Day 2.
Bangun pagi, solat, and mr p terus ajak pegi jalan kat beach. Sebab aku malas, aku guna alasan balqis masih tidor so mr p pegi dgn sofeya dulu.. hahhaa.. tak sampai 10 minit mr p call suruh turun jugak. Sbb cantik sgt kata dia, rugi kalau tak jalan... nak tido pegi balik kl okeh!
So kitorang jalan kat area resort. Memang cantik sgt la resort ni. Have I mentioned betapa cantik? Well maintained. Kat beach pun ada org dok sapu2 sampah kauuu.. kat resort lagik la. Every morning ada org tukar fresh flowers nak hias landskap.
kat jeti..
Then kitorang pegi breakfast. Buffet breakfast. Quite ok jugak foodnyer. Ada nasik lemak (nasik jugak kau cari konotttt.. dasar perut kampung!) bungkus kecik2 mcm 50 sen gitu.. sedap!. Kat kl tak de dah bungkus kecik2 ni.. tapi dah bungkus kecik, minimum pun 3 bungkus aku balun! Hak hak..As usual, nampak makanan, aku lufer nak ambik gambar. Mmg pelahap!
Lagik satu benda kena improve, (or not) sini mmg kurang sgt baby seat / high chair. With 7 kids, mmg la semua tak dpt nak duduk high chair. Kitorang conclude, maybe resort ni mmg tak target utk families. Org2 yg bercuti as couples, honeymoon jek yg byk pegi sini. So tak la child/baby friendly sgt. In fact mr p kata Game Room for kids pun agak buhsan..
Lepas makan, semua masuk pool. Elok kan.. perut penuh, terjun pool. Heheh.. feduliksss.. ni vacation. Nak kontrol2 kalau.. balik ghumah!!
Tapi pool dia lagi satu aku menci tauuuu. Pool for adults, paling cetek pun is 1.45m. Tinggu aku 1.5m. Sila calculate. Maknanya, ada lagik 0.05m utk aku ditenggelami air. Wadehel??? Konfem la aku tak berendam kat situ dgn sofeya. Balqis ok.. dia ada floaties aku buleh lepas dah dia berenang sendirik. Tapi sofeya ni even ada floaties aku tak lepas la sorang2. Tapi kalau aku pun tak lepas, cemaner nak jaga budak kan?
Ni la masalah kalau bantut niehh.. mencik!!!
Maka semua mak2 and budak2 masuk pool bebudak. Bapak2 nyer jer yg pegi swim.
Again, kitorang conclude, kat sini target utk mat saleh kot, tu pasal pool pun dalam. Tak de target utk org2 bantut cam aku ni.. :p
Gambar kat pool ilek. Semua lupa diri berendam.
Later, para bapa2 semua pegi activity kayak. Bestnyer!!! Tapi tak pe.. mak tak jeles.. sebab ada activity yg lebih menarik utk para ibu2.. hehehe.. So while the fathers pegi kayak, the mothers and kids sambung berendam.
Selesai berendam, (sampai dah kena paksa keluar pool) balik bilik, mandi and aku suap bebudak makan maggie kenyang2. (bawak stok maggie kauuu..) Dah wangi2, dah kenyang2.. mr p pun balik from kayak. Lepas semua org dah setel down, maka tibalah masanya utk para ibu pegi ke…
SPA!!
SPA!!
SPA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Aku memula agak reluctant, pasal knowing that mr p pun penat, sian pulak kan dia nak menjaga bebudak. Tambah pulak time2 after lunch mcm tu time sofeya tgh cranky nak tido, haihhh.. tak senang hati aku nak meninggalkan diorang. Tapi mr p kata okay.. pegi jer.
Perghh.. kecik tapak tangan, eh.. apa peribahasa tu? Apa2 je la kan.. dah la org bayarkan pegi spa, org nak baby sit anak kau lagik.. kau nak tolak konot? Kat pangkor laut okeh.. kalau spa kat kl tak pe la kau nak tolak pun..
So kol 12 kitorang para ibu2 pun pegi Spa.. hehe.. SPA!
Nama tempat tu SPA VILLAGE. Kena naik shuttle jugek nak sampai ke sana. Tempat tu, Masya Allah, sangat cantik. I have lost count dah brapa kali aku sebut cantik kat dlm post ni. Tapi this place (Spa Village) memang sgt lawa.
*Gambar spa aku tak ambik pakai kamera pasal tinggal kat bilik. Ambik kat henfon je, yang mana aku tak reti nak transfer kat PC. Maka korang tgk je la kat fesbuk aku okeh.*
Ada tempat makan and pool by itself. So org yg dah sign up for spa package boleh guna facilities kat situ. Spa package ada belambak. Paling mahal is RM4000, for couple spa, 1 whole day punya package. Siap ada yoga2 bagai aku tgk. Amikkk.. 4K kau.. kalau kuar spa tak jadi lawa mcm Jennifer Lopez aku tatau nak cakap apa…
Aku ambik package yg tgh promotion. 80 minutes strawberry massage and 30 minutes chocolate body scrub. Perghh.. stoberi dgn cekelat yewww.. moga2 bebudak tido awal mlm tuh
The place is nice, the staff is super friendly. Dah sampai time for appt, we were escorted (escorted okehh.. kiranya mcm ada sorang satu bibik). Dah la hujan renyai2, so diorang yg payungkan kitorang nak jalan pegi masuk spa.
Sumpah aku terasa mcm VIP kejap. Berangan jadik datin seri hak hak hakkkk..
Memula diorang scrub kaki. Sungguh weihh.. mmg setiap gerak geri nko, diorang yg aturkan. Mcm nak angkat kaki from basin to stool,diorang yg angkat kan, pas tu nak pakai kan sandal pun diorang pakaikan!! Bukan takat main suruh2 pegi sana sini. Ini mmg layanan yg best giler.
Dah scrub kaki, masuk Female Bath House, and tukar baju, diorang pakaikan mcm sarong jer. I tot, the package was only massage and scrub. But nooooooo… ada bermcm2 lagik yg dibuat prior to the massage!
BEST!!!!!!!
Lepas tukar baju, diorang suruh berendam dulu mcm dlm kolam, ada air pancut, kat open air okeh. Bukan kolam cam bathtub tu.. ni mcm natural punya kolam, ada batu2 mcm sungai2 gitewww…
Open air okeh. Sgt best. Well.. open air tapi tempatnya tertutup la. Gilo haper aku nak berkemban depan2 orang.
Dah berendam kejap, naik pulak ke tempat mcm ada steam. Ni utk kita inhale/exhale. Elok utk paru2. Ada 4 tempat, each with different ingredients / herbs and for different2 function (detox la, haper la..)
Dah habis tu, masuk mcm bilik mandi, bersihkan badan sket. Comel jer tempat ni. Ada stool kecik nak duduk, mandi pakai gayung. Cute.
Lepas mandi, masuk balik another kolam, hot water pulak. Sedapnyer berendam air panas. Open air jugak. Boleh tgk pokok2, langit.. dgr bunyi2 kat hutan. Bliss…
Sib baik tak de monyet dtg ngintai! :p
Selesai berendam, diorang scrub blakang badan kita. They call it Shanghai Scrub. Tempat nak buat scrub ni pun mcm exclusive gila. Mmg kau konfem rasa mcm Cleopatra kejap kat situ.
Ni blum start the actual massage lagikkkkk..Oh yes, from one place to another, pun diorang bawak kau. Its like form one house / to another. Best!
Yg ni pun dah makan sejam aku rasa..
Then diorang bawak aku nak pegi massage. Dah tukar another sarong, then minah ni bawak aku jalan, and tetiba aku rasa mcm dia nak bawak aku keluar from the place to an open area. (out from the female bath house).
Ehh… aku tgh brkemban okehhhhh.. panic kejap…
“Ehh. Nak pegi mana ni?” Aku tanya
“Kita ke another pavilion, (they call it pavilion) untuk puan punya massage” Dia kata
“Kena keluar ke?” Aku yg blur and kampung ni tanya
“Iya… and puan can relax sebentar di library (open air library) untuk santai dan menikmati view” Dia kata
Cantik muka.. ingat aku nak santai dgn kemban2 gini??? Mampos..
“Ehh.. saya mcm gini aja… ada sarong lain tak? Mau tutup badan dan rambut?” Aku tanya.
Eiishh.. aku rasa sungguh kampong masa tu. Nasib la. Giler la aku nak jalan tgh2 org dgn kemban2 mcm tu. Malu ai tauuuu nampak kerak2 di badan kuuuuu…
So dia pun ambik la 2 towel nak cover badan and rambut aku. Again, aku conlude, memang la tempat ni cater byk utk non muslim. Sbb agak kureng sensitive sket di situ…
Tgh jalan tu, dia boleh tanya kau lagi if aku nak duduk and santai dulu. Tak pe la dik.. no thanks. Kang lucut kain kemban aku.. sapa nak tanggung? Turun sale pangkor laut resort kang sbb ada org claim nampak dugong atas darat..
So aku pun masuk ke my massage pavilion. And started my stoberi massage, yang ohhh-sooo-sedap-sampai-aku-tertido. Then followed by the yummilicious cekelat body scrub. Seriyesly bau sungguh sedap. Aku siap tanya cemaner nak buat scrub tu lagik.. hak hakk.. senang ghupernyerr…
Dah selesai scrub, showered and berendam dlm tub for its so called champagne scented bath. Again, aku yg kampung ni tanya ok ke champagne ni? The lady cakap bukan apa pun, cuma lilin yg diorang pakai tu scent champagne, utk soothing and distress.
Ohhh ye ke.. akak tak tau dik nonnn.
Selesai sudah semua.
BEST.
5 bintang la aku kasik. Seriyes. Aku pun balik bilik dgn rasa sungguh fresh mcm baru bangun tido. (dgn bau stroberi and cekelat ngeh ngeh)
Sampai bilik, the girls and mr p baru bgn tido. Mr p said bebudak semua well behaved. Heran kejap aku. How come? He said sbb dia bribe bebudak, nak pegi beach petang ni semua kena TIDO! Hahahha So tutup TV, lampu semua, and willingly smorang tido..
Aku sampai bilik pun almost 4 pm dah. Lama giler kat spa. Berbaloi2 la dgn amount yg dibayar. Mmg highly recommended lah kalau korang nak pegi. Kalau ada budget, ambik la yg couple spa tu. 2K for half day and 4K for one day session.
Aku? mcm teringin nak the couple spa. Tapi memikirkan 2 ribu? mak aihhh.. nanti la aku pk lagi 16 kali.
So okay.. sampai bilik, siap2.. and kitorang pegi Emerald Bay beach again. Pendek kata, mmg best and smorang enjoy.
Balik beach, siap2 and dinner. Kali ni dinner kat area hotel je. Tak de dah nak pegi uncle lim yg jauh2 bagai2. Tengok menu.. OMG OMG. Nasi goreng kampong pun RM75 okeh… kalau menu yg lain tak yah citer. Pandai2 la korang agak sendiri rege dia berapa.
Tapi yg best dinner kat sini, kalau menu yg tak de, boleh request utk custom made. Like for the kids, mintak buatkan spageti lah, goreng nugget lah.. and for sofeya, since dia request sotong, we ordered masak sotong semata2. Habis semangkuk sotong dia sorang makan.
Another best thing about here is that sbb dia private resort, so senang hati nak biar bebudak main. Mak bapak buleh duduk berborak and the kids boleh play around nearby.
Habis dinner, balik bilik and tido!
Day 3 bersambung nanti ye..
No comments:
Post a Comment