So sebelum lupa, nak cerita a bit pasal process nak apply visa. Bukan apa, utk rujukan diri sendiri kot2 nak apply lagi in future. Sebab apparently Visa Canada ni bukan mcm US, sekali dapat 10 tahun.
Aku punya last time dapat validity sampai date of passport expiry sahaja. Since mine was in 2021 so okay la jugak. Balqis and Sofeya? Nov 2018 ok. Frust jugak aku masa dapat Visa tu. Ingatkan dgn all the hassle that I went through dapat la 10 tahun. Sekalikkkkk cait!!!
Tapi tak pe la. At least know I know the process.
So far yang aku tahu, ada 2 cara utk apply Visa. ONLINE (click sini), and OFFLINE (click sini).
Online means, ko submit semua document online. Beza dgn offline cuma diorang akan hold passport kau selepas visa approve sahaja so dlm masa 5 hari bekerja mcm tu.
Offline pulak, ko kena pegi office dia kat Jalan Ampang Wisma MCA tu. Submit semua document in hardcopy kat sana. Kalau cara ni, diorang akan pegang passport kau lama. From start submit document sampai visa approved. Time ni berbeza2 ikut sukahati diorang but latest yg aku tau dlm masa 31 hari bekerja minimum.
So last year, aku start apply dalam bulan 6. Disebabkan I will be travelling in August and October, so aku tak leh buat submission offline. Kena jugak buat online.
Processnya, sangat strict, remeh dan very particular. TERLALU banyak document yang diorang perlukan utk prove yang kau pegi sana hanya utk bercuti dan akan kembali ke Malaysia. Contoh document yang perlu (and these varies utk setiap applicant)
- tiket pegi dan balik (so tiket mmg kena beli siap2. kalau tak approve, sila minta refund)
- birth cert, marriage cert (kena hantar utk translation dulu)
- proof of relationship (me and my sister so kena bagi birth cert)
- divorce cert, surat akuan (cop pesuruhjaya sumpah) from bapa balqis menyatakan dia bagi balqis pegi,
- invitation letter from my sister
- slip gaji, offer letter, bank statement
- gambar
- scanned passport and travel history (so kena korek balik pasport lama)
and many more
Ni baru document. In the application tu pun ada banyak borang yang kena isi for each of us.
So bayangkan la betapa stressnya nak hadap semua ni!!
Tapi yang paling tak leh blah, is when I finally have completed all the documents, and nak submit, TAK DE BUTTON SUBMIT. Godek sana sini aku pun tak pasti la sama ada mmg tak de button submit atau aku yang bengong.
Eh what is this?
So aku call office yang kat Jalan Ampang tu, jawapannya "sorry we cannot help with online application" Suruh aku email pada embassy di Singapore
Aku email diorang, jawapannya "sorry we cannot help with website related question, please lodge a technical report"
Kau ghaseeeee ada nak hantuk kepala kat dinding tak????
Mujor la aku memang screen shot every step yang aku buat kat online application tu. So aku submit report of the issue with the screen shot sekali.
Few days tak de reply tak de apa.
Pasrah dah aku. Kalau tak lepas ni mmg refund je la tiket.
The after one week, tetiba muncul button SUBMIT!!!
-_____-
Oh btw sblm tu kak ani ada la mention ntah2 website diorang problem kot. Aku mcm, takkan la government Canada punya website problem?? Mcm kurang logic. Tapi rupanya logik. Hahahahahhahahha
So anyway I submitted our application. Katanya lepas sebulan baru tau. Tapi alhamdulillah, lepas seminggu dah dapat approval :)
Then sumbit pasport ke Wisma MCA (diorang akan courier ke embassy in Sinagpore utk lekat the visa) and the week after tu dah dapat pasport balik.
Alhamdulillah at the end dipermudahkan.
In fact masa kat airport Canada pun dipermudahkan masa nak masuk tu. Imigresen officer tak banyak tanya sangat and very friendly.
Tuan blog yang masih tak boleh move on :p
4 comments:
salam CPK,
dah berapa lama they have the online application?? did they forgot to add the submit button.. hahhaha..sabo je lah..diorang tak test ke system tu..
Tak tahu la beb. Maybe overlooked kot tu. Lepas report baru ok. Sabo je haku!
Welcome back! (To blogging). Jangan cerita sekerat-sekerat tau. Nak dengar sampai habis cerita pegi Canada (Boleh tak demand 😂)
hihi thks! nanti kita update lagi yeh!
Post a Comment