10 June 2011

saya masuk spital..

last week aku mc 3 hari sbb demam/lelah.

then sabtu mr p ajak tido pullman putrajaya. dlm aku baru nak baik, dgn balqis yg masih tak brapa nak sihat, menggelupur jugak sorang2 bila diajak check in ke hotel..:)

anyway, dipendekkan cerita, everyone was okay, sampai ahad, lepas checkout, we all gi alamanda nak lunch.

tgh2 nak makan, aku dah start terasa perut sakit semcm, mcm nak gastric. panic jugak aku, sbb aku ada jugak few times kena gastric, and the pain is soooooooo unbearable.

then start rasa nak muntah. went to toilet, but nothing came out. perut dah makin sakit. balik packed all the food, and kitorang gerak ke klinik mediviron (dlm alamanda tu jugak).

sampai klinik, dr kata not so severe (riteee) so just gave me the gastric punya syrup and said that i should be okay in 15 mins time.

so kitorang pun duduk dulu kat klinik for the next 15 minutes, but the pain tak de getting any better. instead, aku dah start cherry berry pulak. and the cirit i tell you.. air semata2!!!

aku masuk balik bilik dr, mintak jugak injection sbb dah tak tahan sgt. dr kasik injection tahan muntah and tahan sakit.
kat klinik tu je (less than 1 hour) i have lost count brapa kali aku muntah / cirit.

then mr p said lets go hospital, sbb tgk aku mcm dah teruk sgt. takut dehydrated jer nanti.

from putrajaya to ampang puteri, mr p drive mcm masuk F1 aku cakap kauuuu.

aku paling kesian sofeya la. she doesnt understand anything. insist nak duduk atas aku but aku dah tak larat sgt2. meleleh2 air mata dia. aku tau dia nangis sbb sedih and risau tgk aku sakit. but at that time aku mmg dah tak boleh sesgt  nak berlakon sihat depan dia sbb mmg sakit + tak de tenaga langsung.

masa tu aku rasa mcm helpless sgt. dgn bebudak lagik. kesian la mr p.

so mr p just drop aku kat depan emergency area amp puteri tu, and terus drive balik rumah to hantar bebudak. nak suruh dia tunggu pun aku rasa mcm lagik kecohkan keadaan sbb dgn bebudak lagik.

so disini la segala drama bermula.. hhuhuhu..

berbekal kan sedikit energy yg aku ader (mesti la ada sket energy, lemak simpanan belambak) aku jalan ke kaunter reception tu, bok kuar IC and ING card aku, and terus terduduk mcm nak terjelepuk depan kaunter tuh..

memang mcm drama kauuu.. korang imagine la mcm dlm filem2.. yg org2 dah mcm nak pengsan.. pas tu sampai betul2 depan A&E tu and tuppppp pengsan kann.. pas tu kalau nak tambah perisa.. ada pulakkk hero2 hensem dlm menyelamat and sambut dari belakang... hik hik hik...

ok back to reality...

tak de pengsan (even tho aku harap sgt aku pengsan masa tu sbb sakit and tak larat sgt)
tak de hero hensem.. hmphhhh..

ampang puteri punya A&E sgt bagus la aku rasa. tgk jer aku mcm tu, terus diorang ambik wheelchair, suruh aku duduk, and sorong aku masuk dlm ke emergency punya room tu dulu. apa jadik dgn IC and ING card aku, aku tak pedulik dah....

baju aku mmg dah basah dgn muntah and cherry berry. (yes.. it was that bad and uncontrollable). nurse tlg aku tukarkan baju (yes, even nak tukarkan baju pun aku dah tak de energy).

took some time for the MO nak dtg tgk aku. meanwhile aku terbaring and meraung kesakitan kat the emergency room tuh.

sgt painful. excruciating. kurang satu tahap je sakit beranak. seriyes.

then mr p sampai. aku nak tanya how are the kids. sbb masa they left, the kids tgh meraung2. but even nak bercakap pun aku tak de energy.

aku gagahkan jugak bukak mulut and tanya "budak2?" tu jer yg mampu kuar from mulut aku.

then MO came. tanya itu ini.. (which mr p yg tolong jawabkan) and FINALLY gave me drip and painkiller.

lega okeh.

lega nak mampus.

after almost 3 hours (mcm kejap, but the longest and most painful 3 hours) akhirnya the pain hilang and finally aku ada energy sket.

*mcm nak beranak je kan citernyer hahah*

then kebetulan bila aku dah ok sket, my family came. parents, sister and her kids, maid and anak2 aku. happynyer tak terkata bila nampak both balqis and sofeya. diorang pun okay, and sofeya especially paham ler mama dia sakit and mlm tu nak tidur dgn maid.

tu lagi satu aku risau pasal sepanjang hidup sofeya mana lah pernah dia tidur tanpa aku kan? but dgn condition aku mcm tu, tak larat dah aku nak risau, pandai2 kau la nak ooiii.. dah besar dah kan?

then the nurse nak ambik darah aku. 3 kali tried at 2 different places. sangat susah pasal aku dah dehydrated sangat and the blood sangat pekat. lebam2 okeh tangan and lengan aku. nurse tu pun dok apologize. tak pe dik.... not your fault. masa tu aku dah tak heran. kau nak cucuk.. cucuk ler.. as long as the pain goes away..

then about 5 pm mcm tu dpt masuk bilik.

and i spent the next 2 nights kat situ.

5-6 botol drip.

lebam kat tgn toksah citer.

and finally discharged on tuesday. never been happier balik rumah! finally reunited with my family!!

(mcm kan pisah lama jek gayanya).

3 comments:

NORLIDA MOHD NOR A.K.A IDA said...

Beb so ko sakit sbb food pisoning ker or else?

Madam Sooyaree said...

Alamak... kesian Konot. Hope everything is well now...

Konot said...

mcm isolated punya kes of food poisoning dot.. sian aku tauuuu huhuh

mai.. thks beb! now dah okay dah.. mcm2 dah aku mentekedarah! hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...