22 March 2011

philea resort melaka

this will be the shortest entry pasal vacation kot.. sebab aku tak berapa nak suka sgt tempat ni.

firstly sebab harga dia sangat mahal. kalau tengok rate kat internet, mencecah seribu lebih. tapi kitorang book thru agent so dpt murah. the drawback book hotel thru agent ni adalah confirmation lambat and bilik limited ( i think).

for a thousand plus per nite punya resort, my expectation would be very very high la kan..

sesampainya kami di sana.. well ok la.. nampak grand. lobby sangat cantik and dlm hati aku tak sudah2 kata "ehh cantiknya.. ehh cantiknyaa.." memang jakun bebeno la aku ni.. :p

tiga dua dara pingitan berposing. please excuse my baju kurung, aku terus kesini dari office..

so dah checkin, pegi ke bilik, naik the buggy (buggy ke they call it?). Sepanjang2 jalan ke bilik, lalu the resort area, pool, and aku tak habis2 dok memuji betapa cantiknya tempat tu. it reminds me a lot of berjaya kat langkawi. suasana mcm dlm hutan.

sampai bilik, tengok2 the villa is like 4 in one. bilik kitornag belah atas pulak tuh. mengangkut la segala bag2 and stroller and bebudak masuk bilik.


the room

at first glance, nampak cantik la bilik ni. tapi bila aku dah belek2.. ada a few things yg aku tak berapa nak berkenan.

1. katil kecik. we booked 2 single bed. aku assume, normally hotel punya single is like super single, like 2 org pun muat tido. ni idak, mmg single mcm katil spital. harap aku nak tido dgn mr p mmg alamat tergolek la salah sorang.. :p

2. sempit. tak sukerr...tambah2 dgn beranak pinak, tak suker..tak suker...

3. lighting OUT!! which explains mmg tak byk gambar aku ambik dlm bilik. (got a few,  but semua malap2)  yg paling aku tak suka kalau lighting malap, mcm maner aku nak mekap cik bedah?? puas aku belek muka kat cermin.. sib baik kuar bilik tu tak jadi mcm tepung gomak muka aku tauuuuuuu

4. makan biasa. tak de yg outstanding.

5. nak jalan from bilik ke pool ke bilik main budak2 hazab. aku tak reti nak cerita detail. tapi cara dia buat lanskap tempat tu agak menyusahkan org nak jalan. kau nak pegi tempat yg dekat pun, kena cross jauh giler.. PENAT!

other than that.. ok la i guess.. bilik air lawa. decoration nya ok. pool cantik. bebudak mmg suker.

tapi mlm tido mmg hazabbb.. sejuk kauuu.. sebab ber environmentkan hutan kot.. so tgh2 mlm tu dah turn off aircond pun masih terasa sejuk...

lain aku tak sure mcm mana nak komen. pasal spa ke spi ke spu ke.. pasal aku mmg jarang utilize benda2 ni kat hotel (sapa nak jaga anak aku dik nonnn).

in a nutshell (jap agik aku ada training, so kena guna bahasa2 sastera nieh.. hehe). aku rasa OK je la kot tempat ni. tapi kalau sampai nak kena bayar BERIBU, jawabnyer mmg tak berbaloi sangat. baik kau simpan duit beribu tu, 2-3 bulan dah dpt bag gucci seketul.

*******************************************
ni citer aku nak kena selit jugak.. :p

petang tu kitorang singgah makan asam pedas. masa nak bayar, balqis ikut aku pegi cashier. akak (ke adik) cashier tu tanya

"ni adik ke anak?"

aku cakap "anak ni... " sambil gelak2 tahan hidung aku dah kembang setaman...

dia kata "ohhh.. nampak muda sangat.. tak makan usia langsung.. mcm terserlah lagi keremajaan"

huahuahuahauhauhauhahuabluekkkk.. ok sila muntah.

****************************************

mlm tu kitorang pegi makan ikan bakar kat muara.. duyung ke hapa nama dia..

SEDAP SANGAT!!!  ikan siakap (kot.. mintak maaf aku tak kenal nama ikan) masak 3 rasa adalah sangat sedap!

sori gambar ilek.. sebab.. sebab.. mood aku masa tu adalah zero. sofeya injured sampai kena pegi spital and full story selepas ini...

till then..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...