09 September 2014

TM Fan Run 2014



Kejadian Ahad lepas.

I ran 15km. Don't ask me timing ke makming ke haper.. aku mmg sgt slow.

Tapi yang penting habis ok?

Nak mengata aku slow, at least aku lari. Korang lari ke dak?

Ok PMS, agak emosi. Abaikan.


Sblm terlupa nak share pasal sakit lutut aku. I have been consuming supplement utk joint consistently for few mths now.



Glucosamine & Chondroitin. Tapi bukan la brand ni aku ambik. Ntah apa brand pun tak ingat.


Nak kata bagus sgt sampai x sakit langsung, idak ler. Cuma yang aku rasa beza, kalau dulu lepas 2 km je aku dah start sakit lutut. Then lepas lari tu, berhari2 sakit lutut yang hazab sampai nak jalan pun susah.

But now, masih sakit lagi but kalau long distance cam almost 10km tu baru start rasa. Then the next day tu alhamdulillah dah tak sakit dah lutut. 

Lutut je la.. tapi my hamstring and whatevs muscle kat kaki ni masih sakit hazabedah.


Well anyway, this run I think so far yang paling challenging in terms of the route. 

Bukit bukau uols.

Rasanya seluruh ceruk Bukit Tunku tu aku dah masuk. Masa Energizer run tu lalu jugak Bukit Tunku tapi sebab malam jadi tak nampak sgt area tu.

Kali ni siang, terang benderang. Nampak segala rumah2 kat situ. Rasanya tak de rumah yang tak de guard. Semua rumah orang ader-ader..besar2 cam istana. Ish mana korang dapat duit byk2 ni ha?

Eh rumah aku pun ada guard gak aper?? Tapi share dgn 15tingkat x 8 bijik rumah x 2 blok


Tapi in terms of air, memang meriah boleh buat mandi. Bagus lah, unlike Energizer dulu. In fact aku siap bawak 1 botol mineral kecik masa lari takut jadi cam dulu lagi.


Aku habis lari, as usual mr p dah duduk2 bersenang lenang. Nothing new..

Aku pegi ambik medal, tgh2 panas sakit kaki ni.. pas tu mr p tunjuk henfon dia..


"Eh ehhh meh tengok sini!!!"

"Menda?"



Gambar dia SELFIE dgn KJ tahu!!!

*ok gambar dia tak de, dia tak mo whatsapp kat aku hmph*


Selfie ok!!!! 


Dah la sakit kaki, tambah sakit hati lagi ader la. Tak cukup dgn KJ, dgn wife KJ pun mr p sempat ambik gambar.


Urut dada akak menahan jeles.


"U nak ambik gambar dgn dia (KJ) pegi la.. dia ada lagi kat sana"

"Mana?"

"Yg ramai2 org kerumun dgn monopod tu la dia. Ttapi cam kesian la tgk dia, dah la lari 10km, erobik lagi, pas tu tak habis2 org kerumun nak ambik gambar"



Aku nak jugak!!! I donch care!!

So aku heret mr p pegi jugak.

Memang betul seperti yang dikata, mmg ramai sungguh org. 

Almost impossible la nak ambik gambar.

Satu sebab ramai sgt org, mana kau nak menyelit?
Dua sebab bodyguard dia kiri kanan muka dah mcm nak marah suruh org ketepi.
Tiga sbb aku ni kemetot sgt so nak panggil KJ bergambar tu rasa cam kena lompat2 bagi dia nampak aku.

He is tall ok. Mmg fits the criteria Tall Dark and Oh So Handsome!


Tried to selfie tapi kalut sgt dgn henfon blom ready. Tapi nasib la mr p yang oh so lagi hensem (kena up sket) tolong ambik gambar.




Sila nangis ramai2 hakahkahkhakhaka


Ok sila abaikan muka aku yang terlebih excited. 

Gila tak excited jumpa hero malaya???


Nak buat sign peace pun dah jadi cam terencat jari aku.
Sengih pun tak tercontrol lalu menyerlahkan ketembaman aku.

Lantokkkkk.

Yang penting dia pandang kamera aku okeh!
And dia buat peace jugak auuuwwwww suka ai tau!


Terubat sakit kaki :)






























No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...