18 April 2016

Umrah Part 3 - Gua Hira'

Aku panjat Jabal Nur uols!

Tapi, err.. tak masuk Gua Hira'.

Citer pendek, sebab sampai puncak Jabal Nur ni, kena turun balik dlm 50 anak tangga camtu baru sampai Gua Hira'. Kaki aku dah menggigil time tu turun setapak terus panic peluk tiang. Gayat. Nevermind thank you. Dari pada aku jatuh tergolek I'll settle the view from atas je.

Citer panjang.

Sampai Mekah Isnin malam. Selasa pagi biras aku cakap "malam ni ada group nak pegi panjat Gua Hira'. Kalau nak ikut boleh la"


Mr p bukan boleh dengar adventure2 mcm ni. Nak je. Tarik aku skali plak tuh. Memula aku cam ok je. Ingat apa lah sangat kannnnnn puih!


Then biras aku bukak citer.

Dia dah sampai few times gak la bawak org. Tapi dah tak larat dah. Selalu upah org je kalau nak jaga jemaah kat atas. Naik ni mmg ok, ada steps/tangga. Cuma kalau problem gayat, payah sket la. 

GAYAT??


Aku memang masalah besar gayat. Mr p pun!


Tapi bila lagi nak sampai? At least once.

So ok lets go.


Ni gambar aku google nak tunjuk betapa tingginya Jabal Nur






Nak panjat pegi malam2 dlm kol 10++ camtu baru bertolak. Memang kena malam kot. Kalau siang2 pitam terbakar.


Ada bas/taxi/coach depending on apa group kau sewa. Bawak sampai kaki bukit. Then kena cam jalan sikit mendaki dlm 100 meter kot sebelum sampai ke starting point.

Actually ada je kereta boleh bawak utk mendaki this 100 meter, but kalau kau sakit jantung jangan berdiri nearby. Sebab driver dia bawak laju nak mampos tak de brek naik and turun sebab nak gain momentum naik bukit I suppose. 

Kalau kau berdiri tengah jalan time van tu naik, sadaqallahulazim selamat jalan ye.


We walked. Time mendaki jalan ni pun aku dah termengah. Steep giler kot!!! Almost 30-40 degrees jugak ke-steep-an dia tuh!

Baruuuu sampai ke anak tangga yg 1st. Time ni dah mencungap!



Gambar in no particular order. 

Lebih kurang camni tangga all the way up. Memang tak susah pun. Cuma kau kena fit. In my case, makan tak brenti, eksesais tak de, memang mencungap la jawabnyer!


At some point, aku nak muntah. Duduk berenti tu dah tentu2 banyak kali. Tapi nak muntah!! Nampak nau tak fit!


Ikut hati memang nak turun balik weih. Tapi tengok ramai pakcik makcik semua rilek je naik. Takkan aku giveup kot? Terpaksa berlakon terer walau dalam hati meronta2 nak balik!!!!






Ni lepas turun kot.. ntah tak ingat. 

Korang tegur jerawat aku siap aku unfriend!!!


Cuaca malam sejuk. Mula2 aku mcm alamak tak bawak jeket. Sejuk camne ni?

Tapiiii once dah halfway (in fact tak sampai halfway) kau dah berpeluh lencun. Nasib tak de jeket. Kalau ada aku campak tepi sbb tak larat nak bawak.






Ni belum sampai atas. Tapi dah nampak pemandangan cantik.


Nak ambik gambar mr p asyik "hujung la sket... lagi..hujung!!"


Deyy aku tergolek bawah kang!!!!


Ish,


So sampai puncak, ada mcm pondok. Ada org jual makanan ringan and drinks. Boleh la duduk kejap. Then ada tangga turun bawah utk ke Gua Hira'.


Kau imagine yeh.


Nak turun tu boleh nampak segala kat bawah. Ada la railing tepi boleh pegang tapi silap langkah terslip sikit memang konfem jatuh. Ok maybe I'm exaggerating abit but that was how I felt.

Aku turun setapak anak tangga, terus menggigil (literally) kaki aku and I have to peluk the railing sbb takut jatuh.


Drama I know..



Mr p sorang je turun. Aku tunggu kat atas.




Kau bayang, mlm ni aku panjat Bukit ni. Esok paginya aku buat Umrah. Lusa pun buat Umrah tak salah aku.

Memang cukup 3 hari 3 malam sakit HUJUNG RAMBUT sampai HUJUNG KAKI.


Tapi bila lagi nak camni kan?

.

It was an amazing experience. Tapi nak suruh aku naik lagi, memang TAK la kot!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...