17 January 2017

London 2016 - Bicester Village

Ni another day trip luar London. Selang sehari lepas kitorang pegi Manchester. Mmg plan utk selang sehari so tak de la penat sgt.

Penat weih day trip ni. Train je 2-3 jam. Pegi balik dekat 6 jam dah. 

Kita yg dewasa pun penat, bebudak lagi la kan. Alhamdulillah Balqis and Sofeya tak banyak karenah. Diorang pun dah besar. Cuma Sofeya je la dia tu kalau jalan lebih sikit mmg kaki cepat sakit/lenguh.
Mujur la ringan. Boleh gagah lagi la aku dgn mr p gilir2 dukung.


Ni pun pening memikirkan transport nak pegi balik. Byk yang aku google org naik bas. Katanya lagi murah. Tapi mcm lama sgt sampai 3 jam. Area bawah apartment kat Bayswater tu ada nampak iklan transport kereta. Tapi bila ditanya harga dlm 100++ pound. 


Last2 mr p jumpa train tiket, pilih2 time yg paling murah so dpt tiket total 58 pound for everyone!



Sbb nak tiket murah, so kena tengok timing jugak. Time we all pilih ni only gives us around 3 1/2 jam je kat sana.


Depends on korang jugak, kalau mmg nak masuk semua kedai and belek semua bag, mmg tak cukup lah. Tapi mcm aku, dah tahu apa nak beli, dah tahu apa kedai nak masuk, so 3 jam lebih tu mmg sangat mencukupi.



Naik train ke Bicester from Marylebone Station.




Rakyat jelata naik train




Eh ehhhh tuan tanah kedaung dah sampai!


Turun kat Station Bicester. Ada lagi satu station North Bicester ke apa nama ntah.. tapi bukan yg tu ye. Turun kat sini je, 3 minit jalan dah sampai.
Tempat makan rasanya mcm tak de kot kat sini. Tapi mmg kitorang tak mencari pun sbb dah bawak bekal.




Bawak luggage bag terus senang.


Sebelum shopping boleh transform jadi stroller Sofeya utk bapaknya bawak pegi playground sementara tunggu maknya shopping.

Selepas shopping boleh sumbat segala mak nenek masuk dlm bag tu terus. Tak payah heret paper bag kiri kanan.


Tempat ni ok je la bagi aku. Maybe sbb tak mencari sgt apa2 kat sini. Pegi cukup syarat ok dah sampai!! Gitu.

Lebih kurang mcm JPO la. Cuma weather best. Kedai2 pun lagi best. Ada Dior, Prada, Gucci, Longchamp.


Tapi Longchamp a bit dissapointing. Aku nak cari beg Neon (or Neo?). Tapi malangnya tak ada. Selection yg ada mmg limited sgt2. Pegi kat butik rege mahal la pulak. Baik beli online kat Malaysia je.


Gitu la citer aku pegi membeli belah. 


Tak seperti yang aku bayangkan la. Kalau pegi few years back maybe aku jadi tak tentu arah keluar masuk kedai. Tapi sekarang mungkin dah berumur, nafsu tu dah kurang. Cukup2 lah apa yang ada.


#ehyeke?



2 comments:

suhana said...

Masa u p ni suhu berapa? Mcm x nampak sejuk sgt? N 1 lagi org pesan p sana x payah bw baju byk2 sgt...nanti beli kat sana.... masalahnya murah ke u??? Kalau rm1 =£5.20.... ke mcm mana? Advise pls.. kami dah la nak jimat cermat ni... u bagi la tips jimat cermat....:(

Norliana Abdul Rahman said...

sangat murah! nak tips pendek, pegi shopping kat primark. nak citer panjang..nanti update blog lagi..hehheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...