05 November 2013

36 and Fabulous :)


Assalamualaikum,




Ye, saya dah masuk umur 36 last 2 November.


Tapi masih fit & fab, thank you.. hikhik.


Tak de lah celebration and hadiah bagai2 sangat pun. Biasa2 je with the family.


A day before to we all pegi KLCC, dinner kat sana. Aku lah tu yang menggebu2 ajak ke KLCC sbb one of my makeup items dah habis



Nak beli yang ni je. NI JE. Let's see what happens.. hmmm..


Sampai KLCC, nampak cik SEPHORA. Mcm ada aura magnet memanggil2 aku masuk situ.  




I can stay here all day long.


Mr p plak baik hati,

"U take your time la, I bawak bebudak pegi beli buku"


Baik lah kanda. I will take my time, but I will also have to take your money ok? Mihmihmih.


Kat Sephora, I bought Stila punya lipgloss and Benefits punya mascara. Baru try macam best. Nanti la dah pakai lama2 sket aku buat review ok?


Then masuk MAC. Terus ambik je sebotol besar Face Mist tuh. Then tetiba teringat aku memang nak mencari eyeshadow punya brushes *dan dan teringat kan*

Nak beli, mmg mahal. But just so you know, good makeup brushes memang mahal (average dlm RM100 per brush) BUT they can last bertahun2. 

In 2005 aku pernah beli eyeshadow brush brand Stila and guess what, elok je sampai skang aku pakai.


So I asked around on the basic eyeshadow brushes yang perlu (nak beli semua tak mampu la plak kan) and the SA tu narrowed down to 3 brushes jek. She also recommends Kohl eyeliner utk buat smokey eyes, and brush punya cleanser.



Banyakkkk la plakkkk...



Tak pe tak pe... tarik napassss... and pasang strategy!!!


So I told the SA, later I come back sbb nak pegi kedip2 mata kat laki makan dulu.



Pegi makan dulu kat Little Penang and bukak cerita


"Eh I dah jumpa brush yg elok, tapi mahal sket lah, tapi okay, sbb tahan. Kalau nak beli set tak berbaloi sbb I just need 3 brushes jek. Plus kalau set  tu quality dia lain. Baik beli yg loose jek...bla bla bla"


Balqis dah start menguap


Mr p buat bodo and tanya


"Panjang lagi ke citer?"



Ish mencik tau.


"Nak jugak. Tenkiu"


"Berapa?"


"Brush je 300 lebih"


"TIGA RATUS UTK BRUSH????"


Erk. Tu blom cakap nak beli cleanser dgn eyeliner. Tak pe, tak yah cakap. Kang time nak bayar kat cashier pepandai la kedip mata lebih2.


Andddd... hasil titik peluh aku kedip mata, presentinggggg my birthday present




I suker, i suker, i sukerrrrrr


The next day pegi makan Chilis kat Empire celebrate besday. Terus percubaan buat smokey eyes.



Tak de la jadi kebabom mcm dalam youtube. Tapi boleh la. Perlu lebih prektis.


Tapi yang penting mr p kata lawa. Ingat senang nak dengar dia puji?



Tengah2 makan, aku nampak mr p mcm bagi sign language (thumbs up and angguk2) kat waiter tu.

Instantly I knew.. hehehh.. mesti kek khennnnnn


Eh tapi mcm obvious sgt kot, tak de sorok2. So sbb taknak mengharap, plus mr p pun gelak2 jek, cess.. ni  mesti nak kenakan aku ni. 


Pas tu kejap2 kang dia buat mcm tu lagik, pas tu gelak2 dgn Balqis. Ampesss...


Saja jek kasik iols harapan pelesuuu..



Tapi, dipendekkan cerita... haruslah ader surprise kek sambil waiter/waitress Chilis nyanyi ramai2.. 


Suker kite. Walaupun dah tua bangka tapi tetap teruja bila org nyanyi :)






In short, celebration kali ni dipenuhi dgn agenda makan. Sebelum birthday dah mencecah 45.4, elok je habis birthday terus naik 46 lebih. 


Nasib birthday setahun sekali jek. :)


Oh ye, sempena birthday ni, Kay Parlour akan buat special promotion. Nak tahu apa, kena tunggu ye. Yang penting kena like Kay Parlour dulu, baru boleh entitled for the special discount :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...