Walaupun hari Isnin patutnya kita mulakan dgn senyuman dan fikiran yang positif... tapi... whatevs. Merempan dlm blog tetap kena walaupun ni citer seminggu lepas.
Aku baru register utk pickup poslaju (under company). So dah excited sgt nih!
Berangan mcm2.
Tak payah pegi poslaju lagi hari2. Boleh spend more time kat rumah petang2 doing so much more work.
Paling best boleh extend cutoff time utk order Kay Parlour. Skang lepas kol 1 aku dah tak ambik order. Sebab by that time bebudak balik skolah, sibuk uruskan makan minum, keje skolah, pack brg, dekat kol 3 jugak aku kuar rumah pos brg.
Tak nak lewat sgt sbb takut terlepas cutoff time dgn poslaju plak. And paling penting aku nak elak jem. Latest pun by Asar aku kena ada kat rumah balik sbb nak uruskan hal rumahtangga lagi.
So kalau ada pickup (Poslaju told me area aku akan dtg pickup between 4 - 6pm). boleh la extend sampai 3pm at least :)
So on Monday I called.
Ambik details bedebuk bedebak. Katanya latest by 5.30pm kalau tak de org dtg, call again.
5.30pm tak de.. I called again (the Hotline)
Ambik lagi details, verify again. Rupanya poskod aku salah. Dari 40300 jadi 47180. Ntah mana dpt jauh sgt tersasar. Fine. Katanya 5.50pm tak dtg lagi, call again.
5.50pm tak de.. I called again (Hotline.. again!)
REPEAT. AMBIK AND VERIFY details. Kalau 6.30 tak de, call PPL SHAH ALAM.
6.30pm tak de. I called PPL SHAH ALAM.
TAK DE ORG JAWAB.
Brengset mereng keraput.
Dah la aku puasa. Mr p pun puasa. Azan je, solat maghrib dah berdesup semua ke Pos Ofis Shah Alam. Have to la kan? Org dah order, org dah bayar, aku dah janji akan pos hari yang sama!
Dlm hati mmg maki tak kira dah. Rasanya mmg negatip kot pahala posa aku..tskkk..
Sampai ke sudah, tak de org dtg, tak de org call.
Esoknya (Selasa). PPL SHAH ALAM call aku.
NAK AMBIK DETAIL AGAIN!!!
HOI!!
Kali ni aku tak puasa so seronok sket marah org.
Rupa-rupanya.. driver salah alamat so pergi ke Damansara sbb sana ada Seksyen U20.
Alamat aku Seksyen 20.
Make sense kah???
LANGSUNG TAK MASUK AKAL.
That is.. if you have one!
Tapi kena bagi credit pada staff PPL yang call aku pagi tu, sebab bukan salah dia tapi dia jugak yg kena marah tapi tetap cakap elok2 and minta maaf.
Tapi aku sangat2 kecewa dgn service pickup ni. And no.. sampai skang aku tak pernah call lagi nak guna service ni.
I have made official complaint to POS and to my account manager. Tapi belum ada apa2 tindakan. (not surprised there)
Until then.. ke Empire (Poslaju agent) la kita hari2!!!
No comments:
Post a Comment