10 July 2013

Doa Solat Terawih

Assalamualaikum,

Saja nak share doa selepas solat terawih. I got this book on himpunan solat2 sunat. So Insya Allah next time boleh share doa2 untuk solat yang lain pulak.


Ya Allah, jadikan kami memiliki iman yang sempurna, mampu melaksanakan kewajipan-kewajipanMu, menjaga solat, menunaikan zakat, mencari semua kebaikan di sisiMu, mengharap ampunanMu, memegangi pentunjukMu, menhindari semua bentuk penyelewengan, zuhud dunia, mencintai amal untuk bekal di akhirat, redha menerima ketetapanMu, mensyukuri nikmat, sabar menghadapi cubaan dan berada dalam satu barisan di bawah naungan panji-panji agama kami Nabi Muhammad. 

Jadikan kami dapat melalui telaga yang sejuk, masuk ke syurga dan selamat dari neraka. Jadikan kami boleh duduk di atas tahta kehormatan didampingi oleh para bidadari dengan mengenakan baju kebesaran dari sutera warna warni, menikmati santapan syurga, minum susu serta madu yang suci dalam gelas-gelas dan cerek-cerek yang tak akan habis.

Semuanya akan kami lalui bersama dengan orang-orang yang Engkau anugerahi nikmat kepada mereka dari golongan para nabi, orang yang jujur, orang yang mati syahid dan orang yang soleh. Merekalah sebaik-baik teman kami.

Demikianlah kemurahan dari Allah. Cukuplah Allah saja yang Maha Mengetahui. 

Ya Allah, jadikan kami pada bulan mulia ini sebagai orang yang bahagia yang diterima dan jangan jadikan kami sebagai orang yang tidak beruntung dan tertolak.

Semuanya dengan rahmatMu, wahai Zat yang paling penyayang di antara penyayang. 

Sesungguhnya Allah dan para Malaikat membaca selawat pada Nabi.

Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah dan ucapkan salam pada Baginda.

Doa mereka yang terakhir adalah segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.





Ini anak2 dara saya yang cantik manis macam maknyer


Semalam pegi solat terawih kat Surau Seksyen 20. Alhamdulillah both Balqis and Sofeya complete habis 8 rakaat.

Balqis tu logic la habis sbb dia dah besar kot.

But Sofeya?

Impressed tak?


Dia siap bawak bantal and botol susu sbb just in case ngantuk (dah la tak tidur siang) mmg aku suruh dia tidur je dulu.

But no, selagi org dok solat, dia pun ikut nak solat.


Cuma, ye la.. tak de la perfect mana. Baru 5 tahun kot.


Kang kejap2 masa sujud tu dia baring melunjur.

Kang kejap2 dia buat sign thumbs up kat aku dgn balqis

*yeah I know payah nak khusuk*

Tapi paling best...


Lepas bangun sujud je dia buat pit stop ambik botol susu kat sebelah and nyonyot sket before sujud balik!


Muahahahhahahhahah!!!!



Hadoiiii nasib aku tak tersembur gelak!




2 comments:

Unaizah said...

Bertuah you sebab anak-anak well behave di masjid. I dah berapa tahun tak terawih di masjid. Tp rasa-rasa mcm tahun ni nak cuba bawak & tengok mcm mana. Rindu sgt nak terawih kat masjid.

Norliana Abdul Rahman said...

We all pun first night je kat sana. The rest kat rumah je kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...