Vacation ni agak last minute, dan sebab utama ke Krabi adalah kerana company mr p buat Team Building kat sana.
Harus bawa anak bini. Kalau tak bawa mmg haku mogok 2 bulan!
Team Buildingnya Jumaat - Ahad (19-21 Dec) tapi alang2 nak ke sana tu kitorang sefamily pegi awal (Rabu, 17 Dec).
Pegi naik Malindo Air kat Subang Skypark Terminal.
Ingat senang nak dpt gambar satu family? Raya pun tak dpt tahu!
Sampai kat Krabi dah noon. For the first 2 nights, kitorang book hotel Centara Grand Resort
Masa booking tu korang boleh arrange siap2 transportation from airport to Hotel.
Transport from airport to resort
Tak de org lain, kitorang ber empat je masa ni yg naik van. Sukati la boleh suruh driver singgah 7E nak beli roti..kes kes kes...
Then sampai kat jeti. Actually kitorang memasing mcm blur. Ingat hantar ke resort terus, rupanya kena pegi jeti dulu.
Hotel ni a bit secluded from the Krabi town. In fact nak keluar-masuk resort mmg kena naik bot jek. Concept dia similar mcm Pangkor Laut Resort. The whole area kat beach tu hanya resort ni semata2. So agak private dan aman damai.
Masa sampai kat jeti, aku dlm hati, (masa tu tak tahu yg tu jeti) "aikkk ni je hotel? kecewaaa"
Cettt rupanya kena jalan sikit angkut bag, nak naik bot pulak..
Mana la akak tahu... jakun la katakann...
Itu la resortnya (kat belakang model2 itu)
Resort ni, cantik sangat.
Tak tau nak describe mcm mana. Kalau ada rezeki, mmg nak dtg lagi. I think yang aku suka sgt, satu sbb aku mmg suka pegi vacation kat laut. Dua, sbb ni mcm private resort. So orang pun tak ramai. And layanan dia mmg terbaik!
In terms of pantai, sbb aku tak pernah pegi pantai yg cantik mcm Redang etc, so I cannot compare. Dengar nya laut kat sana lagi jernih dan cantik.
But here ok lah. Maybe not as lawa as Redang, but overall the resort sangat awesome!
Our room pulak, mmg lagi la double triple terbaik!
To be honest bila sampai tu, mmg aku terbayang Pangkor Laut. Bilik kitorang (masa tu) kena jalan jauh and daki bukit, naik lif lagi,
Seksa oi.
Tapi bila the staff bawa ke bilik.....
OMG btul2 depan pantai uols!!!!
Jalan seminit je dari lobby, dari pool and dari pantai!
Ni dari balcony, boleh jalan terus ke pantai.
Ok aku tak pandai sgt ambik angle gambar yg elok, but I swear we can see the sunset and the beach from the balcony.
Our room is actually part of larger villa. (2 rooms kat villa tu).
Bilik mmg besar and puas hati sgt. 2 katil queen. Shower bath tub semua cukup. Luas boleh golek2 bentang tilam kalau bawak satu kampung.
Ok tipu, tak de la sampai satu kampung :p
First day kat sana, tak de buat apa sgt. Rehat jap and lunch, petang tu pegi main kat beach.
Lunch apa you may ask?
Ngeh ngeh...
FYI, hotel ni tak serve halal food ye. Jadi kitorang dah bawa siap2 bekalan. Tu pasal berenti 7E beli roti :)
Nak ke town pun kena naik bot, we thought dari buang masa journey semata2 nak makan, baik la duduk and enjoy the resort.
Sunset
Malam tu pun makan je bekalan yg ada.
At first I thought nak buat satu entry ke utk Krabi. Tapi dah type ni mcm panjang la plak, and most importantly I want to abadikan (pergh bahasa) all the memories.
Sebab suka sgt!
Maka bertabahlah korang baca ye :)
Nanti sambung lagi k..
No comments:
Post a Comment