Assalamualaikum,
Konon nak blog pasal resepi every Friday.
Sudah la konot! Kau tu bukan main banyak itu ini nak buat last2 semua kelaut! Puih!
Laut pun laut lah, ni ha nak kasik resepi sementara rajin apdate.
Ni mmg 100% resepi aku tak de cilok mana2.
Asalnya, beli buku resepi bukan main belambak masa Big Bad Wolf haritu. Tapi, tiap kali aku belek buku resepi, bahan2 dia dah kemain sampai satu page penuh. Dah tu, out of 10 bahan, 3 je kot aku paham. Yang lain tu jenuh aku nak google tengok gambar cemaner rupa.
Penat hoi. Dari sejam je elok2 kat dapur, dah sepetang aku keje dok menggodek resepi.
So roasted chicken ni, kira2 nya inspired by resepi omputih lah. Tapi dah jadi ikut selera and ikut bahan apa yang ada dlm fridge aku masa tuh.
Bahan-bahan
Ayam (agak2 dlm 2 bhgn whole leg)
Bawang merah sebiji medium, potong besar2
Bawang putih dlm 4-5 ulas, ketuk jek
Salt and pepper
Rosemary, oregano, thyme serba sedikit.
Daun ketumbar
Satu sudu kecik olive oil.
Masa aku tunjuk ayam ni kat Balqis, dia boleh cakap
"Nampak mcm profesional jek, tapi rasa ntah mcm mana la kannnn"
-_____-
Cara masak
Tabur je la semua benda kat atas ayam. I used pinggan yang boleh masuk oven tu. Aku tabur jek, tak de kacau pun. Sebab baru buat menicure
#tiupkuku
#lempangdirisendiri
Tutup dengan aluminium foil, bakar dlm oven dlm suhu 160 degrees for about 1 hour.
Lepas dah masak tu baru la aku kacau kasik rata kuah dia. It will have kuah pasal kau bakar covered.
Camni la rupa selepas dimasak. Kurang beberapa ketul ayam dah disitu :p
Honestly aku mmg suka ayam ni, pada aku mmg sedap. Tapi aku x berapa suka nak makan dgn nasi. Kalau buat ratah, or maybe makan dgn mashed or baked potato, maybe sedap. Tak de rasa mcm lauk melayu sgt.
Ni second time aku buat. Masa first time dulu kemain mr p and balqis puji sedap. Second time ni, agak kureng laku.
Puas aku dok pk di mana silapnya.
Rupanya ada lauk lain yang lebih best mlm tu.
Sambal bilis + tempe uols!!!
Balqis mmg hantu tempe and mr p mmg hantu sambal.
Who needs fancy schmancy roasted ciken when you have sambal bilis + tempe???
Kesian ayam aku jadi bahan recycle nasi goreng je esoknyer.
Lesson learned : Lain kali kalau dah ada sambal bilis tempe tak yah susah2 masak ayam.
No comments:
Post a Comment