18 July 2013

Doa selepas solat tahajjud



Assalamualaikum,


Entry pendek, just nak share doa selepas solat tahajjud.

Solat tahajjud ni solat yang dilakukan waktu lepas bangun tidur di tengah malam. Aku pernah terbaca, kena buat selepas tidur. Kalau kita buat sebelum tidur, dah tak kira. Means, kena tidur dulu, then bangun buat solat. 

Contoh, kau tidur pukul 10 malam, then bangun pukul 3 pagi, buat solat tahajjud.

Kalau kau berjaga, tak tidur sampai pukul 3, tu tak kira.


Solat malam ni, biasa kita buat untuk mendekatkan diri pada Allah.

Kalau tak salah aku, hukumnya sunat muakkad. Means, sangat2 dituntut. Kalau boleh, seumur hidup, kena buat at least sekali.


Bulan Ramadhan ni, kalau boleh jom la kita sama2 amalkan solat malam. Dan kalau boleh, lepas Ramadhan pun kita teruskan amalan ni. Aku pun, baru nak start amalkan.


Moga kita semua akan diberikan hidayah untuk terus beramal. Insya Allah.



Ya Allah, untuk-Mu segala puji-pujian, Engkaulah pencipta langit dan bumi dan apa-apa yang ada di dalamnya. Untuk-Mu segala puji-pujian, Engkaulah empunya langit dan bumi serta sekalian isinya. Untuk-Mu segala pujian, Engdaulah penyinar langit dan bumi dan mereka yang di dalamnya. Untuk-Mu segala pijian, Engkaulah yang benar, janji-Mu segala benar, berjumpa dengan-Mu kelak adalah benar, kata-kata-Mu adalah benar dan Muhammad saw itu benar dan hari kiamat itu benar.
Ya Allah, Kepada-Mu aku berserah, dan terhadap-Mu aku beriman, dan kepada-Mu aku bertawakkal dan kepada-Mu aku akan kembali dan dengan-Mu aku berpegang teguh dan berdasarkan hukum-Mu aku bertindak. Kerana itu, Ampunilah segala dosaku yang lalu dan yang akan datang, begitu juga yang kusembunyikan mahupun yang kulakukan secara terang-terangan. Engkau Tuhan yang awal dan Engkau tuhan yang akhir (kekal), Tiada Tuhan Yang Disembah melainkan Engkau dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kehendak Allah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...