Kitorang dah start ajar balqis menabung. Lebih2 duit belanja harian dia kat skolah tu dia masuk tabung. So as compared to tabung Sofeya, memang terlebih2 la duit Balqis. ye la.. adiknya blum skolah. so harap duit raya je la.. :)
Fair la kot ye dak.. esok2 Sofeya masuk skolah dia pulak belajat menabung sendiri.
Yg Balqis ni terlebih baik, semlm masa dia check duit kat tabung, dia check sekali duit adiknyer. Tetiba Balqis cakap kat aku..
"Ma, kesian la.. duit adik sikit je..."
Aku kata "Tak pe la, adik kan blum skolah. nanti dia masuk skolah ma kasik la duit mcm kak qis jugak"
Balqis jawab "tak pe la ma, kak qis kasik sikit duit kat adik. Kak qis kasik tiga ringgit la.."
Baik sungguh!!!
Balqis ni mmg hati dia baik sesgt. Cant remember if I have blogged about this, but last year kot ada one of the student in her school, mak budak ni meninggal. So the school buat mcm tabung collection kot, and Balqis gave all her duit belanja (for the day) kat budak tu. Balik skolah tu balqis cakap kat aku, yg dia tak de duit lebih for the day pasal dah kasik kat budak tu. She said kesian sgt budak tu dah tak de mak..
simpan duit banyak2 beli keter besau kat mama ye? :p
No comments:
Post a Comment