure, none of us regret langsung being a housewife. Alhamdulillah.


Also another thing in common, we also agree that being a housewife is actually lagi penat than working. Tapi tu bukan komplen ye, itu sekadar menyatakan pendapat.

We rarely have enough time for ourselves.

Example






I am pretty sure every mommy pernah menghadapi situasi mcm ni :p



Tapi, aku terbaca kat this one article, kalau kita ikhlas  buat kerja, jangan mempersoalkan 'hak' kita. Example 'me time', nafkah dari suami, etc. Insya Allah, kalau kita ikhlas, ada ganjaran dari Nya.


Cuma satu benda yang aku tak pernah openly discuss with others until recently, is that we housewives (yang dulunya bekerja or belajar tinggi) tend to justify ourselves bila orang tanya kerja apa.


Contoh


"Kerja apa?"



"Saya tak kerja, duduk rumah jaga anak.....

.....errrr...baru je la.. dulu keje.. lama.. kat bank.. bla bla bla"



Eh ada org tanya ke kau keje ke tak dulu???


Tetiba nak justify tu apehal plak kan.. mcm kan tak puas hati bila org tak tau yang kita dulu belajor tinggi, keje hebat...


Puih!



Tapi tu dulu lah.

Skang ni, I can calmly answer bila org tanya keje apa?


"Tak keje.. fulltime housewife"


Sambil senyum..


Tapi ekceli dlm hati menggebu2 nak sebut


"I buat online bisnes on health and beauty products, this is my card!"



Tapi kad aku tak de lagik!


Ish.

12 February 2014

Citer tailor lagi, tapi yang best pulak!

Assalamualaikum,


Ni citer pasal tailor again. Tapi tailor yang best. Bukan citer tailor yang dulu tu.

Mengingatkan tailor yang dulu mmg boleh buat sakit jiwa. Plus everytime aku lalu kedai dia, tengok tak pernah bukak pun skang. Ntah menjahit lagi ke tidak..


Baju sekolah Balqis, mmg kitorang akan tempah every year instead of beli siap. Normally we all tempah kat Keramat. Tapi menjak dok Shah Alam ni mcm malas la plak semata2 nak ke sana.

Kebetulan staff kat opis mr p ada rekemen sorang tailor kat Shah Alam seksyen 18.


Aku pun tawakal la try jahit baju sekolah Balqis. Masa tu lagi 2 minggu sekolah nak bukak. Kata kakak tu sempat jek. 

Dlm hati aku konfiden kemain kakak ni. Tapi tak pe, kita kasik chan!


Alang2 hantar baju sekolah Balqis, aku hantar few seluar aku untuk kecikkan pinggang and potong kasi pendek sket. Dlm 4-5 helai jugak la...


Side story japs..

Masa tu yo o o kecikkan pinggang. Skang ni aku rasa mcm nak tetas balik je yg dia jahit sbb rasa mcm ketat hazabullah!


*nangis*


Ok habis side story.



So as promised, after 1 week (she promised 1 week dah siap) baju sekolah Balqis siap!

Tergezut iols. Dlm hati masih doubtful, siap elok ke ni? Kejap btul kau jahit. Kalau tailor yg lain2 mau sebulan 2 nak siap sepasang baju. 


Pegi ambik, and alhamdulillah, elok cantik je semua!

Not only baju sekolah Balqis, tapi seluar aku yg dia alter pun elok.


Lagi best, total 3 pasang baju plus few seluar alter is ONLY RM80.

Sepasang baju budak dia caj RM20 jek.


Murah kebabommmmm!!!


Lepas tu, aku pun tanpa pk panjang, terus hantar kain nak tempah nak pakai masa wedding adik ipar aku nanti.



Ni sape ambik gambar? Mmg saja sabotaj aku nampak gemuk tauuuu


Aku and anak2 buat baju kurung pesak pahang, and mr p buat baju melayu johor (johor ke? yg tak de leher tu eh?)

Kain lace ada lining.

Total 4 pasang tu dia caj RM250. Aku consider murah la sbb ada lining bagai kan.



With the price and the quality, I don't have anything else to complaint. Mmg puas hati and happy sangat sbb finally aku dah jumpa tailor idaman hati.

And the timing pun ok. Dia akan tanya bila kita nak pakai and adjust schedule dia. Kalau tak boleh dia akan cakap awal2. Mcm baju2 yg aku buat ni alhamdulillah tak de delay. 


Suka!




But ni yang aku suka la.. and plus aku belum pernah try baju yang fesyen2 bagai like kebaya and stuff. So I dono mcm mana kuality dia. Nak cuba atas risiko sendiri ye.


Ni contact no dia.




Kedai dia kat Seksyen 18, tingkat satu. Sama row dgn Ayamas.











11 February 2014

Entry 5 minit (again!) - kenduri tahlil, wedding and photoshoot

Assalamualaikum,


Korang apa kabar? Aku alhamdulillah sihat. Last week Jumaat - Ahad agak sibuk sbb adik ipar (adik mr p) kawin.



Wedding!


Don't you just love weddings??


It gives you reason to kuruskan badan sbb nak pakai baju lawa ngalahkan pengantin Walaupun evetually tak de la kurus mana.. pfttt!


Plus mcm dah kemaruk nak kenduri kat family mertua aku (family aku mmg dah tak de la wedding sapa lagi nak kawin, tunggu cucu Pak Rahman la kot). Last wedding was mine, almost 7 years ago.

Hari2 aku dok bising kat adik ipat aku "Cepat la kawin... lama tak kenduri ni!!!"


Well anyway,

Dah kata ni entry 5 minit, aku summarize dulu ye what happened last weekend.


Friday night, kenduri tahlil kat rumah mak mertua aku with relatives.




Orang tengah baca Yassin, si kecik nak jugak baca. Sudahnya Yassin aku kemana, apa ke mana.

Yang kanan sekali tu lah pengantin. Merenung masa depan kewww???


All of us wearing Abaya from MakkahwalMadinah

Cantik tak???





Muslimah sangattttt sorang2 :)


Aku suka Abaya kat sini. Baju budak ada, baju laki pun ada. Pegi la jenguk FB diorang. Cantik2 collection diorang. 


Sabtu pagi, nikah.


Aku sampai, masuk bilik and tengok pengantin, nak nangis sbb rasa lawa sangat!!!!

Top to toe lah lawanyer... berseri!!!!

Harus ambik selfie berdua... sibuk tak nak kalah kahkahkahkahkah





Alhamdulillah dah selamat nikah. Suker lettewwwww :)


Tahniah ye korang, semoga berbahagia till Jannah.


Ada few lagi gambar from phone but nanti la tunggu full entry on this wedding. Lagi best kalau ada gambar from the photographer sekalik.


It was indeed a beautiful moment. Aku yang tak pernah nangis time wedding, boleh nangis okeh!

Wedding aku sendiri tak de nangis. Nangis haper.. sonok nak kawin je aku ingat huahuahua.. Lepas nikah tu terus YESSSS!!!!! cepat2 meh sarung cincin!!!


Dasarrrr gelojoh!


Anyway aku rasa maybe sbb ni pangkat adik kot. Kenal dia since she was habis SPM. Masa tu aku baru kenal mr p and he was telling me about his little sisters. So watching her growing up, masuk kolej, keje, bercinta, and finally getting married is a very happy and touching moment so tu pasal aku nanges.


Ni baru adik ipar, esok2 Balqis dgn Sofeya kawin, mmg aku nangis guling2 gamaknyer masa nak nikah tuh!


Sabtu tengahari, kenduri!



Sama cantik, sama gojes!!

Cuba teka sapa bawak bunga manggar uols???? Neves mengalahkan pengantin! hihi






Antara sedara mr p yang datang. Ni sket jer.. ramai lagik. Tapi ni je yg ada dlm henfon. Tu pun adik ipar aku punya henfon. Aku punya henfon entah kemana dah...


Mmg meriah kenduri. And alhamdulillah it went well. Semua happy, semua cukup makan. And I am particularly berpuas hati dgn catering service dia. Nanti tunggu full entry aku citer yeh?



Ahad petang, photoshoot with the family



Si gedik jumpa si gedik.. cam ni lahhhh



Ni gambar pakai phone.. tunggu dpt gambar from photographer kang aku tepek elok2.

Suka sangat photography session ni. Nanti full entry aku kasik contact details sekali. Ni la photographer yang adik ipar aku ambik time wedding dia.


Aku mmg dah lama teringin nak buat photoshoot utk family Tapi nak tunggu kurus x kurus2 pun.. Ni alang2 dah buat sekali utk wedding.. akhirnya dpt jugak ambik gambar  family!




Tak pe dah kawin.. buat muka huduh pun org tak heran.. kehkehkehhh



Till later ye korang. Hari ni iols busy menguruskan hal rumahtangga. Nak pegi tailor, bank, ambik spek, ambik anak, masak, basuh balcony, basuh jamban.


Fuhhhh


*lap peluh kat dahi*



KLIK HERE : EPHYRA PROMO

06 February 2014

Ni baru betul BFF!

Assalamualaikum,


Korang ada BFF tak?


Mesti ada kan, tak banyak, sikit..


I am truly blessed, that I have a lot of them! To be exact, banyak set of BFFs :)


Ada BFF since kecik, ada BFF since sekolah, ada BFF time keje, and opcos skang ni BFF aku adalah budak 2 ketul ni




alamak ada seketul jek.. lagi sorang x suka bergambar dah.. hmph!





Well anyway, hari ni nak cerita pasal BFF aku yang 3 ketul ni




3 ketul yang makcik2 tu jek.. yang kecik tu generation lain.. hikhik.



Ni BFF dari zaman PPP. To be exact, dah dekat 20 tahun la kitorang berkawan.

Dulu zaman PPP kawan2 panggil kitoang Spice Girls. Masa tu kan tengah hot... err.. the group lah..bukan kitorang yang hot!


Tapi skang, bersesuaian dengan status masing2, we prefer to call ourselves Desperate Housewives!


So, introducing dari kiri...


Bree Van de Kamp aka Ayu.

Aku kasik nama ni sebab rumah dia, SEBIJIK mcm Bree. Kemas, teratur and bersih. Aku teringat satu scene Bree dok mengelap sudu garfu kasik kilat. Masa kat rumah Ayu, aku tengok atas meja makan, sudu garfu teratur tersusun and berkilat2 semua sampai kau tak yah tengok cermin kalau nak betulkan tudung. :p

Impressed yer aku alahai. Terus rasa nak tikam diri sendiri bila balik tengok keadaan rumah!

Balik tu aku terus vaccum rumah. Sampai mr p cakap

"Kalau mcm ni la penangan pegi rumah Ayu, u pegi je la hari2!"

-________-



Tapi Ayu ni mmg wanita melayu terakhir. Pandai masak, pandai kemas pandai segala. Dari zaman PPP dulu pun. Pakai rice cooker je buat mee bandung, kau mampu???

Masuk bilik kitorang, kalau nak tahu katil Ayu yang mana, senang je nak spot. Yang cadar paling tegang and kemas, tu lah katil Ayu!



Susan Mayer aka Hanan aka Mek

Panggil dia Mek sbb dia ni Mek Kelate. Kan ke comel2 mcm awek kelate jugok? Sbb tu la dpt nama Susan pasal comel mcm Susan. And kalau korang kenal dia ni pun ada tempias2 juga la mcm character Susan tuh. Baik hati, honest and senang kalau nak bercakap dgn dia.

Antara bertiga ni, Hanan la paling lama aku lost contact, dekat 10 tahun jugak la.

Rindu sangat tak terkata. Masa peluk tu nak menitik air mata pun ye. Tapi memikirkan bughuk beno rupe aku kalau nangis. urmm.. nevermind.. hikhik...

Padahal dia ni tinggal area Subang/Shah Alam jugak. Tapi  masing2 tak de inisiatif nak get together, until la lately.

Yang sikecik dlm gambar tu is her youngest daughter, Aira. Pandai pulak behave bawak diri time makcik2 ni sembang iye?



Lynette aka Farah

Yang ni tak payah intro panjang2 sbb dah selalu kot masuk belog aku. Kasik chan org lain plak glams iye? Hihi.

Mcm mana dpt nama Lynette?
Ni hanan kasik, sbb katanya antara kitorang bertiga, Farah anak paling ramai!

*nak gelak tapi tahan gelak sbb takut kena marah dgn farah*


Tapi anak tu kan rezeki :) Kekdg mcm syok pulak aku tengok anak2 Farah. Tak sunyi!

Lagi satu aku rasa Farah mmg sesuai dgn watak Lynette sbb dia ni ambitious, career oriented sket. Dia dulu keje private sector then quit buat Unit Trust full time. Sambil2 tu she has her own spa, Hurun Ain Oasis kat TTDI.

*ehem, diskaun ye, mekasih*




So, gitu la intro serba sedikit pasal best frens saya.


Ehhhhh lagi sorang lupa intro



Gabrielle Solis aka yours truly

Ehhh aku kasik nama mesti aku nak yang paling glammmmmm!!

hakhakhakkkk



Anyway,

We were very2 close masa zaman PPP. 
Kawan gelak, kawan nangis. Kawan bercerita, kawan stay up, kawan meluah perasaan.


As time goes by, masing2 sibuk dgn hidup, keje and family sendiri, our friendship grew distance and somehow some of us lost touch.

Tapi ntah la, I think its the age kot. Maybe at our age ni, masing2 dah stable dgn hidup, and mula mencari kawan.

Tapi apa2 pun, I am so glad we did this. Yesterday, setelah sekian lama, jumpa jugak the 4 of us. From 9  - 12, tak brenti2 bercakap masing2 sibuk nak update citer masing2 :)


Promise to have our weekly get together lepas ni ok?


Baru la betul Desperate Housewives!


KLIK HERE : EPHYRA PROMO



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...