08 August 2011

Cekelat cip version 2011

Kena kasik version, sebab aku buat kuih ni setahun sekali jer. Tu pun sbb anak2 and mr p suka makan. Idak, HARAM!!!


Version 2010 tak de hal, sebab kakak aku ada kat sini, dia la tukang buat kuih. Aku?

Errmmm…

Errmmm….

Oh nevermind!


:)


So aku korek resepi from internet, and I got this. Actually aku pernah dah buat cekelat cip cookie pakai resepi ni, and I remembered I altered something, somewhere, but can't remember.

Tu la.. dah nama buat setahun sekali kan…


Bahan-bahan ( 100 biji )
  • 450g tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 250g mentega
  • 115g gula halus
  • 110g gula perang
  • 100g chocolate chips
  • 3 sudu besar cocoa powder
  • 250g gajus(panggang dan cincang halus)
  • 1 sudu kecil baking soda
Cara-cara
  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang
  2. Masukkan telur dan pukul lagi
  3. Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau
  4. Masukkan gajus dan kacau lagi
  5. Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
  6. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit


Maka semalam, saya telah pergi ke kedai BAGUS kat melawati (jual brg buat kek, kuih). Aku rasa aku sorang je yang ke hulu ke hilir dlm kedai tu pegang kertas resepi. :p

Balik2, terus bongkar semua brg. Semangat niehh nak buat kuih






Cari2 tempat nak pukul tu.. apa nama? Mixer? Ntah la.. Tak de pulak.. blasah la.. sib baik maid aku ada, dia yg tolong mix-kan manually. Ada pulak pembantu2 extra ni kannnn…





Dihari kejadian, budak ni sorang je yang puasa. Kesian pulak aku tengok. Tapi sebab dia la yg insist nak buat kuih, aku layankan jer.. At least occupy sket masa.. idak setiap 5 minit tanya bila nak buka… haihhhh..





So dah kacau and mix and kacau and mix.. sekalik aku tgk adunan tu mcm dah nak keras semcm, padahal tepung blum habis masuk.. hmmm… diskas dgn maid aku (mcm masalah negara jer gamaknyer nak diskas2 bagai), maka kitorang telah sepakat utk tidak memasukkan tepung lagi sbb takut kang kuih tu jadik keras-umpama-baling-kat-dinding-pun-tak-pecah.

Maka inilah hasilnya adunan 1st batch aku sebelum masuk ke oven.



Ni pulak hasilnya selepas kuar dari oven… tadaaaaaaaaa



Macam sedap la jugak… tho aku rasa agak manes sket.. (tepung dikurangkan, tapi lupa yang gula dah masuk semua, boleh?)
Pas tu aku buleh pulak terlupa, dulu kakak aku ajar lepas tepek kat tray tu, penyekkan sket pakai garpu, supaya dia tak kembang sgt and rupa dia semenggah la sket...
Ai luferr.. Ai main tepek jer cenggitewww.... Maka jadik la sebesar2 alam...

Blasah ler.. kitorang je pun yg nak  makan.. (mmg confirm aku tak hidang kat orang la niiii)



Pas tu lebihan tepung tadi kitorang mix balik jadik adunan baru.. and try bakar..

Jadiknyer kurang pulak manes….



Pas tu last2 aku mix balik kedua-dua adunan tadi…

And bakar..


And finally.. beskot cekelat cip aku MENJADIK

SEDAP I tell yewwwwww..Bak kata reviewer aku…

Sofeya : “ummmmmmm!!! Yummy chocolate chip cookie!!!!”

Balqis : “sedapnyer maaaaaaaaaa!!”

Mr p : “hmmm.. sedap!!”



Ok now I remember what I altered dulu2..

Instead of 1 telur, aku tambah 2 bijik telur. Gula kurang sket, tepung kurang sket. And aku tak taruk gajus, instead aku tabur berkodi2 cekelat chip!



Agak2 buleh buat jual ke? :p


2 comments:

Madam Sooyaree said...

Oh menarek! Aku nak buat choc chip cookie, tapi Cik Abe tak kasi. Takut nanti dia nak makan, hahaha

Norliana Abdul Rahman said...

mai, takut tak sempat raya dah habis ke? hik hik... tu tandanya sedap!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...