26 January 2015

Bad service

Dulu2 kalau aku bengkek je dgn sesuatu/seseorang, konfem jadi bahan makian dlm blog.

Tak kira la sapa pun. Tak terfikir pun ada impact lepas tu.

Biasa la darah muda. Tau nak marah nak lepas je.

Skang ni kena fikir 12 kali dulu.

Lepas kali ke 13 maka i decided not to blog about it.

Tapi hati boleh tahan membara.

Banyak la kes service teruk yg aku or the people close to me dpt.

Sadly semua dari peniaga melayu.

I think cukup bagus aku x mention nama and burukkan lagi.

Tapi kalau ada antaranya yang aku pernah promote kat blog ni then sorry, mmg aku akan delete entry tu.

Bukan nak tutup periuk nasi (again, cukup bagus aku x mention nama!) tapi tak nak org lain terkena sekali.

Benda2 mcm ni pengajaran utk aku jugak. Meniaga ni bukan mudah. Customer always comes first.

Kalau kita silap tu admit je la. Tak yah nak panjang2 citer. Mmg sometimes ada customer yg byk songeh but we as peniaga kena tahu differentiate between  good and byk songeh customers.

Aku pernah je kena maki hamun dgn customer tapi tgk la situation. Kalau x de kena mengena kita delete dan block je sudah. Jgn pening2.

Kalau mmg ada masalah then kita confront je selesaikan. Kalau salah just admit dan minta maaf and compensate seeloknya.

Sadly x semua mcm ni. Tak apa lah semoga diorang akan belajar perbaiki kesilapan in future.

Sekian bebelan di pagi isnin sementara tunggu laundry.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...