17 April 2015

Speedmart dan kami

Since Sofeya masuk Smart Reader tahu lepas, asal balik sekolah je WAJIB singgah Speedmart nak membeli.



Beli lah apa2, janji beli. Lollipop 65 sen pun jadik. Tapi selalunya akan beli air Bliss Strawberry sbb tu mmg feveret dia.

Selalu aku tanya "Nak beli apa?"

She will answer "Tak tahu lagi.. masuk la kedai dulu tengok"

Hoih sebijik perangai Balqis masa kecik. I still remember Balqis selalu ajak pegi Pasar Kecil (back in Melawati) dgn dialog yg sama -____-



Anyway, dah masuk Tahun 1 ni, ingat setel dah la kutipan tol kat Speedmart. But noooo.. balik sekolah petang tu WAJIB lagi masuk Speedmart. And time petang2 lagi hebat, beratur budak sekolah dengan mak bapak masing2 tengah dok membayar.

Rupanya bukan aku sorang yang kena tol :)


Dah lama2, kitorang rasa tak boleh jadi la. Cam membazir pun ada. Air tu tak pe lagi, ni kang kejap2 aiskrim, sweets, all kindda junk.

So mr p said "Once a week je, hari Jumaat sahaja boleh pegi Speedmart"

Tapi knowing Sofeya ni, mmg ada je nak menjawab

"Can I buy drinks? No sweets I PROMISE!"

"NO"

Padahal air bawak pegi skolah tak pernah habis

"What if my drink habis? Nanti adik dahaga sangat I will die!!"

-_____-

Drama sgt. Nyampah.


"Fine, kalau air habis baru mama beli air"



And esoknya ko tau HABIS air dia! Fuh punya la nak shopping kat Speedmart!



Tak pe la nanti aku buat trick baru bawak air siap2 dari rumah. Kita tengok apa lagi alasan dia



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...