28 March 2010

agak lama tidak memblog..

bukan la busy.. ohhh. definitely bukan busy kerja.. tak de kerja lah aku nak membusykan diri dgn kerja. aku kerja nak mampos, org rate aku tak perform, skang aku btul2 tak perform. ambik ko.

sonok rupanya jadi employee yang tak perform ni eh?

bangun pagi tak de dah aku nak terkejar2. kalau jam blum cecah kol 8 mmg aku masih la setia bergolek dgn budak2. tu pun sbb sofeya dah bangun aku kena jugak bangun.

dtg keje kalau blum pukul 9 tu mmg tak nampak la btg hidung aku  kat ofis. tu pun kalau time aku rajin. kalau tak mmg ngam2 kol 9.30 aku sampai. balik pun kekdg ikut sukati mak bapak aku. rasa nak balik, aku balik. meeting pun ikut sesedap rasa. nak dtg, aku dtg. dah masuk meeting agak2 malas dan membosankan, aku keluar pegi pavilion lagi bagus.

kalau duduk ofis pun aku mengkhatam buku breaking dawn lagi bagus. esok2 aku copy pulak GA season 6 bwk dtg layan kat ofis..

kan aku tak perform????? kan kan kan????

dah ler dari cerita pasal benda yang tak berfaedah kat jiwa raga ni baik cerita lain.

seperti..

aku jual tupperware online skang.. tehehhehe... sila le ke www.gettupperwareoneline.blogspot.com
murah woooo.. free delivery lagik kalau beli lebih RM100. malas nak citer panjang kat sini.. pegi la jenguk blog or email aku kalau nak info.

****************************

aku pakai SKII facial treatment essence. gatal kan?  korek2 almari kosmetik aku tgk2 byk sample2 yg aku dpt dulu. try ler.. try punya try.. after like 2 weeks kot, mr p cakap "eh apsal muka u nampak lawa skang?"

FULLAMAK!!!!

mula2 aku tak intend nak continue pakai pasal no 1 - aku tak nampak significant improvement for such an expensive product. and no 2 - it is damn expensive.

tapi sebab laki aku dah puji. and ehem ehem..aku pun membuka skill reverse saiko seperti dibawah

disclaimer - kalau nak guna skill ni atas risiko sendiri ye kawan2..

"lawa eh? hehhe.. i pakai skII.. jumpa yg sample2.. i try ler.. TAPI.. nak continue beli mahal sgt ler..tak pe la kot.."

lalu kakandaku pun berkata "ala tapi klu berkesan.. beli jer la"

note : bila laki korang dah cakap mcm tu toksah buat malu2 kucing lagi.. terus bukak senyum gatal manja sambil berkata "OK!!!"

paham puan2?

********************************

sofeya sgt lah pandai cakap sekarang. antara vocab baru:

mamut = semut
babut = rambut
nyimut = selimut
mimot = remote

aku paling tak tahan kalau dia keluar perangai tantrum and bergolek buat aksi kuak lentang kat shopping complex. tolong la nak oiiiiiiii....

eh korang ingat tak ada satu post aku buat dulu pasal aku dgn mr p tipu balqis about the kotak2 kat ikea thingy? tak ingat ke? aku nak link pun malas nak cari heheh..

well basically like this... kalau korang pernah pegi ikea.. kan nak exit tu kan ada mcm markethall dia yg ada byk kotak2 susun tinggi2 tu kan? aku dgn mr p cakap kat balqis (masa tu she was like 3 or 4 kot) that dlm kotak2 tu ada budak yg nakal and tak mo dgr cakap. so kalau lalu kat area tu budak2 kena senyum and happy2 esle the ikea staff will kurung the budak2.

the trick still works u know.. MUAHAHAHA even sampai zaman adiknyer si piah ni...

balqis sgt la risau bila lalu situ sbb takut adikya kena ambik. jenuh entertain adik dia supaya tak nangis. kebetulan all these while mmg sofeya behave. cuma thari tadi, sbb mengantuk yg amat sgt kot, lalu jer kat situ sofeya mengamuk menjerit sekuat2 alam..

oh no la kan!!!

balqis dah muka cuak pandang kiri kanan.. aku pun apa lagi.. masuk skill acting sket.. dukung sofeya, pandang kiri kanan (mcm aksi pencuri la pulak aku rasa) terus meluru lari sampai ke cashier!!! sampai jer sana, aku pandang kat balqis balik and said "phewwww!!!" sambil lap peluh kat dahi mueheheh...

and balqis said "sib baik maaa.. kalau tidak adik kena tangkap!!"

sian anak aku kan? sampai bila kena tipu ntah ler... muakakakka

balqis ni mmg sayang sgt la ke adiknye. tapi kalau gaduh tak hengat. tak paham btul. kekdg kalau gaduh teruk sgt, aku angkat jer sofeya ambik kunci rumah and said " dah ler.. nak bagi adik kat org lain lahh.." or normally aku cakap "okla meh mama pukul adik nak??" sambil angkat tgn konon nak kasik backhand kat sofeya ngehehehe..

dan dan tu la sayang adik...lupa kejap segala sengketa..  sib baik rumah aku mmg ada 2 stor. dah besar sket esok aku kurung jer 2 ketul tu dlm stor.. bley?

balqis ni kdg2 suprises me la. tadi kunun2 kitorang were talking about moving to subang. and mr p said "ok tak kalau kita pindah subang?"  i was expecting balqis to be like merengek tak mo pindah pasal tanak pindah sekolah.. when suddenly she said "ma kalau kita pindah subang, kena pindah sekolah ke?' i said "yes"

then she said "hmm.. ok lah.. kak qis ok jer kalau pindah subang"

ko biar betul nak oiiii

aku terus cakap kat mr p "ni mesti u dah rasuah dia apa2 ni eh??"  mr p cakap "oiii mana ada!!"

balqis cakap "ok la ma.. i can make new friends... ala kak qis dah 7 tahun. i can always make new friends.."

aku masih belum recover shock muahahhaa...

********************************

she is 7 now. haritu birthday dia, aku pun panggil la ofismate aku dtg umah buat makan2 sket. bought her bicycle for present. got her barbie cake (yang dah janji since umo 4 tahun). sgt seronot dia. as usual nak buat makan2 ni kena ada skill outsourcing.

bihun / mee - maid
kuah kari - maid
karipap - maid (dia volunteer nak buat, sgt sedapp)
buah - kak ani
roti jala - order kat nenek student tuition aku dulu.
agar2 - maid mak aku
air - maid mak aku

SETEL!

gambar2 kat FB ye...

*****************************

aku berehat sebentar dari menengok GA. sbb frust sgt george mati, tak dpt nak meneruskan perjuangan menatap boifren ku si patrick dempsey. so ye abang dempsey.. lain hari kita ketemu lagi ye?

dah ler.. aku nak tido... nite2!!

5 comments:

Alfian_Troxion said...

ko rasa kalau aku yg pakai SKII tu kan, leh tak aku jadik hensem... hehehehe

Cik Puan Kamil said...

Aku sukanya maid hang... kari pun dia buleh buat....

SK11 mahal le... tapi aku nak coba le.... especially laki kau pei tinggalkan aku punya pencuci muka kat Hotel... boleh dak ?

Sayang kak Qis ngan adik ye... Alhamdullilah....

Konot said...

jawa.. ko kena shave dulu extra facial hair tuh utk mendapatkan kesan maksima.. hehe.. kalau tidak rugi wooo habis essence tu lekat kat janggut ko jer..

myra.. coba ler weiii.. aku dah lama sgt teringin.. ni aku rasa i'll stick to it lah.. kekdg yg lebih2 sapu kat muka tu aku tepek kat tangan.. and *mode perasan on* aku rasa mcm even tho tangan terdedah kat sunlight (which normally tgn kita gelap sket from the lengan kan) but surprisingly tangan aku mcm halus and even tone sket. *mode perasan off*

teheheh.. sila lah try!!!

mahal sket tak pe weiii!! nak cantik!!

liadevega said...

konot,
aku dulu pakai satu set sk11 tu tp kulit aku tak sesuwei, lg byk naik jejawat..so aku bg mak aku...and dia sgt sesuwei...sgt cantik kulitnya mengalahkan kulit aku...huwaa...

seronot ke jd staff tak perform? klu aku mesti takdak motivation nak bgn pi kerja pepagi..berenti je la konot oiii....

wawawa...sulah jd tokey tepawer, lawan tokey nampak...tp baguihlah tu....

Konot said...

lia, aku dulu pun pernah try, tapi tak boleh nak pakai whole set. aku mix and match. sabun muka and toner mmg aku kena pakai BML, lain brand mmg tak jalan. essence ni aku tray SKII and ok.. hydration essence aku pakai brand lain, radiance essence pun aku tgh try satu brand ni and NAIK JERAWAT la pulak!!! haihhh..

kena try and error la.. i learned my lesson.. tak berbaloi la beli satu set semua.. try sikit2, one product at a time.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...