03 April 2012

Broga Hill.


Last few weeks mr p dah cakap yg kampeni dia buat trip nak panjat Broga Hill. Kata orang tempat ni ok, tak challenging sgt and sesuai utk first timers and boleh jugak bawak budak2.

Mr p sendiri pun x pernah sampai lagi tempat ni so he is relying on other people’s review je la.

Aku mmg awal2 tak keen sgt tapi sbb supportkan activity laki, ikut je la. And mr p said we can bring Balqis too.

So on Sunday morning (2 am) aku dah bangun, and get ready. Around 4 mcm tu sampai kat the place (Semenyih I think). And aku tgk keliling mmg tak de apa except pokok kelapa sawit semata2.

Shit.

Keadaan mmg gelap gelita and we are totally depending on masing2 punya torchlight or headlights jek.

So after few stretches and warmups, kitorang pun (about 30 of us) gerak.


Tgh2 warm up tu aku buleh pulak nampak semut punya banyak atas tanah. Geli hokeyy.. Mr p said "ye la semut.. bih tu nak buat mcm mana"

Erghhhhhh


First 15 mins was ok, jalan agak lebar even tho the kecerunan tu boleh tahan memenatkan.

Then jln mcm start kecik and berbatu2. Mmg kena hati2 jalan otherwise kau mmg tergolek la masuk curam yg penuh hutan kat kiri kanan.

Balqis dah start merengek takut and penat. Aku dah start tak sedap hati. Coz I was expecting, kalau child friendly takkan mcm ni kot?


Dah la gelap ya amat, jln mcm tu lagik.


And then there’s this one point, mmg curam giler babi. Jalan SANGAT berbatu2 and worst part is kau kena bergayut kat tali nak naik the curam.

Kau imagine la anak dara aku yg 9 tahun tu nak naik mcm mana?

Alangkan aku pun cuak jugak, ni lagi dia.


Masa ni Balqis mmg dah menangis melalak tahap gaban. Aku ni dah la tahap kesabaran memang kureng when it comes to budak merengek or menangis.

Sampai kat this one place, about 50 meter lagi kot nak sampai kat first peak. Aku suruh balqis duduk rehat kejap nak menenangkan dia (and mr p nak menenangkan aku sekali)

Time ni la mr p suruh staff dia naik and just leave us. We sat there and thought of what to do. Mind you, tgh2 hutan, tgh2 gelap, pukul 5 pagi ok masa tu. Just the 3 of us jek.

It’s either we go up jugak (mmg dah nampak ramai org kat 1st peak) or we stay there sampai sun rise and turun with others. Nak turun time gelap2 ni mmg tak berani lah.

Tapi nak naik tu mmg bukan option lah sbb aku tgk mmg gila babi steep.


So we stayed there sampai azan subuh, and then decided nak gerak turun slowly.

Mmg sgt challenging la nak turun tu. Habis baju semua kotor kena tanah pasal mmg terpaksa slide/merangkak etc.

Almost 7 kitorang sampai bawah. Aku yg tak smayang ni terus masuk keter and tido sambik merempan2 dlm twitter.


Aku mmg dah hangin sgt masa ni.

Katanya child friendly and ok for first timer. But tuiiiii langsung tak okeh!
Hangin becoz aku rasa not organized properly. I dono lah aku ni tak pernah masuk hutan ni. Isn’t there supposed to be a guide or something? At least kat belakang sekali akan ada org tunggu or ikut no matter how slow you are.

Ni idak.. sedar2 only the three of us left in the dark, middle of the jungle.

Its scary and so risky.

Ok la ada jugak aku nampak satu family ni bawak budak2 dlm umur 5-6 tahun (boys). But yg aku terkilannya pasal its really over my expectation. All these while people has been telling me that Broga is ok, Broga is ok, senang je, senang je.


Aku ni, jenis kena mentally prepared. And I would assume that since Balqis ni mmg byk inherit perangai aku, dia pun sama jugak. So when ppl been telling us that things are easy, we will expect benda akan jadi senang.

So bila benda jadi challenging mcm tu, budak especially mcm Balqis tu akan jadi takut gila babeng.


Plus yg aku agak terkilan pasal aku rasa mcm ada salah route kot. Kan aku citer tadi ada lalu satu laluan yg curam gila and kena gayut kat tali? Apparently that was the short cut, ada laluan lagi satu yg agak jauh tapi senang sikit.

Tu yg aku agak hangin pasal tak de proper guidance, tak de properly organized.


If only I knew what to expect, maybe aku akan prepare mentally and maybe jugak tak bawak Balqis, or maybe prepare her mentally as well.


Then pulak tu, masa nak turun, lalu sekumpulan budak2 laki muda ni, and diornag boleh pulak cakap

“ehhh ni la budak yang nangis tadi tu yeee?”

Hoiiiiiiiiiiii panasnyer la hai hati aku masa tu. Mmg aku dah sediakala tgh menyirap tambah budak tu cakap mcm tu.

Nasib la laki aku ada kat sebelah je, kalau tak de mmg aku bergaduh dah kot dgn budak tadi. Mr p pun bersabar je kot nak berdiplomasi and just gelak2 je dgn budak tu.

Kalau ikut aku mmg tabur penampar je kot.

I was so close nak marah budak tu and so want to yell at him “Hoi kong hajar ha? Cakap elok2 dgn budak tak boleh ke?”


Sabar konot sabar..

  
But this is just me talking.

Other people definitely perceive it differently. Aku tau ramai jek kawan2 aku yg suka kuar masuk hutan panjat turun naik gunung.

Maybe lah I will enjoy it kalau my first time was a bit different. (ok this sounds weird hahaha)


Tapi kalau tanya aku skang, I WOULD NEVER do it again.

I just don’t get the thrill, the challenge lah, adrenaline lah.. nope.. tak paham.


And now, thanks to Broga Hill and the lack of sleep, ada 2 ketul jerawat besar gedabak naik kat pipi kiri kanan aku.

Yeap I’m that sensitive. Takes only 1 day to naik tapi nak surutnya makan berbulan.


Korang nak pegi.. pegi la. But if you are anything like me at all, then aku nasihat toksah la. 


Sekian merempan untuk hari ini.

Terima kasih.

4 comments:

Alfian_Troxion said...

orang yg organize tu mungkin mmg ak betul2 buat kajian dan over assume orang lain punya abilities. tapi kalau tak buleh nak fikir yg curam2 nye tempat tak sesuai utk budak2, then takleh cakap apa la....

Hmmm... masuk2 utan ni actually bule jadik besh :) cuma mcm kau kata la, kalau kau dah prepared for what's to come, then maybe the experience will be ok. tapi kalau semua benda2 terkejut... mmg ke-anginan itu buleh kunjung tiba... :)

Konot said...

actually kalau mentally prepared and well planned, boleh jek aku rasa utk bebudak. tapi tu lah like i said.. ingatkan mcm panjat tangga jek.. sekalikkkk hambik kau..

Linda said...

hehe..teringat first time Cik Nuwen naik Nuang..sama la, merempan²,melembik²kan badan sebab dah fedap..tapi last² dia naik jugak (sebab mak dia yg hantu masuk hutan & sgt cengei paksa gak), so bila eventually dia dah sampai ke Lolo, minah tu pulak yg eksaited gila sampai tanak balik..hehe

eniwei Konot..betui, for first timers, kena organize & plan betul², walaupun bukit tu setinggi busut anai² je..sebab kalo boleh kita nak pupuk long term interest kat org yg kita nak bawak naik tu..

first time naik & kena lak trip yg tak menyenangkan, org boleh demotivated & takkan join dah walau di offer puluhan ribu..

Mr.P suka hiking ke?

Konot said...

wahai cik linda yang hantu masuk utan.. heheh..

wei terer kot cik nuwen dah siap panjat nuang! tapi look at the mother la kan! hahah..

mr p suka jugak kot hiking. dulu zaman sebelum kawin dia rajin gak gi hiking and backpacking.

tapi lepas kawin dgn aku harammmmm tak de hahah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...