23 August 2013

Raya punya cerita part 2

Assalamualaikum,


Aku habiskan cerita raya kat sini je la ye... (cerita raya jek, cerita vacation masa raya tu bab lain)


Part 1 kat sini


Raya kedua, well... raya kedua normally aku dah ada kat KL. Jarang raya kedua ada lagi kat Melaka. Makanya, aku mmg tak prepare bawak banyak baju raya. Seketul je aku bawak yang pakai masa raya pertama.


So bila mr p kata nak pegi beraya rumah sedara mara lagi kat Melaka haritu (raya kedua), aku dah macam..

"err..I tak de baju raya.. pakai skirt je boleh?"

"boleh je.. I pun pakai tshirt jek"


Ok dah dpt restu suami, nothing else matters.. hahhaha...



Ye, I kid you not. Aku pegi beraya rumah kampung2 pakai cenggini jek. Skirt, tshirt hard rock dgn cardigan bodo jek. Dgn anak2 aku skali pakai baju jalan sbb baju raya mmg bawak seketul jek!

Tambah lagi best, mak mertua aku, adik2 ipar, sepupu sepapat makcik pakcik semua pakat pakai baju raya lip lap lip lap.



Bangga plak tuh, jalan depan skali jadi ketua rombongan.



Tak pe la.. aku dah prepare jawapan. Kalau ada jek org tegur aku nape pakai mcm ni, aku nak cakap

"I orang KL, tak biasa pakai baju kurung. Panas lah!" 

*sambil lap peluh dgn muka mintak lempang*


Mihmihmih.



Anyway kitorang beraya, err... I dono exactly where. And I dono exactly what is the relationship. I think sepupu kepada mak mertua aku kot?

Tapi pegi 2 buah rumah. Rumah pertama, dia jamu air, kuih2 and keropok.



Keropok ni, sampai 3 kali mintak refill. Mintak okeh. Bukan tuan rumah offer. 


Pas tu, one of the pakciks pulak pegi cakap "kitorang tak nak makan kuih, nak makan nasik"


So tuan rumah pun MASAK NASIK!



Tak semua lauk ada kat sini but ada sup ketam, masak lemak rebung, masak lemak daging salai and sayur.


I is terliur now.


Sementara diorang masak, kitorang beraya lagi sebuah rumah nearby. Sedara jugak.


Balik rumah pertama and dah ready!




Aku tengok smorang ambik sikit. Menci tau. I is want to take a lot. But I is malu. So trick aku ader lah


"Sofeya!!!! Nak makan apa ni.. mama suap ye????"

*jerit kuat2 bagi smorang dengar sambil cedok nasi 3 senduk*




Pas tu suap Sofeya. As usual dia makan 5 suap, pas tu nak main. Maka the rest of the nasik is MINEEEEE!

*gelak evil*


Tahap kesedapan dia adalah.. eh.. tak tahula cemaner nak describe. Lauk kampung beb. Ada ke yang tak sedap? Rasa nak tambah tau.. tapi mr p pun dah brenti makan.. so pandai2 la bawak diri ye konot..




Shikin. Adik ipar ku. 


Makan and bergambar. I kan multitasking!  Tapi, lupa laki kat belakang, lupa anak kat belakang. Balqis pun ntah ke mana, pandai bawak diri dgn kawan2.





Satu benda unik pasal rumah ni is tandas kat luar!!!




Terkenang zaman balik kampung kat Penang.


Dulu2 rumah tok aku, jamban and bilik mandi mmg kat luar. So kalau nak berry malam2, sila bawak torchlight. Aku tak ingat dah cemaner aku berry dulu2. Tapi kalau terjadi kat aku skang (kena berry kat jamban luar malam2), memang adalah satu penyiksaan. Rasanya mmg aku heret mr p skali masuk jamban. 



Ye, heret masuk, bukan tunggu kat luar. 


Eh kata susah senang sama2 khennnnnn... :p






Dah la tak pakai baju kurung kan. Pas tu kepit beg raya kuat2. 


Ye, anak saya lah tu.



Kak ina. Sepupu mr p. 

Ni la mak andam aku masa kawin dulu. Mmg lawa dia mekap. Tengok gambar ni rasa cam nyesal pose sebelah dia sbb rasa mcm baru bangun tido je muka aku compared to dia. Haha.





The big family.  Mekasih ye, makan sedap. Next year kitorang dtg lagi masak lauk best ye? Saya janji pakai baju kurung lawa2 next year. :)




Tu lah activity for raya kedua. Petang tak de buat apa dah. Tinggal packing sebab esoknya nak pegi USS pagi2 lepas subuh.


Citer USS, esok2 ye. 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...