02 December 2011

Nak pergi Australia..


Mlm ni kitorang anak beranak akan berangkat ke Melbourne for a short getaway.

Bila nak pegi Aussie ni, aku selalu teringat masa dulu2, time aku belum mampu lagi nak pergi cuti2 ni..

Masa tu kak ani and family mmg every year akan pegi cuti2. Aussie tu mmg almost every year destinasi yang dituju.

Tahun tu (rasanya 2006 kot) kak ani and family pegi Aussie. Balqis was 3 tahun lebih. Bila tengokkan semua cousin2 dia nak pegi bercuti, dia pun terasa la kot… so she said

“ma, adik nak pegi ostolia jugak!”

Sedihnya aku masa ni.

Satu aku sedih sbb kesian balqis sunyi cousin2 dia tak de.

Tapi yg mmg paling sedih sbb aku tak mampu nak bawak balqis pergi cuti mana2 pun.


During the time lepas aku divorced dulu mmg time yang paling aku tak boleh lupa. Financially I was so damn broke. Nak makan pun tak lepas.. ni pulak nak pegi bercuti?

I remembered, aku dulu makan hanya RM2 sehari kat ofis.
Pagi aku beli nasi lemak singgit, dua bungkus.
Breakfast aku makan sebungkus, lunch aku makan sebungkus.

Kalau tak de duit sgt, mmg aku goreng nasik jer dari rumah and aku bawak bekal.

Imagine lah.. gaji aku dpt bersih masa tu dlm 2 ribu.

800 bayar duit rumah
400 bayar maid
400 bayar kereta
100 bayar astro

Cuba kira berapa balance aku ada?

Ni belum tolak duit transport aku pegi balik keje and other expenses. And masa ni jugak aku sambung belajar…

Memang expenses aku deficit. I had to use credit card nak beli groceries, pampers and susu balqis.



Masa ni aku keje Maybank.  Keje ofis ni ko tau lah, kang org tu jual tu, org ni jual ni.. Aku ni mmg menahan nafsu from membeli anything. Sampai org kata “Liana ni mmg tak pernah beli apa2 eh?”



I remembered , aku nak sangat beli mekap.
Nak beli Maybelline pun aku tak mampu. Tengok lipstick rege 20-30 mcm nak nangis je sbb tak mampu.
Aku pegi Mydin depan Maybank tu, aku tgk ada gak jual mekap yg murah2. Aku beli bedak, lipstick blusher and eyeshadow, all within my RM50 budget!! 



Masa aku mula2 kawan dgn mr p, dia selalu la ajak aku jalan2 tgk2 baju itu ini. Tapi mmg aku btul2 tak de duit nak beli. And he always offered pakai duit dia dulu, nanti bila ada duit bayar..

And guess wat.. total aku hutang dia sepanjang kitorang kawan dlm 600++ jugak la.. muahahha.. sampai la kawin… maka hutang terbatal dgn sendirik kes kes kes…

Ni la baru betul hutang budi tergadai body.. hikss..

Eh terbabas pulak cerita :p



Ok.

Then aku tukar keje and salary increased dlm 30%. Alhamdulillah lega sgt aku masa ni. Perbelanjaan idak la deficit dah.. mmg ngam2.. but I still have to pay off sket2 my hutang credit card yang dah bertimbun2 tu..

For few years, dpt duit bonus je mmg aku setelkan credit card.. tak pernah merasa nak enjoy :(

Then aku tukar keje lagi and salary increased again dlm 25% mcm tu. Alhamdulillah syukur sgt2.
Masa ni aku dah boleh start saving sikit.



By the time aku nak kawin, saving aku ader RM2500 muahahhahahha.. sedih giler..

Our wedding was simple kalau korang ingat.

Total spending less than 12K.

Honeymoon just one night kat Maya Hotel.



First overseas trip that we had was London. Tu pun ayah aku yg sponsor the ticket and hotel.

Kat sana, kakak2 aku and their family ambik this one pass (cant remember excatly what it is) that cost mahal jugak la per person. And the pass allows you free entrace to a lot of tourist attraction.

Kitorang tak mampu :(

So the whole trip tu family aku jalan asing dgn kakak2 aku. Kesian jugak kat Balqis sbb dia nak sgt ikut cousin2 dia.. but we can’t afford.

Souveniers mmg tak beli langsung kat smorang.

Shopping? Mmg tak tercapai la…



We had to jimat, sbb nak save duit sebanyak yag mungkin.
Pasal lepas tu mr p quit his 9-5 job, and full time buat his own business.

Dlm setahun lebih jugak la, kitorang bergantung pada our savings and gaji aku semata.



Those were the days.. :)


Nak nangis aku mengingatkannyer..



Bukan la nak kata aku senang kaya raya sangat sekarang ni… tapi alhamdulillah boleh la bernafas,

Boleh la nak savings tiap2 bulan,
So far tak de dah tertunggak credit card expenses. What ever aku pakai, aku bayar.
Dapatla jugak bawak anak2 berjalan sana sini.
Dapat la aku merasa beli mekap and skincare yang semenggah sket..
Merasa la makan tempat mahal2..



Semlm otw balik ofis, hujan lebat and we saw motobike brenti bawah jejantas..

I said “kesiannya!”
Mr p said “teringat zaman dulu2 kan…”

Dulu kan kitorang naik moto (time aku keje kl and mr p masih makan gaji) pegi balik keje. Berpanas berhujan dgn skuter nicholas kitorang tuh (yg skang dah rosak tersadai kat rumah).  Aku paling tak leh lupa kalau balik keje, hujan2 tu kitorang stop kejap and pakai raincoat, then sambung jalan balik.

Kekdg kalau tak bawak raincoat lebih, mr p bagi aku pakai and dia tak payah. Giler sedih masa tu. Dia suruh aku peluk dia kuat2 atas motor supaya belakang dia tak basah sgt and tgn aku buleh cover sket dada dia dari kena hujan, sebab bila naik motor and kena hujan ni agak sakit jugak sebenarnya..



Those were the days kan… :(


Aku bersyukur dgn apa yg kitorang ada sekarang.  Aku rasa mmg Allah nak bagi kita merasa susah, supaya kita dpt rasa nikmat bila senang esok2. Cuma aku harap aku tak alpa dgn dugaan yg Allah bagi ni.

Ye la, kesenangan tu pun satu dugaan jugak kan?



So... till then ye korang... kalau ada kesempatan aku blog from Melbourne.. 


Babaiiii!!

7 comments:

DeLancrettLurpak said...

enjoy your holiday ya..:)

Linaleeds said...

Perghh... Sedih nak nangis I kat novotel hotel, venice now. Hehe. But everyone go through the same process kan... Me included babe..enjoy the holiday with your lovely kids n Am.

Inn said...

I can totally relate. we went thru the tough times so we know how to appreciate the good times. And never ever take things for granted :)

My hubby went thru tough times as well until finally his divorce was finalized. Half of his salary went to ex and that is not inclusive of other expenses like tuition fees, school money, phone and electricity bills at ex house, car repair etc.

We both work hard in the office, got our promotion and with that, better pay. We're not totally outta the woods yet but success is measured in inches... so we are grateful and feel really blessed for every little improvements we made towards our life together.

Anonymous said...

wooiii sedihh akuuu!!! sob sob sob.. :(

Konot said...

DeLancrettLurpak,
Thks darling! and thks for dropping by! :)


Mazlina,
Toksah nangis aihhh kat Rome tuh!! hahahhah

Inn,
I sooo like the way you write! Sangat true kan.. :)

Juju (eh juju ke?)
Jgn la sedih laling... eh cepat la balik cuti aku rindu kau ni!

Norhani Abdul Rahman said...

aiyo cuna..sedih aku..aku pun pernah merasa kesusahan itu!!! pi juai barang kemas bila nak pi groceries!! uuuwaaaa!! sedih!!...ok stop cerita sedih! cepat upload gambaq!!

Konot said...

waaaa kak ani aku ingat lagi hang cerita tu!!! sedih gila!

aku juai brg kemas nak bayaq credit card.. hahhaa...

kesian kita..

alhamdulillah la ni better.. tapi kena sentiasa beringat!

gambaq tinggai kat rumah.. esok aku post...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...