04 July 2014

Resepi berbuka puasa (and resepi sambal tumis)

Assalamualaikum,


2-3 hari lepas aku tergerak nak tengok stats blog ni. Terkejut aku tgk the visitor bertambah 2 kali ganda!


Check2, rupanya korang cari resepi iye???

Hihihi... kalau korang try2 resepi aku pas tu tak menjadi, sila salahkan air tangan masing2 ye :p


Ni alang2 cerita resepi, aku nak kasik resepi sambal tumis. Dulu aku pernah share sekali resepi ni kat sini. Then masa kat Melbourne awal tahun ni aku start guna cili giling brand Singlong




Serious sedap pakai cili ni.


Rasa lebih natural mcm blend cili kering sendiri. Selalu kala kita beli cili giling mesti dah tambah asam/garam. Yang ni mmg tak de tambah apa2.


So here is my updated resepi untuk sambal tumis. Normally aku buat banyak stok untuk seminggu makan.

Bahan-bahan

-2 bawang besar size medium
- Half labu bawang putih
- Halia dalm stgh inci

*blend semua bahan di atas*

- 3 senduk cili giling
-Garam / bahan perasa
-1/3 sudu kecil pes asam jawa adabi
-Minyak masak secukupnya


Cara-cara
-Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan blend dgn cili.
-Masak api slow, biar lama. Kalau kering, tambah air and kacau lagi.
-Aku mmg masak lama, dalam sejam lebih camtu (because sekali masak mmg banyak), sampai sambal tukar color merah pekat kehitaman camtu, agak2 sampai cili dah garing.
-Masukkan asam, garam and bahan perasa.

Siap sudah.


Because aku masak banyak sekali, normally aku tak de tunggu betul2 garing. Lama sangat kot!

So aku simpan dlm fridge, bila nak guna, aku potong bawang besar, tumiskan, then cedok 2-3 senduk sambal and tumis sampai garing.

I feel that when I do this (tumis additional bawang) the sambal rasa lagi sedap. Then kalau nak tambah bilis ke, campur ayam ke, terpulang masing-masing.



Gambar sambal kosong tak de, sambal bilis petai pun boleh la ye?


3 comments:

sarahmissy said...

Thanks for the recipe Konot! Aku bila masak sambal tumis selalu fail. Nanti nak try yang ni.

Nadiah.

Norliana Abdul Rahman said...

welcome nadiah :) kat sana ada dak singlong ni?

sarahmissy said...

Tak dak rasanya, tak pernah nampak pun kat asian grocery stores. aku selalu blend sendiri cili kering bila nak guna. Tapi bab nak blend tu la malas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...