16 August 2011

Menu Hari Ini (MHI)

Korang masak apa untuk berbuka?

Aku ni, awal2 posa semangat hokeyyyyy.. Siap menu bagai2!

Balik keje terus sinsing lengan baju pegang kuali sudip bagai.

Skang? 

Skang????

Adehhhh....


Ko masak la apa2 pun maid oiii. Aku balik, nak baring japs sampai buka.. muangahgahgahgah 


KEJI!


No la..  not to that extend.. (err.. sket2 la)


Cam hari ni aku seriyes malas mati kutu  tak tau masak aper dah. Tambah lagi dgn kebusanan makan nasi lauk hari2. Ingat nak order piza je. Tapi masih ada lagi saki baki semangat nak masak, maka kita simpan dulu plan nak order piza tu di lain hari. dimana semangat nak masak adalah ZERO



For today, aku telah meminta resepi nak buat spageti bolognese yang amat sedap from chef zurin.


 gambar di google



Elehh.. masak spageti pun nak kepoh ke konot??


Ehhhh mesti la kepoh…  sebabbbb resepi ni bukan takat bukak tin prego je tawwwwww… sedap giler I tell yeww.. 1st time makan kat rumah zurin, terus terbukak nafsu makan menatang ni. (sblm ni aku tak gemar sgt spageti bolognese, so so je)


Ok la panjang pulak menceceh.. meh tgk resepi (di copy paste from email empunya resepi)



a)     5 biji bawang besar (kaler kuning tu) - (potong dadu)  

b)     2 tin tomato soup/cream dlm tin (normally I guna Campbell)

c)     1 pek minced meat (nak sedap beli yg minced meat yg supermarket buat sendiri & pek dlm bekas putih tu)

d)     Mixed herbs (mccormick or any brand)

e)     1 sudu cili boh blend (optional, letak skit jek, dlm 1 sudu just nak bg rasa skit, or else mmg rasa tomato tu jek)

f)      1 cubit garam

g)     1 tin cendawan butang dlm tin (any brand will do,  each can potong 2 or 3 if not besar sgt seketul tu)

h)     1 ketul Kiub daging (can be brand maggi or knorr)

i)      5 sudu minyak masak (yg ni boleh agak2 kot)

 Cara buat :-

a)     Masukkan minyak masak, lepas panas masukkan bawang

b)     Lepas bawang kuning masukkan cili blend & kacau (if nak guna cili skit)

c)     Pas tu masukkan minced meat yg dah dibasuh & tos & kacau

d)     After 3-5 mins camtu or lepas daging tu mcm masak skit, masukkan tomato soup tu (dua2 tin skali)

e)     If nampak pekat sgt, boleh campur air panas skit, jgn byk sgt maybe dlm ½ cup camtu & kacau

f)      After 5 mins camtu, masukkan  kiub daging tu & mushroom yg dah dipotong tu & kacau

g)     Sprinkle kan mixed herbs & secubit garam

h)     Kacau kuah tu dah nampak mendidih, means dah nak masak then boleh tutup api – make sure api tak besar sgt sepanjang masak if else bawang & daging tu cepat berkerak kt belah bawah. 
Boleh serve dgn capsicum & shredded parmesan (u can buy cheese ni from giant/tesco/Carrefour) – ada mention shredded parmesan coz klau biasa nye dia berketul sgt..tak sesuai utk mkn ngn spaghetti
 



Ambik kauuu aku copy sebijik2 dari email :). Kalau tak sedap sila salahkan diri sendiri hik hik… 


So apa lagi, aku dah siap2 print dah resepi ni. Lunch kang nak pegi carrefour bawah ofis ni nak beli brg

Happy cooking people!

*kalau jadik aku post esok, kalau tak de post tu maksudnya tak jadik ler.. huhu*









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...