04 October 2016

London Trip 2016 - Accommodation at Bayswater

Kali ni aku nak cerita pasal apartment yang kitorang sewa for 10 days and 9 nights masa kat London.

Aku kasik link terus ni ha kat airbnb. Click here

Harga? Tengok sendiri kat link tu. Harga dia berubah2 ikut hari and season (cuti etc). Time we all pegi mmg cuti sekolah. But there are 5 of us. We need at least 2 rooms. This apartment can fit up tp 6 pax

Gambar2 kat bawah ni semua aku ambik from the site itself.

Ada 2 bilik. 



Master bedrrom a bit larger and ada closet. I think dalam closet tu mcm ada babycot (yg folded and kept inside) but not sure coz I never took it out.


Ada sofabed 1 kat hall. 


Dalam closet tu pun siap ada extra blanket and alas utk taruk atas sofabed. Cuma bantal je ada 4 ketul cukup2.Tapi kalau bantal tak cukup pegi la beli bantal kat Primark. Ni kena masuk topik lain. WAJIB shopping kat situ sebab murah hazabedah.


Kitchen. 


So u can cook. (Oven, toaster, microwave, dishwasher, kettle, fridge)

Kuali, pinggan mangkuk, sudu garpu semua ada. Memang senang hidup kat sana!

Washing machine pun ada. 
Tapi tak de dryer. Sangkut je la baju kat mana2 yang boleh.


Actually nearby ada self service laundry. So we tried using the dryer. Sebab tengok harga 1 pound. So dlm 6 ringgit. (yes we calculate everything!).

Was thinking ok la kot. Mahal sikit. Sini 25 minit pun RM4. Boleh lah. Lagipun masa tu asyik hujan so baju tak kering2.

SEKALIK!

1 pound utk 10 minit!!!!

Kau ghase 10 minit boleh kering ke baju? Dah masuk dah pun baju dalam dryer so pasrah je la tambah lagi coin bagi cukup 30 minit.

Cit. 



Towel and brg kat bilik mandi provided.


Bilik air dia seketul jek.

So kalau family korang ni suka memerut 3 org serentak, pandai2 lah ejas masa..heheheh




Location? Betul2 depan Bayswater station.


Tapi sekali pun aku tak pernah naik train kat situ. Ada lagi satu station nearby (dlm 200 meters kot) which is Queensway.  Dua2 ni line yang berbeza so you're gonna have to check it out mana yang kena naik depending on your destination.

Bus station pun dekat. Walking distamce jugak dlm 300 meters. Nak ke Oxford street boleh tunggu bas kat situ dalam 1.50 pound sorang. Kalau rajin, jalan je la. Dlm 50 mins jalan kaki ke Oxford street. 

Area ni, patut la orang panggil Kampung Melayu Bayswater.

Malaysian Hall dekat (selang 2 lane)
Tempat makan halal BELAMBAK
Groceries store banyak
In fact kat each store tu mesti ada section utk halal food.


Lain kali datang memang aku melenggang je. 


This is the building.


Entrance rumah aku (eh?) betul2 sebelah Tesco Express tu. So kena ada access to 2 pintu (bawah and the apartment itself).


Pintu dia canggih oi. (or aku yang jakun). Pakai pin no kat touch screen gitu. Tak de pulak aku ambik gambo. 

So kiranya mmg tak pernah jumpa ownernya pun. Diorang dah email awal2 bagi all the needed info and the access code sekali.


Apartment yang aku dapat ni tingkat 2.


(Ni gambar aku)


Masa sampai kan dah kol 10 malam. Dengan letihnya, sekali bukak pintu bawah nampak tangga menjunam mcm ni. Nak nangis ok.

Tapi rezeki kitorang malam tu. Ada few boys duduk kat luar tengah try nak  masuk (rumah kawan dia tkt 1). So bila mr p berjaya bukak pintu diorang pun tumpang masuk sekali. And menengokkan kitorang ramai pompuan and beg berketul2, they offered nak bawakkan naik.

Aku tanpa was2 terus cakap "THANK YOU!!!!!"


Rezeki jangan ditolak. Kalau nak harap aku angkut beg2 tu memang TAK la kot. Bawak diri sendiri pun aku tercungap!




And, ohhh... Hyde Park pun dekat.

Actually Hyde Park ni sangat besar.  Tapi  nak ke Princess Diana Memorial Playground memang sangat dekat.




Playground ni itself pun sangat besar. Boleh sesat dalam tu!


Tiap2 petang memang mr p bawak Sofeya pegi main. Puas hati betul dia main kat situ. Even made few friends kat sana.


Tempat pun bersih dan terjaga. Everyday memang ramai orang kat situ. Banyak je activity aku tengok org dok buat.


Ni la satu benda yang aku suka sangat kat sana. Bukan tak bersyukur dengan negara sendiri. Cuma bila weather best, kau boleh spend banyak masa buat outdoor activities.

Sini? Most of the time duduk rumah bukak aircond. Hujung bulan meratap bila tengok bil TNB.


Lupa nak update, WIFI sini memang laju. TV pun banyak channel pilih la apa nak tengok.



Well anywaysss


Aku mmg rekemen la kalau korang nak duduk sini. Kalau ada rezeki aku nak ke sana pun maybe aku dok situ gak.

Semoga dapat diskaun utk repeat customer hekhek.


4 comments:

Anonymous said...

Berapa price per day?

Cik Sar said...

Semakin excited daku membaca entry landenmu ini CPK. We want more...

Norliana Abdul Rahman said...

price varies..u cek kat link airbnb yg kasik tu ya..

Norliana Abdul Rahman said...

ciksar beb..haku pun eksaited. nanti jap nak mengarang ni lagi ye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...