25 March 2015

Cuti sekolah, Sunway Lagoon, Cinderella and Seoul Garden

Helo melo,

Punya la lama tak update blog sampai aku kena tengok balik amenda aku tulis utk last entry.

Gitu la kalau penyakit M (malas) melanda.

Lagi menambah penyakit ni sebab mengenangkan for the past few years, asal cuti bulan 3 je mmg kitorang akan ke Melbourne.

Sobssss

Tapi tahun ni tak de rezeki nak berjalan jauh. Balqis ada kelas tambahan during cuti, takkan nak ponteng kan, hujung tahun dah UPSR


So Isnin Selasa Balqis skolah.

Rabu terperap kat rumah and tengok muka bebudak muncung sambil berzikir

"Boring la maaaaaa"

Fine.

So Khamis mr p berbaik hati membawa kitorang keeeee.....



Sunway Lagoon uols!!


Punya la excited sebab last I went here masa Balqis umur 3 tahun kot. Lepas tu nak pegi je mesti tertelan2 ailio sbb tengok tiket mahal sgt.

Last time kak yah ada sini ada jugak plan nak ke Sunway Lagoon. Tapi cek2 tiket utk smorang RM600. Aku pandang kak yah, kak yah pandang laki dia, kheng pandang mr p, and we all agreed RM600 tu baik la buat shopping!


So kebetulan cuti skolah ni ada promosi, utk satu family RM275.



Maka jom la kita...


Pagi2 dah tercegat kat kaunter tiket. Time nak beratur masuk tu sorang staff approach aku

"Kak, boleh pinjam anak tak? Nak buat opening ceremony, potong ribbon"


Fuh... benda2 glam camni gila nak tolak?? Harus nak!!!



Kau mampu anak jadi tukang potong ribon?? #flipstudung


Lepas opening ceremony sebab anak jadi VIP, haruslah kitorang dapat masuk dulu, sempat ambik gambar dgn dancers tadi.








Tak boleh post banyak2 nanti korang muntah tengok aku sama gedik.


Benda pertama yang aku nak sangat2 naik adalah menatang ni



Vuvuzela.

Katanya World's Largest Vortext Water Ride.


For adrenalin junkie mcm aku..wajib naik!


Tapi naik dgn Balqis je la, sbb mr p boleh jaga Sofeya (read : my polite way of saying he is penakut!)


My thoughts :


BEST NAK MAMPOS!!!


Tolong la naik ni ok? Tapi kena pegi awal2. Kalau dah kol 11 camtu, mmg bertapa la korang tunggu line panjang.


Tapi once dah naik ni, ride2 yang lain semua mcm biasa2 je.. dah tak de thrill sgt.

Ingat sampai ke petang la kitorang kat sini. Tapi masing2 dah kepenatan, and aku pun dah nak termuntah naik ride yang pusing sampai nak terbalik.


Lepas lunch, solat, gerak ke Sunway Pyramid pulak, tengok movie Cinderella.




Truthfully, aku rasa biasa je cerita ni. Sebab tak de apa2 beza dgn cerita yg kita baca dulu2. SEBIJIK. Tak de surprise. Nak kata dari segi romantika  melayan perasan jiwang pun agak kureng.


Habis wayang, went for early dinner kat Seoul Garden.

Pernah tak korang dtg sini? Few time la aku pernah dtg. Kat Sunway Pyramid ni baru 1st time. Tapi rasanya mmg sama je kat mana2 pun.



Konsep dia, hidang makanan dah marinate tapi belum masak, so kat meja ada mcm tempat BBQ and steamboat.




Camni, so sila la masak sendiri.


Sedap uols. 


Puas hati la seharian spend dgn family. Dapat gak bagi anak2 happy. Especially Balqis. Sebab lagi 2 hari (masa tu) birthday dia.

Utk birthday Balqis, we had simple celebration with close families and friends.

Tu citer nanti2 plak ye :)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...