05 June 2013

Sofeya' first sports day (and quick info on tabita)

Okay, ramai rupanya peminat tabita ye...ngeh ngeh ngeh..

Stok masih ada.. jadi masih boleh order.

And pada yang bertanya soklan2.. harap bersabar, kejap2 lagi (or esok2) nanti aku buat special entry mcm FAQ on tabita gitu.

Meanwhile kalau ada apa2 boleh jek email or watsapp aku.



Ni nak cerita lain.

18 May haritu sports day tadika Sofeya.

Ni first year dia masuk tadika, so as usual kalau first sports day, aku mmg berkobar and semangat lebih. Jangan tak tau, masa Balqis first sports day (masa tu dia 4 tahun), masa dia keluar marching jek, AKU NANGIS!


Tapi tahan la sebak, sebab masa tu aku pegi sports day dgn mr p (and another fren, Sham). Masa tu belum kawin (and konon kawan biasa je padahal dlm hati ada bunga puiiii) so nak nangis sebak pun kontrol2 la kan.. hak hak hak.


Anyway..


We actually kena balik Melaka haritu so we thought tak pe la lepas habis sports day ni baru gerak la. Aku dok pk tunggu je la sampai habis, sampai dpt hadiah. Ye la first year kan.. harus kiasu lebih.





Balqis pun join jugak. Balqis kan masuk KAFA kat situ. So semua student age 4-12 mmg join hari sukan ni. Balqis mcm malas pun ye nak join, tapi memikirkan nak teman and jaga adiknyer, layankan je la.


Memula sampai, aku tgk meriah semcm. Ye la combined few tempat kan. Mmg ramai la. Agak impressed la memula tuh. Told mr p that I thought mcm organized la sikit. Ye la bayar pun mahal, opcos la kena organized kan.




Tapi, maybe sbb ramai sgt org, or problem dgn PA system ke, aku mcm tak dgr sgt apa diorang cakap, and what's going on.

Yg nampak, bebudak tgh marching.

Pas tu, nampak cikgu tgh menari.

Pas tu start sukan.


Masa ni dah start mcm blur. Sbb byk games going on at the same time. Sofeya pulak ngadu lapar so aku beli la nugget and hotdog dok suap kat dia.







That's her talking to her friend.



Masa ni Balqis dah pegi tempat lain sbb ada game lain. Aku la yg dok melayan Sofeya masa ni. Tunggu punya tunggu, aihhh.. tak de main pun. Balqis dah sound aku sebelum dia pegi

"Ma, tadi kak qis tgk kawan2 adik semua dah pegi sana. Ma check la dgn cikgu takut adik tertinggal tak main nanti"


Bagus Balqis ni. Ambik berat sungguh pasal adik dia. :)


So aku pun tanya la cikgu dia, budak ni main apa, dah main ke belum. Cikgu dia kata "nanti jap saya check"


Then after a while, the teacher came andddddd guess what she said


"Puan minta maaf sgt, dia terlepas game tadi. Kitorang pun tak perasan.Tapi ada game utk budak 6 tahun ni kitorang tarik dia main sekali lah"


WHATTTTTTTTTTTTTT????


This is my daughter punya FIRST SPORTS DAY and kau boleh TERLEPAS and TAK PERASAN??????


Panas hoi hati aku masa tu.


Panas, and so so dissapointed. I cried actually.



Terus hilang mood aku. Semangat ke mana, mood pun kelaut.

Sudahnya masa Balqis main pun aku tak tengok, masa Sofeya main pun aku tak tengok. Serious mood aku mmg down sangat.

Rasa sangat diperlekehkan.

Mentang2 anak aku kecik, boleh pulak tak perasan iye.

Sedih sgt.

Tambah sedih sbb anak aku SORANG jek yang tertinggal tak main. Boleh?



Habis main jek, aku teruk ajak mr p balik je la melaka sekarang. Tak yah dah tunggu hadiah ke hapa ke. 





Bebudak ni tak paham apa pun. Diorang seronok jek dpt main. 



Understood that kekdg mistakes happen. Sometimes ppl overlooked. 

But hey, aku pun ada hak nak rasa disappointed and marah kan? Rasa tak salah kot kalau aku berperasaan sedemikian.


Cuma ye la, I did not make a big fuss abt it. The teachers pun dtg and minta maaf kat aku.

Tapi tu la.. aku ni spesis kalau terasa tu lama jugak la nak elok.


Masih terasa lagi ekceli.


Sabar la konot iye...




6 comments:

Unaizah said...

Ala sedihnya....because that was her first sports day. Maybe sebab combined byk tempat tu yg a bit kelam kabut. Kalau 1 sekolah je, kebarangkalian to terlepas pandang tu slim la. But don't they have name list or whatever list to make sure everybody is there?

Norliana Abdul Rahman said...

they do! (the name list etc). i saw them carrying it around and check for students.

sigh.. nak buat mcm mana kan..

eh.. tak tido lagi ke? heheh

Cik Sar said...

sabar je la... bleh terlepas .. sian sofeya kan.. dia ok x after tht? kalau i, sure akn ilang mood mcm u jugak.sob..sob..

Sue said...

kalau i pun rasa mcm tu... i pun akan sedih lama.... pnh jadi gak kat i mcm tu kat tadika anak i..anak i umur 3 tahun masuk tadika..but dia tinggi..mcm umo 5 tahun..masa sukaneka, teacher overlooked dia sbb ingat dia grup 5 tahun. sedih la. so yg grup 5 tahun pun dia x main, yg grup 3 tahun pun dia x join. mak bapak pulak kena menghegehkan diri nak suruh dia join playgrup..sbb dia pun teringin nk main mcm kwn2..patutnya semua nama students dh ada in list kan..so teachers kena la arrange..the next year, which is 2013, i terus tukar skul..coz ank i fizikal dia mcm budak bsr..tp dia still budak2..tapi teacher ni mcm expect dia ni berdikari mcm budak 5tahun..

Norliana Abdul Rahman said...

iye cik sar.. sampai skang i masih terkilan lagi. kalau bukan first sports day rasanya mungkin kurang terasa sikit kot..

Norliana Abdul Rahman said...

sue.. hah ye ke.. ya allah kesiannya anak u! paham sgt perasaan u yg kita ni mcm terhegeh2 kan.. sabar je!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...