21 July 2011

Hong Kong Trip - Day 3

Sebelum masuk citer Day 3 aku terlupa pulak nak riak cerita sedikit insiden masa kat Disneyland..

Insiden 1

Kitorang nak beratur masuk satu ride ni (tak ingat pulak nama dia) tapi yg ni pun boleh pakai Fast Pass jugak la. Sekalik this one lady kata Sofeya tak boleh masuk, kecik lagi, and this ride ni mcm ala2 roller coaster.

So aku dgn Sofeya pun tunggu la kejap kat luar, while mr p and balqis pegi enjoy the ride.

Then bila diornag keluar, aku nampak balqis berlari meluru kat aku sambil sengih2.. and tau apa dia tunjuk kat aku??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

GIGI DIA PATAH!!

Memang gigi dia dah goyang for few days dah.. kebetulan patah masa tu kan.. so I thought ok la.. nothing biggy..

Then came mr p.. dgn muka stress..

"Giler aaaahhh ride tu!!! nak tercabut jantung i!"

Aku buat gelak jer la. Sbb aku tau mr p ni jenis tak suka naik roller coaster bagai2 ni.. sangat opposite dgn aku. So kalau tahap mr p  nak tercabut jantung tu, aku rasa tahap aku buleh buat gelak2 je kot.. keh keh..

Eksyen kau konot!!!

Tambah aku nak gelak sebab, mr p kata both of them diam membisu tak bukak mata langsung sepanjang2 ride tuh!. Mr p punya la pegang balqis kuat2 takut tercampak. Dia (mr p) dok pk budak ni dah pengsan ke hapa ke.. sikit pun tak bersuara!

Rupa2nya.. start2 ride tu, agaknyer terkejut je apa ke, gigi balqis patah! And sebab tak berani nak angkat tangan pegang gigi tu, dia kepam jer gigi tu dlm mulut dia. Tu pasal tak bukak2 mulut..

Haishhhh.. sib baik tak tertelan gigi anak aku!!

Incident Riak no 2

Masa tgh tgk Lion King punya show, ada 2-3 org tourist from japan dok blakang kitorang (aku assume la Japanese). Sofeya tgh tido atas bahu aku, kepala terlentuk and muka tutup separuh dgn topi.

Then aku rasa mcm these Japanese lady dok angkat2 topi Sofeya sbb NAK AMBIK GAMBAR SOFEYA..

boleh??

Aku tak tau la nak marah ke, nak rasa flattered ke...

Dulu (masa Sofeya less than a year old) pernah sekali kat KLCC, aku tgh turun escalator. Then ada 2 japanese guys pun sama, nak snap gambar Sofeya. Masa dah turun escalator, mamat tu siap panggil aku.."halo.. can i take picture? so cute! so beautiful!"

Aku mcm nak jugak perasan yang diorang mean aku kan... ngahahaha.. tapi in my dreams la.. obviously Sofeya la kan! keh keh keh...

Well at least the Japanese guys kat KLCC tu mintak permission la..

Yg kat Lion King show ni dah la tak de cakap apa.. siap selak2 lagi topi Sofeya.

Kau nak ambik gambar ambik je la.. Aku tak charge pun. Anak aku blum masuk tahap model professional lagik.. hek hek.. Tapi have the courtesy to say something la..

Maybe something like "Ma'am, your daughter is so pretty just like you are!!"

Errr.. tak klakar eh?

Nge nge...

Eh  tapi they tegur jugak la mr p, diorang tanya "Hi mister, wher are your from?"

Mr p jawab.. and we exchanged smiles.. tu jer la.. aku pun terkedu tak tau nak cakap apa...

OK la.. sambung Day 3.

Hari ni bangun lewat sket. Tido and rehat puas2. Lepas siap and bfast (makan mushroom soup instant and roti beli kat 7E), kitorang pun gerak pegi ke...


CITYGATE!!!!


Oh ye.. aku punya purpose trip ke HK ni mmg semata2 nak pegi ke Disneyland and shopping jek. Tak de pegi tempat2 lawatan yang lain.

So we took taxi from hotel to Kowloon Station.
From Kowloon Station ambik train ke Tung Chung Station.
Sampai station ni kira dah sampai ke Citygate terus lah.




Pada sapa yang tak tau, (ramai kot yang tau, aku je baru tau, tapi nak kepoh jugak) Citygate ni  mcm mall, tapi semua outlet punya kedai. Rege mmg murah la.. (dah nama outlet). Tak byk brand as i was expecting, tapi cukup la utk merabakkan poket mr p haku!

Mula2 kitorang masuk sini dulu.


ESPRIT ni kedai wajib. Aku mmg suka sgt dgn baju and suar dia. Terletak elok je kat badan. Tapi nak beli kat KL mmg tak mampu ler haku. Seketul baju sampai 200++, akak tak sanggup!!

So  masuk sini, dgn rege mmg murah, sale lagik tu.. hmm.. tak perlu la berfikir 2 kali...

SAMBAR YEOP SAMBAR!!!!

Pagi2 mmg tak ramai org sangat. Tapi dah thari sket, mmg masak ler.. beratur mmg panjang tak hengat..





Then kitorang surveyed other kedai. Tak byk sgt membeli sbb ingat esok sblm flight balik nak singgah sini lagi. (Citygate dekat dgn airport).

As usual, stroller bawak jer lebih, alih2 jadik tempat angkut barang..



While sikecik ni mmg wajib tido berdukung..


Sila ignore parut jerawat saye....

Then kitorang lunch kat mekdonel. Tak sempat ambik gambar sbb as usual, lapar tak hengat. Another reason is that aku mmg terkejut badan tgk mekdonel dia, SEMPIT ya amat!!

Dah la sempit, ramai giler orang. Nak duduk, nak jalan, mmg konfem berlaga2 dgn orang. Pas tu bila dah ramai, diorang ni jenis selamber badak je tunggu belakang seat nko, konon2 nak chop seat.

Kalau tunggu jer tak per.. ni siap PEGANG okeh kerusi ko!!!

Sabar je haku. Nak makan pun tak senang..


Then dah puas berjalan2 survey sana sini, kitorang pun balik ke bilik hotel dulu. Rehat japs, then kuar balik nak pegi dinner and to Mong Kok, again, meneruskan pencarian kasut..

Kitorang dinner kat this one Chinese Muslim punya restaurant. Apa nama, kat mana, memang minta maaf aku tak ingat langsung. Yang aku tau, kitorang naik taxi from hotel to this place. (tapi kalau korang nak tau i can ask mr p for the actual location, i think he knows)



Tempat ni, kalau tadi aku describe mekdonel sangat sempit, then i guess aku memang dah tak de suitable adjective nak describe how small and cramped and sempit this place is.

Seriously, for the first time aku rasa aku tak exegeret..

Orang yang queue sikit punya ramai..



Ko tunggu la kat luar tu sementara nak tunggu makan. Orang dah kuar, baru dia bagi masuk. Sian btul aku tgk gambar balqis kat bawah ni. Nampak mcm org kebulur sgt kan?



Dah masuk restoran tu, aku mmg terkejut badak la. Jenis ko duduk jer nyelit kat mana yang ada tempat. Nak harap makan satu table ko sendiri, mmg haram!

Sbb kitorang berempat, and kebetulan satu table utk 10 org tu ada kosong 4, so dia (org restoran tu) suruh kitorang duduk je la situ.

Aku nak ambik gambar pun tak tergamak. Org sebelah dok sibuk makan laju2, kau ada masa nak ambik gambar ye?

Agak stress jugak la, dgn Sofeya tgh cranky, makan tempat sempit..adeh.. stress!!


Selesai makan, naik taxi, pegi Mong Kok.

Maka berjalan la kami from one kedai kasut to another.

Dapat la sepasang kasut Sofeya.

Happening la tempat ni malam2. Aku mcm heran jugak dgn warga HK ni. Makin lewat malam, makin menjadi2 korang.

Tak tido ke hapa?

Masa ni kaki aku seriyes mcm nak tercabut dah. And selera nak shopping memang dah ZERO.

How ZERO can it be? Sebab aku masuk G2000, jumpa baju suar keje yang murah and cantik (puluh2 ringgit, murah kan?) tapi bila nampak org queue nak bayar yang panjang berjela, dgn kaki sakit, dgn Sofeya cranky.. ohh. tak per la.... aku kirim kat mr p je la next time dia pegi HK.

Last2 dah tak larat, kitorang beli DVD transformers (1&2) and balik tgk kat hotel...


hek hek...


Alih2 Optimus Prime yang tgk kitorang tido.. :)

Aku tido lambat sket la... sbb tunggu kol 12 wish mr p besday :)

Oh yes.. 17 July adelah besday mr p :)

Best kan sambut kat HK.

Tunggu citer Day 4, dlm flight.. lagik best...

Esok ye...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...