22 July 2015

Raya 2015

Hola!

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin uols!

Camne sambutan raya korang? For us, Alhamdulillah, serba mencukupi. Tak tahu mcm mana nak describe, tapi aku happy sangat raya tahun ni berbanding dulu2. 

Mungkin sebab few days before tu sakan aku bergaduh dengan Balqis and mr p (don't ask) so as usual lepas gaduh memang the bonding tu extra best sikit.

Mungkin jugak raya ni pagi2 bersiap kat rumah sendiri, mungkin juga sebab ni first time all 4 of us solat raya sama2.

Atau mungkin jugak Ramadan kali ni mcm meaningful sikit berbanding tahun dulu. Sofeya pun puasa penuh so alhamdulillah syukur. Terawih pun byk kali dpt peluang pegi masjid negeri as compared to previous years byk buat kat rumah je.

Persiapan kitorang so so je. Baju raya pun sorang sepasang buat pakai raya pertama. Raya kedua and seterusnya mmg pakai je la apa yg ada.

Masak? Memang tak la. Cuma aku goreng bihun je pagi raya bawak pegi rumah mak aku.

Kuih? Kemmm salam! Jgn kan buat, beli pun tak de. 


Cuma aku stress sbb awal puasa muka aku tumbuh jerawat seketul tengah2 pipi, and kat situ la dia bertapa sampai sekarang. Lagi best sehari sebelum raya tumbuh lagi satu btul2 bawah dagu. Demn you jerawat.. kau bawak geng ye? 


Anyway moh ler tengok gambar sementara aku rajin. Dah malas kang jawabnya Raya Haji la aku next apdate :p




Selfie dulu apa2 hal. Ni lepas solat raya kat Masjid Negeri. Boleh nampak kan jerawat kat belah kanan? Nyampah!




Us! 

Balqis dah nak sama tinggi dgn aku. Kasut dah 1 size bigger. Baju raya aku pun dia dah plan nak pakai masa majlis raya kat skolah. Tudung aku jgn cakap la..mmg hak milik dia jugak!

Btw aku dgn Balqis pakai tudung Babes and Basic Neelofa. Best gak tudung ni (jakun beli tudung mahal) but somehow I feel tudung ni buat aku nampak gemok.

Eh mesti la kena salahkan tudung! Takkan tetiba aku nampak gemok kan????

Kah kah.




Family photo!

Ni antara reason aku happy. Tau tak last year kitorang tak de family photo masa raya? Sedih tau! Tahun ni mmg puas bergambar!



Pagi raya tu ke rumah parents aku. 

Kat sini cuma tinggal aku and kak mi. Kak ani nun jauh di Canada, Kak yah a bit closer kat Australia.


Later went to rumah pakcik mr p, then gerak ke Melaka. Sambung beraya 2-3 rumah.

This year, surprisingly aku tak makan banyak. Believe it or not aku tak makan lemang/nasi himpit dan seangkatan dengannya langsung!

Bukan nak menjaga sangat tapi mmg tak terasa nak makan.


Cuba kau sua nasi lemak depan mata mmg konfem tak tolak!

-___-


Second day, gerak balik ke KL, otw singgah Seremban/Senawang beraya lagi.



With the in laws!

Kau tengok rambut Sofeya. Ni dia sikat sendiri. K pop la kot tu gamaknya.

Kiri sekali tu kak ina, sepupu mr p. Mak andam masa aku kawin dulu. Pernah mention dah kot sblm ni. Tapi nak citer jugak dia ni lawa nyer aku tatau nak cakap. Kulit tu mmg sebijik telur dikupas. Halus, gebu and glowing.

Heran la aku camne boleh lawa camtu. Nyampah tau!





The girls!


Ni adik2 ipar aku. Kiri Jaja, kanan Shikin. Angah tak de, beraya belah suami dia. Shikin kebetulan suami dia kerja so tak dpt la raya dgn suami. Hana, baby debot di atas tu anak dia yang dah 8 bulan.

Hana ni sedap kalau digomol. Lazat berkrim. Nyamsss.



Gambar ni bila aku zoom, menitik2 peluh kat muka. 

Panas hazabedah. By tengahari, memang dah lencun belengas. Yang aku tak paham, mcm mana orang boleh maintain lawa seharian sampai raya ketiga ke empat korang pakai baju raya.

Raya kedua aku pakai baju kurung pun dah syukur lah. Ikut hati aku pakai suar dgn tshirt jek. 





Aku suka gambar ni!!


Sebab *ehem* nampak kurus! And Sofeya pun nampak mcm ewah vogue habis dgn gaya diri senget pegang henbeg.

Walau henbeg rm15 tapi janji nampak cun kan adik kan!


And last but not least, gambar paling cun!!!





Pitam la korang muntah belahak.


Nasib la, bukan senang aku nak selfie elok2 dgn mr p. Dah dpt yg elok ni aku tak kira nak tayang jugek!!


Lagipun bulan depan anniversary so nak ambik mood sikit. :)







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...