29 October 2014

Weight loss 3.0

Kenapa 3.0? Sebab seingat aku ni kali ke tiga seumur hidup aku yang SERIOUSLY nak kuruskan badan, or specifically get back in shape in a healthier way.

Nak diikutkan sibuk kurus, dari dulu2 zaman sebelum kawin lagi gedik nak kurus tapi tak tau cara yang betul. Asyik tahan makan, pas tu eksesais ntah apa, ambil pil la, sapu losyen la.. 

On off gitu gini, biasa2 berat aku 47-48kg.



Weight loss 1.0 seingat aku tahun 2006-2007 camtu.  Berat aku time ni mencecah 56 kg!!!




Bangga plak tuh senyum depan camera!


That is almost 10kg terlebih muatan. Tapi yang best aku tak rasa gemuk. Hebatttt..

Motivation untuk menguruskan badan masa ni adalah..ehem... mr p lah. Time DIA NGORAT AKU (kena bagi besar sbb dia selalu kepoh aku yg usha dia ceh) one of our activities adalah pegi gym sama2. Masa tu pulak ofis aku mmg dekat dgn Fitness First so mmg selalu lah aku join fitness classes.

Time ni makan so so, tak de la menjaga sgt. Tapi sbb aku mmg kuat workout, so berhasil jugak la.



Time kawin 2007. Dlm range 48kg mcm tu. 



Then branak Sofeya, badan x naik2 sbb breastfeed. Makan mmg champion lah aku ni. Sampai org suspect ada cacing dlm perut aku ni sbb asyik makan manjang tapi x gemuk2.


Best sungguh, Mmg syorga.


Weight loss 2.0 hujung tahun 2012, masa tu dah brenti breastfeed for more than a year. Tapi perangai makan cam bela hantu raya masih diteruskan. Hasilnya...




55 kg. FIFTY FREAKING FIVE.

Masa ni mmg agak serious menguruskan badan. Tambah pulak mr p pun sama2 jaga makan and workout and dia sendiri dah berjaya hilang about 30kg. So motivation kali ni adalah kena jadi kurus and cun sbb kalau husband kau kurus and hensem kang sapa susah?


Makan mmg jaga. Workout mmg intense and I started joining running events masa ni.





Malas nak godek gambar, recycle gambar dlm entri sblm ni.

Berjaya turun paling rendah mencecah 46kg. Bodyfat rasanya dlm range 20-21%.


And now, biasa lah.. manusia mmg cepat lupa. Perasan kurus manjang. Makan especially, mmg aku tak jaga for these past few months.



Hasilnya, Weight Loss 3.0 skang ni lah. Sebab berat aku, dah mencecah 50.5kg. Bodyfat dah 22.5%

Citer kat kakak aku, dia nak sedap kan hati

"Hang berat muscle kottttt"

I wish. Tapi kalau perut dah bertingkat2 lipatnya... impossible la muscle.


*nangis*


Sila ambil perhatian, tinggi aku 150cm je. So for 50kg at my height, adalah gemoks.


Skang ni, plan is JAGA MAKAN and WORKOUT.

Baru 2 minggu camtu. Masih x nampak hasil. (acaner nak hasil kalau pegi melaka makan nasi berkodi2!!!)

Tapi tak pe, kita bersabar dan teruskan usaha. 


Hopefully by end of the year dapatlah berat and body fat yang diingini. 

Dah.. tu je nak citer. 











1 comment:

Anonymous said...

Jangan putus asa ! Turun naik mmg senang. Yang susah skali nak maintain. Take it as a long term goal rather than short term of 3.0 kg. Good luck yer. Yang penting semangat kuat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...