31 May 2010

Kisah LRT

last wednesnay (kot?) yang aku post kat FB bagai2 pasal lrt and my pergaduhan kan? well kisahnya cenggini..

aku kena balik naik train. as usual 5.45 sharp aku terkedek2 keluar ofis pasal nak kejar train, pasal based on previous experience.. lewat dlm 2-3 minit.. mmg berjela2 org beratur panjang.

so sampai kat klcc train station, aku tgk mcm ramai org semacam.. rupa2nya station was closed.. tak kasik org masuk. was thinking.. maybe sbb ramai sgt org.. normally what they did was kalau ramai sgt org, nak avoid overflow org kat train platform tu, they tutup main entrance kat station, sampai dah kurang org kat platform, baru bukak.

so i tot to myself.. ok la kot.. tunggu je la kejap. so i waited.. few minutes, ditengah2 keramaian org tu. sgt tensen and desperate.. pasal rimas tahap gaban.. mcm kenot bernafas..

and finally the entrance bukak.. menyerbu semua org masuk.

ramai org kan? tgh tensen kan? nak tambah lagi tensen?

TICKET MACHINE SEMUA ROSAK.

bohodos.

kalau dah ramai gila bapak org nak mampus.. lepas tu ticket machine rosak.. korang gunalah imaginasi sendiri dan bayangkan betapa berjela panjangnya org beratur kat kaunter ticket.

aku tak koser ok nak beratur. ntah2 pukul 8 malam baru dpt ticket. and btw masa tu dah pukul 6.15 camtuh.

so i tot.. baik la aku naik taxi je balik umah. mahal pun mahal ler. don care. then aku keluar ke jalan ampang.. tgk 2 jem ya amat.. taxi pun.. time ni la seketul pun tak de...

so aku pun membawa la diri berjalan ke ampang park. plannyer ambik train kat sana.. at least (hopefully) kat ampang park tak ramai org sgt. i don really mind waiting ke apa ke.. cuma bila ramai2 sgt org ni aku jadi suffocated semcm.

jalan punya jalan.. then jumpa roommate aku kat ppp dulu.. ida.. dia kata

"eh konot!!! cantiknyer ko skang..... KO PREGNANT EH?"

aku baru nak tahan kembang okehhh.. dah automatically kuncup balik dah huhuhu.. aku dok perati kat perut aku.. extraordinary buncit kah? then she said

"tak de la sbb aku tgk kulit ko skang lain benar dgn masa study dulu.. tu la aku ingat ko pregnant.. "

tehehehehheheh (kembang dah balik). ye la dik non.. kalau compare dgn masa study dulu.. mmg mcm langit dgn bumi lah... dedulu mcm cikenpox je muka aku berjerawat tak sudah2.. skang ni... skang ni.. hmm. toksah tegur dah benda2 pelik ni.. bersyukur je dgn apa yg ada.. :)

anywayyyy..

aku pun turun ke ampang park station.. and as expected, tak ramai sgt org. dlm 15 minutes later aku dpt masuk train.. masa ni.. aku rasa dah dekat2 pukul 7.. kot..

train jalan.. but sgt slow.. and each station dia berenti dlm masa 10-15 minit cam tuh.. by the time sampai setiawangsa station, kaki aku mcm nak putus dah.. aku dah duduk bersila je atas lantai train tu.. dgn harapan tak de la org yang berdiri tu kentut kat depan muka haku. :P

time ni dah almost 8.. tak tahan beb.. so i called mr p.. kebetulan dia pun dah nak sampai rumah (from pahang). so i asked him to pick me up. dia kata he will park kereta kat rumah, solat then naik moto ambik aku. (kat setiawangsa tu area jam.. so kalau naik kereta pun 2x5 je tensen dgn naik train).

kat sini la aku start bergaduh muakakkaka..

aku keluar from the setiawangsa station.. then sbb mr p naik ambik aku a bit later, so baik la aku solat dulu. then i saw surau kat dlm station. aku nak masuk ler balik.. then from jauh i saw this guy (lrt staff) yang jaga laluan ticket manual tu.. dah bangun from his tempat and walked away..

aku malas nak terkejar2 dia nak mintak kebenaran masuk surau.. so i just went to the ticket kaunter, and told the lady inside that i wanted to pray, nak masuk surau kejap. pompuan tu kata okay je.. so aku masuk la (ikut laluan dekat ticket kaunter)

dah selesai.. nak keluar. then i saw that man dah duduk balik kat tempat dia (jaga laluan manual ticket). so aku pun lalu la kat situ nak keluar...lalu je depan dia.. dgn muka belagaknya tanya aku

pakcik : tiket mana?
aku : saya masuk solat tadi..
pakcik : mintak kebenaran dgn siapa????

kuang hajar okehhh..  dgn muka berlagak.. dgn suara dia tinggi... daripada aku nak cakap elok2.. terus aku bertambah2 hangin.. dah la sediakala marah dgn service train bohodos ni..

aku : dah cakap dgn diorang tadi... (sambil tunjuk kat kaunter ticket).. dah PAKCIK tak de kat sini...

aku mmg PURPOSELY panggil dia pakcik (padahal aku rasa umo dia tak lebih 40 kot).. saja nak cari gaduh.. saja nak trigger kebengangan dia.. and as expected mmg muka dia berubah dan dan tu jugak bila dgr aku panggil dia pakcik.. terhina la tu kot.. padan muka..

pakcik : saya nampak awak masuk tadi!!!
aku : oh??? habis tu dah nampak apa masalahya sekarang???
pakcik : ye la jgn la cakap saya tak ada pulak!
aku : eh?? apa pakcik ni.. dah pakcik tak ada tadi saya tanya la diorang kat sana.. habis kalau dah nampak yg nak kecoh ni apesal? ada ke tak ada? tak paham lah!

lepas tu aku terus blah.. aku dgr la dari belakang pakcik tu dok bebel lagi..nasib la.. bebel la ko...aku tak mau dah layan.. (plus dlm hati agak takut la jugak kang kena belasah).

tu je la ceritanya.. tak de la gaduh besar.. but dgn nature aku yg tak suka bergaduh ni.. aku pun agak terkejut la mcm mana aku buleh nak terbergaduh dgn orang.. :p

26 May 2010

Bila dah dekat hujung bulan..

Mula la aku rasa semua serba tak kena.. despite baru dpt gaji ngenghegeh..

Oh yes pagi tadi i the bangun the erobik… sila jeles ye.. lagi sebulan korang sure konfius ni konot ke jessica alba ke nieh? Oh? Tak kelakar ke? Nguahuahuahuah

Maybe because the erobik aku rasa letih semcm.. ye la selalu bangun pagi paling awal pun 8.15, ni pagi tadi pukul ENAM dah terpacak depan tv okehhh.. Tu pagi punya cerita, the nite before pun aku dok erobik lagi dgn budak2.. saja je nak bagi diorang seronok disamping aku pun dpt la jugak membuang sekalori dua…

Tapi selama 20 menet erobik, 10 minit aku dukung sofeya, 7 minit aku nenen sofeya, tinggal 3 minit lagi aku sibuk terpekik suruh budak2 becareful.. hmmm… camner aku nak kurus?

Ok lari topic…

Tadi pagi aku meeting. Kick off meeting tah menda tah.. aku ni kan.. mmg keje line yang salah la aku rasa. 80% of the time aku pegi meeting.. mesti semua jantan2, aku sorang pompuan.

Tadi pun meeting.. 8 orang semua laki. Aku sorang pompuan. Kalau la laki2 tu sorang mcm patrick dempsey ke.. robert pattinson ke..eric dane ke..taylor lautner ke… tak yah ramai2 sampai 8 org ler kasik aku PD dgn RP pun dah cukup le..

Sampai esok aku meeting pun tak pe :p

Ni… ramai2.. tapi… hmmphh…dah la suka gaduh sana sini dlm meeting. Pening ok kepala hotak aku ? pening.. kalau hensem.. ko gaduh la lama2 pun. Aku volunteer jadik tukang sorak.. tak pun aku gi buatkan kopi kasik boost sket energy ko nak gaduh.. tak pe aku sanggup… eh. Gatal..

Pas tu.. habih meeting.. kena pulakkkkk pegi makan dgn diorang.. ingat makan dekat2.. where aku boleh cabut lari pegi pavi kejap. Ni kenaaaa pulak naik kereta boss aku gi makan kat satu indian restoran ni..

Camner la nak lari kan kalau dah makan jauh2.. kang kena kidnap.. sapa susah? Patrick dempseyyyy jugak susah....sian la dia kannn

Aku tahan la jugak duduk makan for like 2 hours.. sengih sana.. sengih sini mcm kerang busuk.. bodo giler aku rasa.

Pas tu.. since aku sorang je muslim (and only lady) boleh pulak diorang bukak topic halal haram... and boleh pulak sorang tu komen “mcm dah tak relevant sgt eh sekarang? Nak practice halal haram ni… kan dah moden..” lebih kurang gitu la…

Aku hempuk kepala ko dgn nasi beriyani tu kang baru tau..

Sib baik ko komen depan aku yg mmg nature aku tak suka nak argue.. so aku sengih jer la mcm kerang busuk sorang2.. bodo.

Mmg bodo giler la aku rasa pegi lunch cenggitu. Seksa sgt jiwa raga aku. Mmg la aku ni jenis tak boleh masuk line PR. Nak entertain vendor la client ke boss ke haper ke.. adalah sgt tidak reti!


Balik ofis dah 2.30. kol 3 meeting balik. Huwarghhh!!! Tensen okeh jadik pekerja berdedikasi ni asyik meeting manjang...

My ideal working hours should be

9.30 sampai ofis, bfast sambil borak ngumpat orang
10.30 bukak email buat2 busy.
11.00 pegi toilet belek muka taruk mekap
11.30 balik tempat buat2 busy lagi
12 keluar lunch
2.30 balik ofis buat2 busy
3.00 pegi solat
3.30 buat2 busy.. sambil2 ngumpat orang dgn teman seperjuangan
4.30 pegi pantry sambung ngumpat sambil minum2
5.30 buat2 busy sambil pack brg.
5.45 BALIK

Tu kalau tak de meeting.. kalau ada meeting makan terpaksa la aku sacrifice my sesi ngumpat atau sesi mekap.. see.. betapa besar sacrifice aku utk kerja??? See????

*saya yang sgt rindu Patrick Dempsey pasal dah lama tak melayan GA*



20 May 2010

Gini ceritanya..

Few weeks ago, sekali sekala balqis ada ngadu kat aku ada this one boy, well.. lets call him Patrick Dempsey (ye..mmg aku tak de laki lain) selalu dok kacau dia dlm kelas. Been doing things like..

-sorok pensel box dia
-ambik eraser dia
-patahkan kaler pensel dia.. etc..

U know.. things like that. Takat menda2 gitu.. aku just nasihatkan balqis supaya tell the boy nicely, or kalau tak jalan the tell the teacher.

Aku pun teringat myra kata normally budak laki ni kalau dia suka budak pompuan, trick dia dok kacau cenggitu la..
 So maybe la si patrick dempsey ni ada hati kat anak aku kot..muangahahgahgah..

Anyway…

Sampai la last few days where balqis dok ngadu lagi kat aku patrick dempsey ni dok kacau dia lagi. And kali ni.. aku korek habis2an from balqis what actually budak ni dah buat.. mind you.. not only ambik brg2.. but more okeh.. like..

- mintak duit from balqis.. and when tak dibagi..
- tendang balqis.. or her chair..

hmm.. that explains why aku pernah nampak tapak kasut kat baju balqis sometime ago. When asked, balqis cam takut nak explain kat aku.. she just said dia jatuh. Jatuh cemaner pulak yang sampai elok je tapak kasut org kat baju kan? Masa tu, I told her.. ”better not happen again else i will call your teacher”

so I asked balqis, since bila benda2 ni start happened? Dia kata since pindah tempat duduk sebelah patrick dempsey ni.. which is april. Hmmmm

then I said.. can u tell your teacher what happened, then ask to change tempat duduk. Dia kata tak berani.. then I said.. “kalau cam tu mama pegi jumpa teacher.. ok?” dlm hati aku was expecting.. dia tak mau aku jumpa cikgu.. but.. however, she agreed.. and when she agreed, I know something must be really wrong sampaikan dia nak aku masuk campur..
 so semlm.. about 2 pm camtu.. I called the school office. Aku introduced myself, anak aku nama sapa, kelas mana.. then I said “saya nak buat pengaduan sikit.. rasanya mcm anak saya kena buli dlm kelas ni.. dgn siapa boleh saya cakap?”

right away the office kata…”pengetua ada sekarang.. saya transfer line kat pengetua ye..”

so I told the principal what happened.. pas tu aku cakap “saya tak nak besar2 kan benda ni.. syaa paham budak2 kdg2 nakal.. Cuma nak mintak klu boleh tukarkan tempat duduk je”

then the principal told me.. that she really appreciate aku call and bagitau benda ni, pasal some parents would not, and just cakap2 belakang.. and they will definitely investigate. Dia appreciate sgt aku call and bagitau.. and told me that although aku just nak tukar tempat duduk, she feels that they (the school) need to do more sbb tugas diorang is to educate the children. So bila ada benda yg salah mcm ni, they will have to investigate. Just by tukar-ing the tempat duduk wont solve the problem..

betul la jugak kan?

Then about 4 pm camtu.. the penolong kanan called me. Bagitau aku yang diorang dah buat siasatan.. dah panggil kedua2 budak. (balqis and patrick dempsey). Each and every thing that I told the pengetua, cikgu ni confront patrick dempsey betul ke tak dia buat.. and surprisingly budak ni ngaku..

Sampai ke tahap mintak duit tu.. dia siap ngaku dia pernah mintak duit kat anak aku sebyk SEMBILAN kali. Bila tanya balqis.. dia cakap byk kali..but dia tak ingat. Nasib baik balqis jawab tak ingat.. pasal kalau balqis jawab tah apa number.. and buatnya tak sync dgn sembilan.. nampak sgt one of them menipu ye dok?

Anyway aku pun agak pelik la.. boleh si patrick dempsey ni keep track eh brapa kali nko mintak duit?

Anyway.. budak tahun 1 kan.. sigh..

So the teacher took the boy’s photo and told him ”saya dah ambik gambar kamu ni.. kalau kamu buat lagi.. saya hantar gambar kamu kat polis tau?”

Tau takutttttttt...

Then the teacher asked patrick dempsey to apologize to balqis.

And the teacher also told me.. “anak puan ni saaangat baik.. dia ok je maafkan patrick dempsey ni.. in fact masa patrick dempsey ngaku dia tendang.. balqis cakap “sakit sikit je”… and dia sangat pandai.. even tho patrick dempsey mintak duit byk kali.. balqis tak pernah bagi pun..”

Mmg ler tak bagi.. aku dah warning seploh kali.. jgn kasik duit kat org, else aku tak kasik duit banjer lagi..

And.. the teacher also called patrick dempsey’s mother before call aku and explained to her what happened. Aku terkedu kejap.. pasal like I said before.. aku tak nak besar2 benda ni. But the teacher said.. the mother needs to know what happened.. and yg bestnyer.. his mother is also the teacher kat sekolah tu.. huhuhuhu…

So.. gitu la ceritanya..

Aku mcm hepi sgt.. pasal firstly i think i did the right thing by calling the school kan? And secondly.. aku hepi pasal the school took me seriously.. and not only that, they took action.

Its true la then.. mmg aku selalu dgr good things about SKTM2 ni.. especially the pengetua yg mmg sgt2 concern pasal budak2 and parents. Aku pun so far kalau call office sekolah.. mmg elok jer diorang jawab and layan.. unlike this one private school dulu aku pernah call.. heh.. nama jer private school, tapi layan org tepon mcm bangang. Elok2 aku nak consider balqis masuk private school, terus kensel!!

*alasan semata2.. padahal tak mampu huahuahuahuaha*

I should’ve blog about it right away..

You know the feeling when you feel strongly about something and your are mentally blogging about that something already?

Selalu happened to me. Then bila aku rasa camtu, most of the time aku tak de time nak actually log about it.. then would just go away kapofff mcm tu je.. or eventually something else akan came up and it would be entirely different story oredi.

Sigh.

I wanted to blog about balqis at school.. as what I updated in FB. But then this morning in ofis something else came up that I instantly felt differently oredi. Might as well blog about this first.

Aku dah ada draft about ni (ofis thingy) somewhere.. but might as well type a new one.

I HATE working here u know.. oh well HATE is an understatement. Other that the tak de bonus and below average rating thing, I just feel that my nature of work doesn’t suit banking industry.

Pandai eh konot.. dah seploh tahun ko keje bank baru sedar????

Well not entirely lah.. I think ESPECIALLY new bank mcm bank bodo ni (i am so glad that my blog is private ngengengeneg) diorang mcm tak value sgt what I do. Unlike other bank besar yang dah establish expecially the foreign banks.

So..

As a result.. people don’t take me seriously. Ditambah pulak dgn nature perangai aku tak reti nak push2 org.. tak reti nak gaduh2 dgn org.. LAGIK la menambahkan ketidaksesuaian aku bekerja kat sini.

Paham?


Tak eh?

Tak pe..


Sebagai analogy.. ko ada anak umur 2 tahun.. ko nak ajar dia disiplin.. nak marah bagai2.. ada dia pedulik? Budak 2 tahun only cares nak main.. makan.. main.. makan..ko nak enforce disiplin.. suruh solat ke.. suruh baca buku ke.. ko ingat dia ada ambik pedulik? Jgn kata ambik pedulik.. ko terjerit terpekik la sorang2.. mmg budak tu tak paham and tak pedulik…

As opposed to ada anak umur 10 tahun. Yang dah reti bahasa. Yang MEMANG kena kita nak enforce some rules. Suruh study, suruh solat. Tak buat benda2 tu then kita kena punish.. or reward if the opposite.. they will learn and appreciate accordingly.

Paham ke?


Well you may say that the way to disiplin a 2 year old is different… yes I agree BUT my nature of disiplin-ing (or work lah in this case) is suitable for a 10 year old kid..

Get it?

So whatever I do here with a 2 year old is a BLARDY WASTE OF TIME. Hati pun sakit.


Sakit hati okeh. When you are not appreciated. When you are not taken seriously.


Some people cakap dgn aku that I never komplen about work. Memang aku jarang.. because I just don’t care anymore.


Aku kan.. kalau nak panggil meeting kan.. mcm mintak sedekah ok. Dah la org just dont bother to respond when i send invitation. Bila finally dah accept.. bila time meeting, kena pulak panggil bentang kapet merah sorang2..

Hantar email pun tak pernah nyer respond. Nak kena jugak ngadap muka sorang2 mcm mintak sedekah. Kalau kena org yg elok tak pe.. ni ada pulak jenis org yg menyombog.. mcm kan dia sorang yg sibuk dlm bank ni.. jenis tak tau nak hormat org.


Habih tu.. aku jugak tak meet KPI kan?

Orang tak comply.. aku yang underperformed.

Sakit hati aaaaahhh!!!



17 May 2010

My Friday expedition

kan isetan ada pre sale for members kan? Pas tu aku tgh gatal nak perabih duit beli mcm2 kan? Makan berkobar2 la aku nak pegi time lunch. Tapi dlm hati ada sikit la perasaan rational yg dok berkata.. bukannya aku perlu apa2 pun.. so why la waste money kan?

Then lunch time ofismate aku k. min tak sihat sgt so ended up we didn’t go to lot 10 isetan. Fuhhh.. selamat siot duit haku!! At least adalah alasan aku tidak berbelanja kan.. hehehe

Then petang tu mr p pulak cakap “I balik lambat.. u balik sendiri naik train k?”

Hishh laki aku ni kan… hari2 tgh ada sale ni yg dia suruh aku balik naik train tau.. dia tak tau ke yg nak ke train tu kena lalu isetan.. lalu parkson segala...

Tapi tak pe.. aku kuatkan semangat.. jalan je pegi KLCC dgn niat ”aku takkan singgah isetan”

Lepas tu... baru aku tingat.. aku kena buat contact lense....

Disinilah segalanya bermula huhuhuhu

Aku pun singgah la kejap kat england optical.. masih lagi setia dgn niat tak mau masuk isetan tauuuuu… then org EO tu kata.. since aku tgh pakai contacts, aku kena bukak dulu, buat at least ½ hour.. then baru boleh dtg balik and check.

Ooookayyyyyy…

Meanwhile ½ hour tu.. aku nak buat apa kan?
Kan?
Kan?

Dgn mata yg tgh blur2 tu… aku tanpa disengajakan aku TERmasuk isetan. Eh tak nampak kan… blur kan.. auhauhauhauha.. bukan salah saya ye!

Gila bapak punya murah!!!

Tempat pertama aku tuju adalah SKII. Aku tanya mana promotion mcm dlm newsletter? Minah tu kata “dah habis la kakkk” ampeh mereng keraput betul!!!! Tapi tak pe.. jimatttt duit haku!!

Lepas tu aku gi tempat baju, ramai sgt org.
Beg… ramai giler orang.
Kasut.. bersepah2 orang..
Kepala aku pun dah pening...
end up aku tak beli satu haper..

Aku tepon mr p, ajak dia dtg. Dia pun ok.. suruh aku tunggu dia kejap..

Aku pun call umah, cakap mama daddy balik lambat.. budak2 tido dulu. Pegi EO after ½ hour buat contacts, then tunggu mr p sampai. Lepas solat maghrib, we all masuk balik isetan.

Mr p je yg borong baju keje dia.. mana aci weihhhhh!!

Tapi lepas tu… alang2 dah dpt opportunity berdua2an.. kitorang pun pegi dinner and tgk wayang. Yela… next weeknyer (hari ni la) mr p dah pegi HK seminggu. Kasik chan okeh aku nak manja walaupun x dpt mengepau puas2.

Kitorang tgk citer robin hood. Pada aku.. ok jer la citer tu. maybe sbb expectation tinggi kot. Dah tgk gladiator la.. braveheart la.. so aku expect mcm best giler la..

Tapi cam tak de perasaan siot aku tgk robin hood ni. Nak kata part yang romantika pun mcm kureng.. tak de la pulak aku mcm cloud 9 bila tgk. Seriyes !

Aku rasa la kan.. ni pengaruh patrick dempsey si neurosurgeon tu dgn edward cullen the vampire tu kuat sgt.. standard romantik diorang are wayyyy to high that bila ku tgk hero2 lain tu mcm tak de effect dah…

Sori la russel crowe… patrick dempsey jugak menjadi pujaan hatiku!


kenapa hensem sgt ha????

Kalau korang nak tau..

Tiap2 hari aku bukak blog.
Tiap2 hari aku baca blog korang
Tiap2 hari aku draft aku punya post, kekdg sampai 2-3 post sehari.

But...

I myself dono why aku tak publish2 post aku..
Nanti2 lah kot..
Perhaps today aku bengong.. aku publish semua sekali..
Juling la biji mata korang nak baca.. (mcm ler korang baca eh?)

But for now..

I am sleepy. Sebab aku bangun pukul 3.30 am. Kol 4 keluar rumah hantar mr p ke lcct. Flight dia gi HK kol 7. by 7 am tadi aku dah tercegat kat ofis. Ingat kot boleh tido jap dgn aman. Alih2 kol 7.30 cleaner dah dtg switch on semua lampu, gedebuk gedebak dok mengemas ofis…

Kacau mimpi aku dgn patrick dempsey okehhhh…
Ehh.. baru few hours mr p pegi dah main kayu tiga dgn patrick dempsey muehehehhe..

But seriously..
Mcm mana aku nak survive this whole week ni? Ni baru seminggu.. dulu dia pernah mention kalau dia kena keje jauh mcm mana? Like few mths ke.. aku dgn eksyen nya cakap.. tak pe la.. tak de hal..

Berlagak tak hengat!!!

Ni baru nak pegi seminggu.. aku dah menggelupur. He spent the last weekend ’preparing’ me.. like repair kereta apa yg patut.. make sure rumah semua ok, tak de yg rosak. GPS semua dah ok.. yada yada.

Then this morning nak ke lcct, berkali2 dia remind aku jalan mana aku patut ikut nanti nak balik ke ofis.. bukan takat this morning.. since semlm lagi.. siap print google map kat aku..

Suddenly aku rasa I am so hopeless and so spoiled and so dependent on him.
I miss my mr p oredi lah.. :(
*nak nangis*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...