Ni cerita almost sebulan lepas.
Eh mana ada lambat.. ada cerita 3 bulan lepas yang aku belum update. Ni kira hebat tau!
Niat di hati saja nak try berniaga kat booth / event mcm ni. Selalu dengar orang kalau join event camni sale mesti kebabom! Wah tak nak kalah so nak try jugak la.
Share booth dgn kawan aku Rina from Miszriena Closet.
Event ni 2 hari during the weekend.
Ni la first time aku handle semua sendiri. Dari booking booth sampai ngangkut brg and setup booth.
Balqis pun ikut sama, tolong aku jaga booth. Bagus budak ni. Biar belajar dari awal susah payah meniaga, buat muka tebal, berdiri sepanjang hari and senyum melayan customer.
Banyak tak produk aku bawak?
Dah susun and categorize, baru aku perasan mmg serba mak nenek jugak la produk aku sibuk nak jual. On other topic, Kay Parlour akan get rid of some of our existing products. Kita nak focus kat produk yg betul2 bagus shj. Bagus tu bukan terletak pada produk semata2, tapi dari faktor supplier pun ye. Kadang produk bagus tapi supplier cam hampeh. Payah nak meniaga kalau mcm tu.
Tapi ni citer lain, esok2 lah ye.
Tapi the one and only produk yang Insya Allah akan stay forever kat Kay Parlour adalah Ephyra semestinya!
Produk bagus tu dah tentu! Tapi yang paling buat aku sayang is the support dari Oceanlife2u sendiri.
Contoh aku nak bukak booth ni, HQ mmg kasik support in terms of guidance, and brg2 mcm bagi pinjam bunting, flyers, etc. Ni pun nak pinjam sampling counter cuma aku dah tak de tempat so x jadi pinjam.
Tu pasal sayang Ephyra!
Lagi sorang yang btul2 support aku tak lain tak bukan mr p lah!
Dia yang tolong design/printkan benda2 yang aku perlu, in fact dtg ke booth pagi2 and dia la yang tolong susun brg2 atas meja bagi lawa.
Adik ipar aku dtg and said
"eh lawanya akak susun brg!!!"
"along la yang susunkan"
"ohhh patut la lawa"
-______-
In fact next day tu aku yang susun sendiri, then aku tanya Rina
"lawa tak mcm semlm laki aku susun?"
"Tak.. semlm lagi lawa"
Nyampah tak nak kawan hmphhh!
Ok la masuk citer event ni.
Honestly, kalau tanya aku..
This will be the last time aku join event / festival / bukak booth
Sebab, maybe kebetulan event ni tak ramai org. Date tu time cuti Thaipusam so org KL balik kampung. So sale mcm tak banyak, in fact untung yang dpt pun aku rasa tak berbaloi sgt dgn kepenatan selama 2 hari tu.
Yes serious PENAT!!!
Bukan pasal 2 hari berdiri pagi-malam, tapi the before and after, nak ngangkut stok ulang alik. Kebanyakan vendor kat sana jual baju/tudung so diorang just tinggal je kat sana tutup dgn kain/canvas.
Aku?
Nak tinggal brg kat sana mmg tak dpt la beb. Almost semua brg aku kat sana tak de yg kurang dari RM100. Kalau hilang tu mmg nangis sendu2 3 hari 3 malam.
Dengan parking nyer payah, ko bayang la ngangkut berkotak2 brg, 2-3 trip from Stadium - kereta - rumah.
FOR TWO DAYS.
Tambah dgn sale yang tak seberapa, badan sakit, hati pun boleh tahan sakit.
In fact, event ni 2 hari kan, and for the next 4 days (Selasa - Jumaat) I managed to sell 5 times the amount that was sold during the event, thru online.
Made me think, baik la aku focus kat online dulu. Tak payah susah payah nak bukak booth bagai.
Lagi satu, aku rasa brg skincare and supplement ni agak payah nak dijual tempat mcm ni.
Satu, margin aku tak besar sgt. Normaly event ni org akan turun harga gila2. Baju dari 200 jadi 100 contoh.
Takkan ephyra aku nak jual RM30 kot???
Secondly, brg aku mahal, like I said earlier mostly lebih RM100. Skincare and supplement ni org bukan boleh just lalu, tengok and beli mcm baju/tudung. People would think twice if they have to spent on something that may / may not work on their skin.
Tapi tu la. Mcm mana pun, aku enjoy la 2 hari tu. A new experience for me. Dpt gak la bergambar dgn retis (walau most of them aku tak kenal tapi kalau org dah beratur nak ambik gambar wajib ambik jugak!)
Zarina Zainuddin. Manis sgt dia ni!
Arja Lee. Balik surau tgk org tgh kepoh beratur.. terus cakap kat Balqis
"Qis!! artis hensem! Ma nak ambik gambar!"
Gediks.
Fynn Jamal
Tu je la citer.
All in all aku enjoy la, tapi like I said, tak buat dah kot keje gini. :)
No comments:
Post a Comment