11 July 2013

Doa solat dhuha



Assalamualaikum,


Kali ni nak share doa selepas solat duha. Solat duha ni adalah solat sunat yang dilakukan selepas terbit matahari, sehingga sebelum masuk waktu zohor. (Ada banyak pendapat, ada yang kata sampai pukul 10, 11, and so on).

Solat duha ni diamalkan untuk membuka pintu rezeki. Insya Allah kalau diamalkan, mudah-mudahan dimurahkan rezeki kita. Amin.


Tapi, harus diingatkan, rezeki tu bukan bermaksud duit semata-mata. Ramai orang yang berfikiran sempit mcm tu. (Termasuk aku sendiri). Pas tu mula lah perception, 

"Aku solat duha ni, moga2 nanti boss kasik increment byk sket"

or

"Aku solat duha ni, moga2 dapat bonus banyak sikit"

or

"Aku solat duha ni, untung2 esok orang order ephyra aku banyak sikit"


Hikhik... contoh la kan....


Yang sebetulnya, rezeki to dalam pelbagai bentuk. Duit tu salah satu jek.


Rezeki can be in form of anak solehah.

Rezeki kan come in terms of kelapangan masa.

Rezeki also can be in terms of ketenangan hati, kasih sayang sesama kita.


Can macam2 lagi.



Aku start amalkan solat duha ni about a year ago. Before that memang tak pernah *malu* Lepas few months amalkan, kesan yang aku nampak is ketenangan hati. Ntah la I dono how to describe. But its peaceful. 


Dulu masa aku kerja, mmg hari2 aku buat. Ye la sbb kat ofis dah ada routine. Cuma on weekends aku selalu tinggal.


Ni dah duduk rumah, I admit masa mula2 tu mmg jarang2 buat. Jarang sangat! Ada je la alasan. 


Then if you noticed blog aku, masa awal2 aku brenti keje tu mmg byk meroyan. Itu ini tak kena.


Pendek kata tak happy lah.


I talked to a friend. A friend close to me. Asking kenapa aku jadi mcm ni. Padahal aku rasa I have everything. Tapi kenapa aku tak happy.

The reply was simple

"Dulu kau nak duduk rumah, Allah dah bagi. Mungkin dia nak duga kau pulak. Dia nak tengok sejauh mana kau sayang kat dia. Apa kau nak, Dia bagi. Tapi kau lupa kat Dia. Solat Duha dulu kau selalu buat, sekarang dah tak buat. Dulu kau kata kau nak duduk rumah sbb nak bykkan ibadat. Kau buat tak?"


Ok. Saya sedar. I am only human. Kadang2 kita lupa. And I am so lucky to have friends and family yang sentiasa mengingatkan aku. To keep me on track.


Jadi kawan-kawan, mari kita start amalkan solat duha. 


Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, 
kekuasaanitu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, 
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, 
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...