12 August 2014

Energizer Night Race 2014

Kejadian berlaku last Saturday. 
Dah register lama, tapi as usual lepas raya, lemang dah ketupat masih menebal dalam perut. 

Training? Nan hado. But again, bila masa aku pernah training betul2 before a race kan? Aku ni bukan pro sgt. Takat suka syok sendiri jek.

Last run dulu was Milo Breakfast Run in April. 

Dah la lama x lari, ada hati register utk 15km. Ish ish ish. Ni namanya perasan terer!




Nak jadi cerita, Khamis lepas aku kena food poisoning, sampai Sabtu tu baru baik. Almost tak mo lari dah, sebab baru sgt baik. Tapi, aku kan perasan terer? Apa sangat 15km kan? Pfttt!



Gambar from Rina punya FB. Alamak dah la gambar org aku watermark plak kahkhakha..


Ni teman selarian aku. Besides mr p ofkos. 

Ikut buku guide yang energizer kasik, water station every 3km. Mr p suruh aku bawak botol air sendiri, tapi aku tak nak sbb kang jadi mcm Penang dulu, letih lari bawak air. Kalau takat 3km Insya Allah boleh bertahan tanpa air.

So start la lari. Lari dan lari.. 3km, 4km, tak nampak bayang water station. Perut aku dah start rasa kosong and lapar and dehydrated. Baru teringat last meal was at 2.30pm tadi!

Dlm hati dah start rasa nak maki je, tapi aku tahankan mental, thought to myself, tak pe.. bertahan sket lagi. At least 7km boleh lagi lari without air.

Finally ada water station kat km ke 5. Tapi, korang tau tak cemaner rupa water station dia?




Tau tak ni apa????? Tong sampah bukan?


I dono, probably air dah habis by the time aku sampai, yang tinggal cuma 

- cawan kertas bekas2 orang minum kat tepi jalan
-botol2 air kosong berterabur

AND


Tong sampah seperti diatas yang berisi air kosong, yang mana beratus orang tengah berebut cedok pakai cawan kertas.


-________________-


I kid you not. 

Walaupun tekak ada sedikit kembang tengok org berebut air dlm tong tu, tapi sbb dah desperate sangat, aku carik la jugak cawan tu nak cedok sket air minum.

Tak ada uols. Aku perati org dok kutip cawan atas jalan (bekas org buang) and cedok air utk minum!


Erghh.. kembang tekak. Tak jadi aku minum. 

Pasrah.

Lepas tu, aku tak de push2 sgt dah lari. Asal bukit je aku jalan. Nasib lah, daripada aku pitam tengah jalan. Air pun tak de, silap2 ambulan pun x de. 


Time ni, mmg dah membara2 hati maki hamun organizer sepanjang jalan. 

Sampai second water station, same thing. Only thing time aku jumpa cawan yang belum pakai, so dapat la basahkan tekak sket. But still, org ramai masih berebut and bertolak2 sampai aku jatuh and kaki lebam :(


Oh well, kalau nak cerita pasal ni, sampai esok tak habis.
Pendek kata, ni la race paling teruk aku pernah masuk, in terms of the organizer lah. 


Sampai finishing line, ambik medal, ambik snack (YANG DAH BASI HELOOOO), then air pulak habis.

Jumpa mr p dgn niat nak share makian.. sekali muka dia dok syok je sengih2 tanya aku

 "ok ke?"

"ok menda.. teruk nak mampus.. air pun tak de"

Dia buat muka konfius.

Rupanya masa mr p sampai water station, air ada lagi. Org pun tak de ramai sgt and x berebut. In other words, mr p lari laju, aku lari slow. Sekian. Nyampah.

So mr p tak tahu menahu kes org berebut air ni semua. 


Aku habis 15km in 2 hours 30 mins. Hambekkk sket punya lama timing. Tu pun towards the end lutut aku dah mcm nak pecah sakitnya. After a while dah duduk2 dgn mr p, aku bangun nak ambik gambar. Then suddenly rasa cam nak muntah and pitam.



Muka aku pucat nak mati masa ni sebab menahan nak pitam.

Tapi gambar sempat ambik..hikhik.


Berjalan balik ke kereta terpaksa pimpin2 takut jatuh anytime. 


Oh serious rasa ni race paling teruk sgt!


Memang nekad tak mo masuk mana2 race dah.

Cukup cukup sudah!!! cukup sampai di sini sajaaaaaaaaa


Tapi macam dah berderet race register

TM Fan Run
SCBKLM
Penang


*garu kepala*








8 comments:

shell said...

Wah! Siannya kau... nasib baik time aku banyak lagi air.. eh.. adakah rin ni bootcamp kat ampang?

Norliana Abdul Rahman said...

rina ni tinggal kat taman permata, tapi aku tak pasti dia bootcamp kat mana. possible gak ampang..

kau ni pun sama spesies laju mcm laki aku gak..nyampah!

pwincessriena said...

Cepat citer ko kuar kali ni. Betulnye marah yea. Lari pimpin tgn dgn aku laa nok..tak yah pencen. Diva mane leh pencen.
Wahh..ade org kenal aku kah. Yup laa..bootcamp ampang - cobc

Norliana Abdul Rahman said...

kau la laju sgt mula2. tak sempat aku nak pimpin tangan tau!! nyampah!

shell said...

Rin.. ni shareen ler.. kita kan selalu stall sama sama..

Norliana Abdul Rahman said...

lahai keciknya donia!! rinnnn.. oooo rin!!!

Linda said...

dasat nya water station camtu? Cost cutting atau nak ikut Viper challenge?

Norliana Abdul Rahman said...

iye linda.. sabarje la haku!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...