17 November 2015

Result UPSR Balqis

Ada yang dah tau kot. Tapi kalau tak tau, meh la layan kan rasa debaran aku ni sama2..

Actually, aku honestly tak kisah dan redha dgn apa2 pun result dia. Yang penting dia dah tunjukkan usaha bersungguh2 dan improvement yang tersangat bagus.

Dari 3A, 1B, 1C awal tahun, dia study hard sampai dpt 5A dlm pre trial and trial UPSR.

Nak kata konfiden tu, mmg tak la. 50-50 I suppose. Memang rasa mcm ada harapan utk 5A, tapi takut gak kecundang sbb masa trial tu ada subject yg dpt 80++ jugak. Sipi2 la tu kan..




Result keluar 17hb, kebetulan sekolah dia buat Hari Anugerah Cemerlang (HAC) hari yang sama. So kol 12 la baru sekolah akan announce result lepas habis majlis.

Thing is, utk HAC, Balqis dpt 2 anugerah



Peningkatan Prestasi



Tokoh Murid (Perempuan)



Kauuuuu tak ke bangga tahap dewa???


So as early as 7.15 dah sampai kat sekolah utk majlis HAC.



Dapat anugerah utk Peningkatan Prestasi. Award ni utk students yang memang nampak progress yang konsisten dari awal tahun. See, sbb tu aku kata aku tak kisah apa result dia. Sbb progress itu lagi penting!




Ni time dapat anugerah Tokoh Murid (Perempuan). Dia berdiri ala2 model kat situ while cikgu baca biodata. Lahir kat mana, cita2, mak ayah keje apa. Mr p kata "u cakap la ayah saya gymnast negara, mak saya model hijabista"

-________-


Celah mana datang gymnast aku pun tatau. Kot aku yang model ok la gak kan ahahhahahhahahahpuihh


Anyways, aku nangis kodi2 time nih. Terharu kau. Mama bangga sangat dgn Balqis.


Ok back to concern aku.

I said aku tak kisah kan result dia? Tapi skang ni aku risaukan Balqis sbb dia PRESSURE.


Dah jadi Tokoh Murid, kalau tak dpt 5A acaner uols???


Dah naik pentas 2 kali plak tuh. Dah la masa announce result 5A kena naik pentas. Takkan tak dpt kot???


Lepas dapat anugerah masa dok lepak and tunggu for result, panic sampai nak muntah pun ader si Balqis ni. Aku cakap nak cek SMS tak.. get it over with? Dia tak mau, nak tunggu surprise katanya. Fine. Kau jangan pitam kat sini. Satu hal plak malu ai okeh?


So tunggu punya tunggu, akhirnya sampai masa cikgu announce.


Ok la malas panjang citer, Balqis dpt 5A.

Alhamdulillah, syukur.

Aku mcm terkedu, happy, tak percaya pun ada.

Tapi yang best sbb dgn aku , mr p and sofeya skali naik pentas miahahha.. Mmg dijemput parents skali nak bergambar. Tumpang glamer ai. Rugi ai pakai tudung instant jek, kalau tau naik pentas aku lilit shawl 15 kali kat kepala :p




Tahniah Balqis. Mama daddy sangat2 bangga dgn kamu.

Usaha Balqis selama ni dah mendatangkan hasil. Dari average student Balqis dan membuktikan yang dengan usaha dan doa Balqis boleh jadi the best!

But please jangan lupa, this is not everything. This is just the beginning. Jauh lagi perjalanan dan cabaran nak ditempuhi. Dan paling penting, ni hanya ukuran akademik sahaja. Banyak lagi aspek lain dalam kehidupan yang perlu Balqis ambil sama berat, contoh akhlak, agama, sports.

5A does not mean anything kalau solat tak jaga, tak hormat org tua dan perangai pemalas. 

Aku salam and peluk all her teachers. Sebak nak nangis. Terharu dan berterima kasih sangat2 pada semua cikgu sekolah dan cikgu tusyen dia.

Congrats again my girl. Mama doakan semoga Balqis akan terus lebih berjaya dan menjadi insan yang baik budi pekerti.





4 comments:

Aunty Amy said...

Congrats Balqis!

Norliana Abdul Rahman said...

Thank you amy!

Cik Sar said...

Congrats balqis..

Norliana Abdul Rahman said...

thank you cik sar! anak ko camne beb?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...