Post yang agak panjang so bertabahlah korang baca.
Past few months kitorang ada bela sekor kucing, we named her Lily. Actually bukan bela mcm mana pun. Lily ni stray cat. Tapi selalu datang melepak depan rumah. So mr p la yg mula2 kesiankan dia. Bagi makan. Tapi depan rumah je la.
Starting from there on, jadi makin manja Lily dgn kitorang. Pagi je bukak pintu dah tertunggu2. Bebudak pegi balik sekolah dia tunggu.
Then I realized Lily pregnant. Semacam je perut besar.
Balqis googled and found out kucing pregnant 2 bulan je. So, ok, she can give birth anytime soon I suppose.
Lily yang setia menunggu depan pintu rumah every morning.
Then one morning, Lily bising lebih from biasa. Bukak je pintu, dia meluru masuk and terus ke celah2 between kerusi and langsir. Area situ mcm gelap and cozy sikit. Aku saspek dia nak beranak kat situ.
Padahal kitorang dah prepare kotak siap2 kat luar utk port dia beranak. So aku dukung and bawak jugak keluar tunjuk kotak hoping dia paham nak beranak kat situ.
Siang tu, around 10 am camtu aku balik, nampak dia dah beranak sekor dalam kotak tu.
Fuhhh kecoh satu kampung semua org aku bagitau Lily dah beranak!! Balqis dgn mr p pun happy sakan.
Shortwhile after that, aku nampak Lily keluar from the kotak, with the anak and the placenta yang masih belum terputus (3 of it connected, gedit?) and walked menghala keluar rumah.
Korang boleh bayang tak.. dgn keadaan anak and uri belum putus, Lily is like dragging the anak atas jalan (porch rumah aku) tengah2 panas. Terhentak2 anak dia!!!
Terkejut beruk aku tengok.
What is she trying to do????
Halfway, anak and uri terputus from Lily and terbiar je tengah2 porch (panas, tak de bumbung). And Lily continued jalan dalam keadaan masih berdarah2.
Panic and sedih aku masa tu. Sebab anak dia is so so tiny, so wet and so so helpless. Asyik mengiau2. Kepanasan ke apa.. aku tak sure.
We didn't know what to so. Definitely didn't expect this to happen. From what I've known, anak kucing ni kita tak boleh sentuh. Sebab nanti mak dia dah tak kenal and tak nak dgn anak tu.
Aku pk, maybe Lily nak cari port lain nak beranak lagi
Or, maybe dia memang tak nak anak dia ni for whatever reason
Or, ada org cakap maybe ni first time Lily beranak and she didn't know what to do.
Apa2 pun, aku kesian kat baby kitten tu (Alex). Takkan nak biar mati??
For few hours mmg biar je la kat porch. Cuma aku taruk payung over it sbb tak nak bagi panas and to protect from burung.
Sampai ke petang, masih tak de kelibat Lily. Langit dah gelap and guruh dah start.
Habis mcm mana ni, takkan nak biar tengah2 hujan?
Aku pakai glove, and angkat jugak Alex sekali dgn uri dia. letak dalam kotak kosong kat luar rumah. Kot2 la Lily balik then boleh jumpa anak dia.
Kesian sgt time ni, semut and lalat pun dah dtg. Few times ingat kot dah mati, tapi masih gerak2 so ok la masih hidup.
Later that evening mr p pegi kedai vet and bought susu, botol susu and syringe utk bagi Alex minum susu.
Semalaman tu, Balqis dgn aku gilir2 bangun bagi Alex minum susu.
Esok pagi, aku dgn mr p pegi belikan brg2 keperluan utk Alex. Like hot water pack, lapik kaki and jam dinding (nak bagi mimic the mothers heartbeat)
Ni masa Alex 3 days old.
Comel sgt kan??
Sepanjang 3 hari (Sabtu, Ahad, Isnin) tu memang kitorang jaga penuh kasih sayang. Both Balqis and Sofeya surprisingly menunjukkan sifat responsibility dan kasih sayang yang sangat tinggi.
In fact Isnin tu masa Balqis nak pegi sekolah dia banyak kali pesan kat aku "Ma jgn lupa bagi Alex susu tau, jaga Alex tau"
Sebab uri dia tak tanggal2 lagi, and I dono boleh ke tak putuskan, so Monday tu aku dgn Sofeya bawak pegi vet.
Vet gunting siap2 uri dia, and ajar aku mcm mana nak jaga. Nak bagi susu, nak bagi dia kencing etc.
Lega sgt masa ni.
For the past 3 days, asyik menangis je aku banyak. Aku ni, bukan la cat lover sgt. Biasa2 je. Cuma Mimi kucing aku yg dulu tu je yg aku sayang betul. So bila dia mati (after 13 years bela) mmg aku patah hati sgt. Asyik nangis berhari2.
Then when I saw Lily mcm tu (sakit and hilang lepas beranak), and Alex pulak struggling nak survive, aku sangat2 sedih. Asal lepas solat je aku nangis minta doa moga Allah permudahkan semua urusan.
Dalam hati, aku dah prepare for the worst. Alex mmg susah nak survive without the mother. Aku doa utk yg terbaik. Kalau mmg dia tak boleh survive, jgn la bagi Alex suffer. Tabahkan la kitorang sekeluarga.
Tapi on the other hand, dah start rasa sayang pada Alex. 3 hari menjaga dia, start rasa hopeful that he will survive.
Tambah2 lepas balik vet, rasa happy sgt. In fact kitorang plan nak balik Melaka cuti CNY. Dah plan nak bawak Alex sekali. Balqis dah berangan Alex dah besar sikit nanti boleh tido sama dgn Balqis. Aku pulak dah siap jadi member kat Petsmore kat Taipan masa beli susu dia. Dok pk nanti kalau pegi jalan jauh, boleh tinggal Alex kat situ.
Malam tu, kol 10 malam aku dgn Balqis bagi Alex minum susu and kencing. Masa ni nampak Alex cam lemah. Mengiau pun mcm slow je. Sealu kalau time nak susu dia cam marah2 tak nak minum and kuat jugak tenaga dia menepis. Kali ni mcm pasrah and telan je la susu.
Dlm hati dah terdetik. Tapi aku malas nak layan perasaan. Just fikir, maybe dia ngantuk kot. Susu habis ni ok la..kenyang.
Tukarkan air panas dlm hot water pack dia and bagi dia tidur. Malam tu hujan lebat so kitorang bawak kotak dia masuk rumah, takut dia kesejukan. The previous nights mmg biar kat luar takut Lily dtg cari.
Oh ya masa kat vet, dia selamba je pegang Alex dgn tangan. Vet tu kata tak de hal la.. dah 3 hari ni mmg mak dia tak kenal dah pun.
So apa lagi, kitorang mmg peluk2 sakan la Alex malam tu. Sayang Alex.
Then at 4am in the morning, aku turun bawah nak bagi Alex susu. Jenguk kat kotak dia and nampak mcm dia tengah tidur tapi dlm keadaan terbalik (kaki and tangan ke atas).
Terdetik dlm hati eh dah mati ke ni?
Tapi mcm dlm denial. So aku terus je ke dapur and panaskan susu dia.
Dtg balik ke kotak. Pegang Alex and finally I know the Alex is gone
Terduduk aku menangis sorang2 kat bawah.
"kenapa ni sayang? bangun la Alex, mama buat susu ni"
Aku cakap mcm tu kat dia. I cried some more, then I told mr p.
We waited till later after Subuh baru bagitau the kids.
Balqis was a bit calm at first. Dia yang peluk aku (coz aku yg dok melalak masa bagitau dia). But I know Balqis a bit lambat and pendam perasaan. She did not even want to see Alex and tak nak ikut pegi tanam Alex. Tapi aku ajak jugak. This is the last time nak tengok Alex. I undestand that aybe Balqis tak nak face the feeling but dari pendam2 you might as well let go. Only after dia nampak Alex yang dah kaku baru Balqis menangis.
Sofeya on the other hand, lepas aku bagitau mmg dan dan tu jugak menangis. Sedih tengok dia nangis. In fact aku tak pernah nampak dia memangis sayu mcm tu. Lepas mandi, dia turun bawah insist nak tengok Alex.
I kept Alex in a small box and cover dgn kain. Sofeya bukak je kain tu and nampak Alex dah kaku terus terduduk and menangis. Angkat Alex and held him close to her sambil sedu2 nangis.
Haritu Sofeya tak pegi sekolah. Kol 8 lebih we buried Alex in front of my mother in law's house.
Terlalu sedih semua org masa ni. Hujan pulak mmg tak berhenti seharian seakan memahami perasan sedih dan sayu kami.
I have not felt this feeling for a long time. Not since Mimi died.
We did everything we could. There's not a thing that I would change. You're in a better place now Alex. I just hope you did not suffer.
We love you Alex. Even for 4 days. Only 4 days. Tapi rasa mcm lama sgt. You brought us closer together as family.
:(
No comments:
Post a Comment