09 April 2016

Umrah Trip Part 2 - Raudhah

Cerita nak masuk Raudhah ni aku terdetik nak post sebab its a heck of an experience for me.
Baca cerita orang, nak masuk Raudah ni bukan senang. Berebut2 orang masuk. Then banyak tips aku dapat, pakai tudung/telekung hitam nak masuk sana.

Mula2 aku mcm konfius. Why hitam? Kalau tak hitam tak boleh masuk ke?


Logicnya adalah..

Nak menyamar jadi orang Arab.

Sebab ramai sangat org nak masuk, pintu nak masuk Raudah ni dikawal. Ada time bukak, ada time tutup. (Utk pompuan, utk laki rasanya mmg bukak). 

So bila time tutup, org dah ramai beratur tunggu luar pintu. 

Utk memudahkan lagi nak kawal, org ramai di classify ikut kaum.

So belah2 Arab satu bahagian. Belah2 Malaysia/Indonesia bhgn lain. Tatau la camne diorang classify, agak2 muka je kot.

Kalau muka aku ada chan masuk belah2 Pakistan kot :p


And ppl are saying diorang selalu kasik belah2 Arab masuk dulu.

And  normally belah2 Malaysia/Indon ni selalu pakai telekung putih. 

Soooooo thats why we wear black. So kindda boleh masuk dgn geng org Arab (diorang kan selalu pakai hitam?) so dgn harapan boleh masuk dulu.

Itu yang aku paham. 





Jerawat seketul besar.


Side story japs. Aku dah jumpa skin specialist. My skin is in its worst condition now. Yang dlm gambar ni is nothingggggg. Tu citer lain nanti. Dokter kasik 3 bulan nak treatment. Hopefully sempat la by raya aku nak lawa.



Nasib baik ada adik ipar aku Angah ni. Dia mmg dah biasa buat umrah so she knows the way around there. 


Masa pintu belum bukak, tak yah la nak gi beratur depan2. Sebab nanti dia nampak muka, terus dia halau


"Ibu ibu di sana!!!"


Disuruh kau pegi kat tempat Malaysian/Indonesian berkumpul.


So ikut tips Angah ni, duduk je la kat mana2 nearby. Pas tu tunduk2 sket muka kang nampak nau muka Melayu/Jawa. Sellfie/Wefie sila kurangkan :p


Pintu dah bukak, baru kau pegi masuk.


Orang memang RAMAI ya rabbi.

Ikut la kemampuan masing2. Kalau ko nak masuk dan solat dgn selesa kat dalam tu, sila LARI. Sebab jarak dari pintu ke area Raudah aku rasa dlm 200 meter ada kot. So kalau kau jalan lenggang kangkung, alamat memang kau tak masuk la Raudhah.


We RAN together. Kepit tangan masing2 kiri kanan and we pecut bagai nak rak. Aku dah terbayang2 betapa sesaknya and ntah dapat masuk ke tidak.


Angah was telling us "Raudah carpet hijau!!!"


Sampai satu area aku lalu carpet merah and there it was RIGHT IN FRONT of me terbentang CARPET HIJAU seluas2nya


Terkesima jap aku.


Eh sampai dah? Tak de orang???

OK well bukan la tak de org. Cuma tak ramai org. Masih byk tempat utk kau solat dgn selesa.
Alhamdulillah rezeki aku. First time masuk dpt mcm tu.


Tapi tak lama la. By few minutes org dah mula penuh dan bertolak. Dpt 4 rakaat solat then sila keluar. Jgn selfish nak lama2 sgt. Org lain pun nak jugek.

Ramai org dok ambik gambar. Which makes it even more susah nak bergerak. 2nd time I went, alhamdulillah dpt juga masuk. Cuma tgh2 solat tu tetiba menderu2 ramai org masuk and sampai pijak2 kepala Angah yang tengah sujud.

Aku yang tengah tahiyat akhir terus brenti solat tarik Angah and Balqis bangun. Sebab dah dengar Angah jerit2 "Ya Allah!!!" then tengok atas kepala dia ada orang!!!


Nasib tak jadi apa2. Dah keluar tu boleh la gelak2. Time bersesak tu agak panic jugak la. Sofeya memang aku tak bawak masuk. Dia tu dah la kecik and kurus. Aku rasa boleh patah tulang tangan dia time bersesak2 tu. Balqis dah besar so tak pe la. Aku bawak bagi merasa experience.




Budak comel.

Dia memang seronok trip ni. Katanya nak pegi lagi cuma dia kata

"Tapi these people are sooooo rude!!!" 


Yeah I know what you mean baby...huhuh





Kat Masjid Quba.


Pun ramai orang. Eh tak de tempat yang tak ramai lah. Pegi mana2, kau kena alert and hati2. Memang senang nak terpisah dengan group. Nasib anak aku 2 org je, memang ke mana2 aku pegang kiri kanan. Hilang orang lain tak pe, yang penting anak ada depan mata.

Kat Masjid Quba ni pun, memula nak masuk tu jalan sekali dengan Angah and Mak mertua aku. Tunduk bukak kasut, bangun, diorang dah tak de. So aku masuk solat dgn geng yang lain. Masa nak keluar, tunduk pakai kasut, bangun, ehh diorang pulak hilang.

Balqis dah panic sebab dia tau sangat sense of direction aku ni tak boleh pakai. Bukannya keluar pintu masjid terus nampak bas.

Tapi alhamdulillah nampak mr p tengah tunggu kitorang. Nasib baik. Kalau dia tak tunggu memang haru jugak aku nak mencari bas.


OK la nanti sambung citer lain pulak k...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...