13 December 2013

Resepi ayam masak merah / ayam sambal

Assalamualaikum,



Aku perasan la, blog ni kalau aku letak most popular entries, memang tak lain tak bukan pemenang jatuh kepada entry resepi!


Resepi uols! 


Tak pernah la aku termimpi nak kasik resepi kat org. Kalau sedap, alhamdulillah. Happy to share them with you. Kalau tak sedap, err... err.. salahkan air tangan masing2 ye :p


Ok hari ni puan2, saya nak tunjukkan cara2 memasak ayam masak merah / sambal.

Ada beza ke? Whatevs la kan... Janji sedap kat tekak.



Walaupun nampak sememeh tapi dont judge the ciken by its look!


Bahan-bahan

Mak hayam agak2 utk 4 org makan

*untuk lumur kat ayam*
Garam
Kunyit

*blend*
Bawang merah sederhana sebijik
Bawang putih 3 ulas
Halia sikit


Cili giling 1 senduk
Minyak untuk menumis
Tomato sederhana sebijik potong sukati 
Garam




Cara-cara

Lumur garam kunyit kat ayam, goreng and ketepikan. Pakai airfryer tahu!

Panaskan minyak, tumis bahan blend, cili giling and tomato. Sampai masak. Lama2. Kalau kering, taruk air and masak lagi sampai kaler dia gelap and kering

Masukkan garam (and gula if u want).

Masukkan ayam yang dah digoreng tadi. 

SIAP!


Optionally, you can add bawang besar yang potong bulat2 masak kuah tu dah hampir masak. You can also add daun ketumbar sebagai hiasan.



Aku mmg tak letak, pasal mr p and balqis konfem akan kuis2 keluar semua bawang and daun2. Pas tu dok komplen kuah aku semak bersepah. Hmph!


You can also gantikan tomato with asam jawa/asam keping as agen pemasam. Aku mmg suka pakai tomato in all my cooking. Sebab it adds the nice texture to the kuah and the rasa masam is nicer compared to asam keping. 

Well ini preference aku lah :)


Selamat mencuba ye :)



KLIK HERE : EPHYRA PROMO

3 comments:

Alfian Abdul Halin said...

Air fryer kalu, buleh masak ke kalu...?

Norliana Abdul Rahman said...

goreng ayam tu mmg pakai airfryer.. tapi kalau sambal tu....sukati kau la kalau nak pakai airfryer.. hahahha

Bali Tour said...

Terima kasih atas recipe nya
nanti saya nak coba masak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...