01 December 2012

Trip to Universal Studio Singapore

Sebelum cerita ni basi, adalah lebih baik kita cerita siap2.

Well, actually tak de benda sangat nak diceritakan. Ni pun our 3rd trip to USS. Nampak nau tak de tempat lain nak jalan kan? hihih..

Tak pe.. ada jugak orang bawak jalan.. syukur konot! syukur!!


Banyak jugak tempat baru bukak kat USS ni.

Mcm Transformers Ride




Best hoiiiii ride ni!!!


Memula aku ingat mcm.. elehhh.. naik kereta goyang2 sket je kot.. apa barangggg..

Sekalikkkkkk


Huiiii.. kau naik la sendiri.. memang BEST!



Pas tu, ada satu ride kat area Shrek tu kan. Tak ingat plak nama dia. But we thought its a show, bukan ride cam roller coaster.

Tambah pulak Sofeya boleh lepas masuk. So I thought.. must be nothing.. kot.

Sampai kat dalam...

Rupanya Roller Coaster kauuuuuuu

Tapi yang kecik punya la...

Well kecik to me.

But not to Balqis. Dia dah melalak2 tak nak naik. Aku paksa jugak.

Bukan Balqis sorang cuak. Guess who? Kah kah...

Laki aku okay...

Well.. laki iols ni hensem, macho and gagah perkasa. Tapi, bab naik roller coaster, dia surrender.

Unlike bini dia, segala roller coaster aku naik!!

He said "ohhh shit!!! roller coaster ke???"

I said "rilek la.. kalau sofeya boleh lepas, means nothing la...tak de pape la..."

Sofeya? Well, dia ni inherit perangai aku bila masuk bab roller coaster. Kalau boleh roller coaster yg biru and merah (tak ingat plak nama dia) yg super scary tu pun dia nak naik.

So end up aku duduk dgn Balqis kat depan, Mr p duduk dgn Sofeya kat belakang kitorang.

Dlm hati aku risau gak le. Buatnya Mr p pengsan.. haru!

Sepanjang ride, Balqis kat sebelah aku melalak tak berenti. kes kes.. Kesian anak dara!

Aku sempat pusing belakang cekidaut suami and anak dara lagi sorang. Mr p tengah peluk Sofeya mcm nak masuk bawah ketiak sambil tutup mata, and Sofeya pulak tgh mengekek gelak kegumbiraan!!!

Habis je ride, syukur semua selamat.. hahah

Mr p said, dia punya la peluk Sofeya kuat2 takut tercampak keluar. Sepanjang ride, memang dia tak bukak mata. Hihi.

Sofeya pulak.. mmg he said asyik gelak kegembiraan. Yes.. totally inherit aku!!

Balqis? Dia kata tobat dah.. tak nak naik roller coaster. Fine! Duduk dgn daddy len kali.

Habis cerita roller coaster mini.




Pas tu towards end of the day, aku dah menggebu2 nak naik roller coaster yg biru and merah tu.

Smorang tak nak naik ok. Mencik!

Ah tak kira.. sorang pun sorang la. Bila lagi nak dtg sini kan?

Adik ipar aku kata "Kakkk betul ke... jgn la kak!!!"

Balqis kata "Ma!!! ma ni tak sayang kitorang ke??"


Mr p kata

"U ni betul ke?"

"Betul la..."

"Apa2 jadi kanggg..."

"Kalau apa2 jadi.. i tetap tak bagi u kawin lagi satu!"

"Itu i tak boleh gerenti!"

Cesssss!!


Time nak naik, mr p said to his sister

"Aku ni sebenarnya tak bagi sgt dia naik ni"

So i said "Ala tak boleh ke.. ok la kalau tak boleh i tak naik"

*alasan.. sebenarnya dlm hati ada kecut jugak la.. kes kes kes*

And he said "Tak pe la pegi la naik.."

Oh.. boleh... erkk.. tak pe.. macho konot.. macho!!  Haha..

So I turned to my SIL and said "Apa2 jadi.. take care my kids!" Haha.. drama sangatttt

Maka aku berjalan la seorang diri. Uihh.. ada takut jugak la.

Especially dah sampai kat atas, tgh tunggu nak naik ride. Berdebar tak terkata. Btw, aku naik yg merah dulu. Sbb yg biru tu nampak lagi scary, siap tergantung kaki bagai, terbalik2 bagai. Ada yg muntah kang...

So aku pun naik ler.. sorang2.

Jerit sorang2. Gelak2 sorang2.

Cam meroyan pun ader gak.. hahahha.. Lantakkk...

It was SUPERB!

Pegi la naik. Actually aku nak try yg biru pulak.. tapi cardigan aku pakai KOYAK. Kat ketiak hokey. Ntah haper la aku buat sampai koyak.. miahhaha..

Yg best.. masa nak keluar, mr p dah siap2 tunggu kat exit point.

SIL aku kata "Along risau habis.. tak sabar tunggu akak keluar!"

"Wahhh.. sayang jugak u kat i eh??"

U know what he said?

"Mesti la sayang... bini ada satu jek.. kalau ada 2-3 bini lain la cerita"

Pffftttt!!!!!



Well anyway.. memang best la trip ke USS kali ni. Puas aku bercuti.

Mr p pun mmg nak bawak kitorang jalan.. spend time sama2 sebelum dia pegi outstation. Tapi tu la.. dah terbiasa melekat 24/7, skang ni dia tak de, hari2 aku melalak.

Bebudak pun rindu habis dgn dia. Sebelum ni kalau dia pegi outstation, tak de la meroyan sgt.

In fact, mr p sendiri pun mcm sedih nak pegi outstation kali ni. One thing, pasal lama sgt (paling lama we ever berpisah). Another thing he said sejak aku dok rumah ni, 4 of us makin rapat as a family.

Spend time sama, makan sama, segala2 sama.



:(


Ala dah la citer kang aku nangis!!!

2 comments:

Unaizah said...

Amboi dah 3 kali sampai USS ye. I sekali pun tak penah huhu. Rezeki memasing la kan. Eh, i pun suka naik roller coaster. Hubby pun sama. Kdg2 tu dia yg overexcited hihi.

Takmo sedih-sedih ye. Tak lama lagi balik la dia. Sekali-sekala berjauhan, mengerat hubungan.

Konot said...

itu lah.. rezeki masing2 kan.. mcm kitorang byk spend for bercuti dari membeli brg mcm expensive bag etc tu..

pendek kata syukur la dgn apa yg ada kan..

tak pegi bercuti, dok rumah cuddling 4 org pun dah buat i happy..

huwaaaa nak nangis!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...