14 September 2015

My experience of cabut gigi geraham bongsu and Pristine Dental Empire

Part 1 masa tengah sakit kat sini

That was almost a month ago.

Seperti yang dinasihati dentist, kena jugak cabut gigi dalam masa 5 minggu. Kalau tak, sakit tu datang balik and takut infect other gigi jugak so lagi teruk.

Kira2 schedule, aku arrange lepas UPSR je la.

Sebab dengar cerita, lepas cabut tu dalam 2 minggu jugak nak tahan hazab sementara nak baik. Makan pun tak boleh, soft diet jek.

Kau dengar tu? Aku ni, kalau MAKAN PUN TAK BOLEH, alamatnya memang MENGUNDANG BENCANA seisi rumahtangga!

So daripada aku amukan kat semua orang time Balqis nak exam, kita buat je la lepas exam. 


So Jumaat pagi tu, mr p hantar aku ke Empire. Sejak malam sebelumnya, bawak ke pagi tu, mmg aku dah tak tenang. Pagi tu aku beli nasi lemak sbb nak makan kenyang2. Haram tak habis, tak de selera. Paksa diri makan jugak le  Sbb dentist dah pesan kena breakfast, kang inject ubat bius takut pengsan. 

Ni la kot kali pertama aku paksa diri habiskan nasi lemak. Kah kah. Selama ni kena paksa diri untuk tidak makan nasi lemak :p


Sampai Empire tangan aku dah seram sejuk. Time ni la nak terberak, time ni la aku rasa sesak napas. Drama i tell u!


Dentist sampai je, terus masuk cek.

Bawak masuk bilik xray. Tapi bukan buat xray, sbb dah buat haritu. Cuma dia masukkan satu alat kat dlm mulut btul2 kat area gigi tu, then halakan another device dari luar utk capture closer image of the gigi.

Eh paham ke.. tak de pulak aku tanya procedure tu nama apa.. tapi hasil gambar tu mcm xray film la, cuma closer, boleh tengok urat saraf aku bagai. Purpose sbb nak tahu kedudukan gigi tu dekat ke tak dgn nerve, so dentist tu nak plan camne nak extract gigi tu.

Hasilnya, gigi aku dekat dgn nerve, tapi belum sentuh. So he said, try dulu extract cara conventional (i.e. cabut). Kalau tak boleh, baru buat surgery.





Aku mmg imagine camni je la.. hempas pulas dentist nak cabut.


But kalau korang nak tau, dentist ni (Dr Hardeep) sangat bagus. Pada aku lah. Very soft spoken, and dia akan explain very detail on the problem, why/how it happened, apa procedure dia akan buat, apa risk, cara nak jaga etc.

Somehow along the way, kurang rasa nervous aku. Cam tu la bagusnya. Tak tipu!

Dia siap tunjuk kat aku


"So these are the tools that we are gonna use ye puan"

-____-



Hampeh. Sikit pun aku tak toleh. Sorry dokter I didn't mean to be rude. Tapi even with the nasi lemak I'm afraid I WILL PENGSAN if I looked at the tools!



The procedure start, dia sapu gel color pink/red kat affected area, nak bagi numb sikit gusi.

"Ni je ke? Tak payah jab ke dokter"

"Jab jugak, this one so that when we insert the needle you wont feel anything"


Ohh like that.. bagus gak. Aku takut aku meraung je time kena cucuk!


Lepas few minutes, baru dia cucuk ubat bius.

TIGA KALI cucuk. Sikit punya besar okeh jarum. 



Serious tak tipu ada camni kot jarum dia.


After few minutes, dia test tengok dah kebas ke belum.


Apparently ada few areas belum kebas betul, sbb masih ada saki baki infection. He said kalau mcm tu mmg selalu ubat kebas ni tak jalan sgt. 

So TAMBAH DUA kali lagi cucuk!


5 kali jab kauuu.. bukan gusi aku je kebas, separuh bibir aku kebas!!!


After few minutes, dia pun start.


Aku pejam mata rapat2. Genggam tangan kuat2, baca bismillah and berzikir tak berenti.

Wah masa ni la berzikir konot.. time lain ada kau berzikir????

-_____-


Rasa la mula2 tu dia cam dok umpil2 keliling gigi aku.

Pas tu cam pasang something and putar something bagi ketat kat gigi aku.

Umpil2 lagi

(hoih type ni aku ngilu weihhh!!)

Ntah la cam tak ingat sgt exactly how sbb honestly I dont really want to remember this!


But one thing for sure mmg tak de rasa sakit masa tu.
Cuma FEAR and DISCOMFORT.

Habis dah nganga sebesar2 alam pas tu tangan dia sebesar penumbuk masuk dalam mulut aku dgn ntah apa tools mau nya selesa?


After few minutes, he said

"Ok done ye puan..I nak suture ye"

"Huh?? Dah??"

"Dah .. dah.. yours very straighforward, kita extract manual je so tak perlu surgery"


Heran aku sbb first aku tak rasa sgt force dia nak cabut gigi aku, and secondly aku tak dengar pun bunyi gigi aku dia taruk dlm mangkuk besi tu.

Terer btul kau ni dokter!!


But time nak jahit tu a bit tricky sbb he said gum aku nipis sgt so susah. A few times mcm 'terlepas' benang tu.

But after a while ok la, setel.

Alhamdulillah.


Happy nyer aku weih!! The whole thing habis dlm masa 20 mins kot.

Tapi yg lawaknyer sbb bibir aku kebas, time aku nak kumur2 tu bersepah2 air keluar dari mulut aku.. ngahhahahha


Aku tau korang tak leh nak imagine, but try bayangkan ko masuk air mcm nak kumur, but instead of holding the water inside, ko tak leh control your lips and air keluar berjurai2 uncontrollaby.


Huduh nau.


But I'm glad in all went well. In fact aku boleh bercakap menceceh2 1st and second day tu. Cuma sekali je ambik ponstant.


Masuk 3rd day.....

Hambikkkk..


Sakit pun ye.

Ngilu pun ye.

Tak selesa tu dah pasti sbb terjurai2 benang kat dlm mulut aku

Telan ailio pun sakit

Bercakap mmg sakit.

MAKAN paling sakit!


Dan paling buat aku amukan stress sbb tak boleh makan. Kalau nafsu and selera tu tak de aku ok lagi. Ni perut aku kebulur lapar tahu! Tapi tak boleh makan. So aku lapar dan stress!!!


Ni dah masuk hari ke 4.

Dentist kata at least 2 weeks nak baik :(


#nangis hentak kaki

4 comments:

Cik Sar said...

Wahwahwah..x makan?? Bertambah kurus la uols..ni yg aku jeles ni..

Norliana Abdul Rahman said...

masalahnya bila aku tak makan, dah 4 hari ni aku tak berry. so nothing in nothing out. tak de makna nak kurus aku!

Cik Sar said...

Bila balik melawati? Jom ngopi sama

Norliana Abdul Rahman said...

nanti kalau aku ke sana aku roger!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...