Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

24 June 2016

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api



Yang lain lauk sampingan. Nak citer ni aku masak ketam!!



Believe it or not ni first time aku masak KETAM. Yesss seumur hidup tak pernah weih!!


Ni sebab mr p pegi pasar dgn mak dia. Aku tak sihat kot haritu. So balik2 je dia cakap


"I ada beli ketam. My mother dah potong and cuci siap. Nanti masak yeh"


WHATTTT?????


I tak jamin yehhhh the outcome!! hahah


Tapi actually tak payah mana pun nak masak ketam. Siap call adik ipar aku tanya mcm mana nak tau dah masak. Rupanya kalau dah merah2 tu dahla yeh? Kejap je.. ingat lama nau!

Cuma leceh sbb besar. Mcm dalam kuali tu 2 ekor aku masak. Penuh satu kuali!



So the resepi!


Actually resepi ni jugak yg sama aku guna utk masak ayam lemak cili api. Cuma kalau ayam tu kena masak lama sikit. Ketam on the on the other hand, masak kuah dulu, then baru masuk ketam.

Bahan-bahan (agak2 sukatan)
Bawang putih / halia / cili padi - tumbuk halus
Kunyit serbuk (cos I dont have kunyit hidup)
Daun kunyit
Santan
Garam
Air
Minyak masak


Cara masak
Panaskan minyak. Tumis bahan yg tumbuk tadi. 
Masuk air, daun kunyit, serbuk kunyit and biar masak.
Masuk santan, perasa dgn garam.
Last sekali masuk ketam. Tutup periuk and biar sampai ketam warna merah2.


Siap!!


Sedap berganda2. 



04 February 2016

Resepi Ayam Masak Gajus

Lama tak share resepi kan?


Ni masak last week. Janji nak update resepi tapi sampai ke sudah tak de masa nak update.

Anyway,
Meh try yang ni. Memang sedap! (ikut tekak aku la). Well if you're a fan of Kung Pao Chicken and whatever yang similar, you will love this.




Resepi googled dan di improvised ikut apa yang ada dalam dapur.


Nama dia actually AYAM MASAK GAJUS.


Ni bahan2 and cara2 buat.

Gajus dalam half cup, goreng tanpa minyak

Ayam (I use 10 ketul wing & drummet, potong kecik2), marinade with garam, kunyit, tepung jagung and minyak bijan.

Goreng ayam separuh masak, ketepikan.

Bawang merah 1 1/2 labu, bawang putih 3 ulas, halia seinci, hiris nipis2, dan tumis all 3 items dengan 2 sudu besar cili giling. Pakai lebihan minyak goreng ayam tadi.

Masukkan, sos cili (2 sudu besar), sos tiram (2 sudu besar), kicap cair (2 sudu besar), kicap manis (2 sudu besar) dan minyak bijan (1 sudu besar)

Last sekali masuk ayam and gajus tadi and biar sampai masak.


Senang kan?


Actually gajus ni kitorang tak makan sangat, tapi ikut resepi, gajus ni akan menaikkan aroma masakan. Memang betul. Sebab bila aku masak same thing, without gajus, mmg lain dan kurang sedap rasa dia.



Try la ye.. pas tu jemput aku makan :)

23 August 2015

Resepi mushroom soup buat sendiri bukan tin punya!

Tau tak aku dah terer masak mushroom sup?

Niat nak try masak sendiri dah lama nau tapi sbb malas godek resepi. Sup Campbell tu mmg la sedap tapi masin and sikit nau mushroom dia.

Few round jugak aku trial and error. Ada resepi pakai santan, tapi sumpah tak sedap. Tak tau la kot korang suka.

So ni resepi yang aku dah improvised sendiri ikut apa yang ada kat dapur.





Bahan-bahan


Mushroom button yg fresh, chopped, dalam satu mangkuk.
Bawang besar, chopped, dalam 3/4 mangkuk.

Agak2 gitu la nisbah bawang : mushroom

Butter and olive oil
Freshmilk
Thickened cream
Thyme
Chicken stock
Garam/pepper
Air secukupnya


Cara-cara



Panaskan butter and olive oil, tumis bawang sampai layu
Masukkan mushroom, tambah sikit air and masak agak lama (dlm 10 - 15 mins) sampai air tu kaler cam coklat as though the juice from mushroom dah keluar. 

Tambah thyme sket
Tambah fresh milk 
Tambah thickened cream 
Tambah chicken stok.

Pandai2 la..aku pun masih agak2 sukatan.


Pas tu pakai hand blender.. ke apa nama dia ni ntah..yg ko celup dlm periuk and blend.





Once dah blend, texture akan jadi pekat macam mushroom sup dalam tin tu.


Depends la..kalau air terlebih mmg cair la jugak. Tapi sumpah sedap uols. Baru la terasa btul2 mushroom sup!


Dah blend ni baru la kot nak agak taruk garam/pepper utk perasa.


Sometimes aku tak taruk pun sebb chicken stok dah cukup masin.


Sorry ye gambar dah siap tak ada. Sebab terus pelahap masa tengah panas.


Dasar kebulur :p



Kalau nak bagi lain sikit, boleh grate carrrot masuk dalam tu. Atau potong ayam kiub kecik2, goreng sikit bagi garing and masuk dalam sup masa nak hidang.

Sedap and healthy.


Selamat mencuba ye :)



24 July 2015

Resepi : Ayam Masak Halia

Helo melo!

Dah nak weekend ni korang mesti dah get ready nak masak best2 utk family kan? Meh nak share resepi yang lazat lagi simple dan semestinya healthy!





Bahan-bahan

Ayam (5 drummet and 5 wing)
Bawang merah besar half, hiris nipis
Bawang putih 3 ulas, hiris nipis
Halia sebeser ibu jari, hiris nipis
Cili padi 2-3 bijik, ikut tahap kepedasan korang nak.
Daun bawang
Kicap cair 
Sos tiram
Garam and black pepper
Minyak utk menumis
Air nak bagi kuah


Cara masak

Tumis bawang merah, bawang putih, halia and cili padi.
Masukkan ayam and air, tutup kuali and biar agak2 sampai 3/4 masak. Kalau kering tambah la air.
Masukkan kicap cair, sos tiram, daun bawang, and perasakan with salt and pepper.
Biar sampai ayam masak and tahap kepekatan kuah yang diingini.


Siap!


Ni kalau makan dgn nasi panas2 pas tu pecahkan cili padi oh my!!!!

*lap ailio*


On side note, actually kalau nak skip part menumis tu, and just put everything into the kuali one go pun boleh je. Pernah dah aku buat. Lagi senang keje tak payah byk step nak menumis bagai. 

Cuma kdg2 nak try cara baru. 


Try la mana korang rasa best ok!


09 January 2015

Resepi Kung Pao Chicken

Hari ni angin rajin. Jom kita kongsi resepi.

Tapi ni bukan blog resepi ye. Saya juga bukanlah tukang masak hebat kebabom. Kalau nak try atas risiko sendiri :p


Kung Pao Chicken ni masakan Cina. Aku selalu makan ni kalau pegi Madam Kwan. Mmg mak mertua lalu pun konfem tak perasan kalau hadap lauk ni!

Tapi nak masak sendiri mmg hazab tak reti. My benchmark wajib sama mcm kat Madam Kwan, without the kacang.

Tried few recipes sebelum ni tapi semua leceh, and end up tak sama langsung. Kecewa!


Jadinya semlm, selepas meng-google beberapa resepi, maka aku hentam buat cara sendiri yang rasanya lebih simple and cepat.


Bahan-bahan

Ayam (seeloknya pakai bahagian isi, cepat nak masak, aku pakai ciken wing je potong kecik2)
Cili kering potong 2-3 bhgn
Bawang putih /merah dan halia hiris 
Sos tiram
Sos cili
Kicap pekat
Kicap cair
Garam
Tepung jagung
Minyak masak


Cara-cara

Gaulkan tepung jagung, garam dgn ayam.

Goreng ayam sampai 3/4 masak and ketepikan

Pakai minyak yang sama (kurangkan sket agak2 jgn byk sgt nanti kuah tu minyak je semata), tumis bawang, halia and cili kering.

Masukkan sos cili, sos tiram, kicap pekat and kicap cair.

Agak2 la, aku pun tak reti nak sukat. Asal lebih kurang sama byk je semua.

Masukkan ayam yang dah goreng tadi and masak with the kuah.

Perasakan dgn garam.





90% sama mcm Madam Kwan. Jadik la.

Tapi sbb Madam Kwan punya RM20++ sepinggan maka otomatik aku punya jadi sedap.


Ni punya pasal aku makan 2 kali semlm. 

Cis!


13 September 2014

Resepi Nasi Minyak

Assalamualaikum,


Helo uols, hari ni kita akan belajar cara2 memasak Nasi Minyak and lauk pauk serba sedikit. Tapi sila ambil perhatian, resepi  ni adalah yang simple dan bukan fancy schmancy. As you may know, kalau resepi tu ada bahan2 lebih dari sepuluh item memang aku gerenti fail.

So tanpa berlengah, mari copy paste atau printscreen.


Bahan-bahan Nasi Minyak

1 cawan beras (I use Taj Mahal herba ponni je, biasa org pakai beras Basmathi)
Minyak Sapi/Ghee 3 sudu besar

*Bahan tumisan*
Bawang besar medium 1/2 biji, hiris halus
Bawang putih 3 ulas, hiris halus
Halia 1 inci, ketuk
Buah pelaga 4-5 ketul
Bunga lawang 2 ketul
Kulit kayu manis sebatang (actually mine habis so aku tabur je serbuk cinamon, jadikla)

Pewarna merah and kuning (sukati la nak taruk kaler apa pun)
Garam and bahan perasa
Daun pandan

Cara-cara

Tumis bahan tumisan dalam minyak sapi sampai naik bau.
Masuk beras yang dah dibasuh and goreng for a while.
Put everything in rice cooker, and masukkan air mcm sukatan masak nasi biasa.
Masukkan garam and bahan perasa
Jangan lupa masuk daun pandan!!!

Bila nasi dah masak, cucuk2 few holes from the top utk drop the pewarna. I forgot to ask my sister dia cucuk pakai apa and how big the hole should be. So aku hentam je ambik pisau makan tu, cucuk2 agak lebih kurang.

Nak drop the pewarna plak, tetiba aku blur nak drop mcm mana. Kalau silap haribulan tertuang banyak jadi lain plak kan?

I guess kalau ada mcm tempat penitis ni would be perfect


Tapi tak ada.. so kita improvise.

I just celup hujung sudu yang kecik and drop bit by bit into the nasik.

Dalam 4-5 titik each color, spread around the nasik.

Dah sudah, kacau the nasik all over make sure sampai bawah pun kena.


Nice or not???

Gitu je. Senang kan?

If you notice aku tak pakai susu cair. Most of the recipe aku jumpa mmg akan guna. Ikut kata kakak aku, tak pakai pun x pe. And I also think ok je rasa. 

Mr p pun kata sedap, tak yah tukar2 resepi dah. 


Resepi ayam merah and daging dalca esok-esok la ye?

06 July 2014

Resepi nasi ayam

Assalamualaikum,


Sebab hari ni hari Ahad, mesti korang nak masak best2 kan?

Apa kat kita try masak nasi ayam ala che puan konot ecewahhhhh





Tapi ada gambar ayam je. Jadik la kan?


Nasi ayam ni sebenarnya nak buat senang sebb mcm masak nasik and satu lauk je. Tapi mr p jenis wajib ada banyak lauk so dia mintak bergedil.

Ai kan mithali? Harus masak apa yang dia mintak

#tengah pk nak henbeg apa


Ok jom tengok resepi



A. Bahan-bahan untuk sup

-1 sup bunjut adabi
-Ayam agak2 lah untuk satu family makan
-Bawang besar 1 biji medium hiris kasar
-Bawang putih 4 ulas ketuk
-Halia 1/2 inci ketuk
-Garam dan bahan perasa


B. Bahan-bahan untuk sambal / cili 

- 4 biji cili merah buang biji
-1 biji cili padi (tak payah kalau tak suka pedas)
-Sebiji tomato medium
-3 ulas bawang putih

*blend bahan di atas*

-Sos cili


C. Bahan-bahan untuk kuah kicap 

- Sos tiram
- Kicap manis


D. Bahan-bahan untuk marinade ayam

- Sos tiram
-Kicap manis
-Salt and pepper


- Daun pandan untuk masak nasi
-Serbuk kunyit untuk masak nasi


Cara-cara masak 

Masukkan semua bahan-bahan A, renihkan atas api sampai ayam 3/4 masak.

Keluarkan ayam, tunggu sejuk, campurkan dengan bahan marinade ayam (D). Perapkan. 

Masak nasi mcm biasa, tapi guna air sup tadi, tambah daun pandan and serbuk kunyit sikit.

Dah blend bahan-bahan utk cili (B), masak atas api, campur dgn kuah sup sikit and sos cili. Agak2 la ejas campur sos cili and/or garam sampai rasa dia best.

Campurkan bahan nak buat kuah kicap (C) with kuah sup and panaskan atas api. Same here, pandai2 la ejas rasa dia, nak tambah garam or kicap/sos tiram.


Dah siap.. jangan lupa ayam ye adik-adik!!!!


Ayam yang  marinade tadi, boleh la masuk oven, bakar dlm 30 minit cukup. Sebab tadi dah masak dlm sup. So tak yah lama2.


Kalau nak, tambah bawang goreng and daun bawang dlm sup :)


Fuh.. panjang rupanya resepi... esok-esok la update resepi bergedil yek?


Selamat mencuba!






04 July 2014

Resepi berbuka puasa (and resepi sambal tumis)

Assalamualaikum,


2-3 hari lepas aku tergerak nak tengok stats blog ni. Terkejut aku tgk the visitor bertambah 2 kali ganda!


Check2, rupanya korang cari resepi iye???

Hihihi... kalau korang try2 resepi aku pas tu tak menjadi, sila salahkan air tangan masing2 ye :p


Ni alang2 cerita resepi, aku nak kasik resepi sambal tumis. Dulu aku pernah share sekali resepi ni kat sini. Then masa kat Melbourne awal tahun ni aku start guna cili giling brand Singlong




Serious sedap pakai cili ni.


Rasa lebih natural mcm blend cili kering sendiri. Selalu kala kita beli cili giling mesti dah tambah asam/garam. Yang ni mmg tak de tambah apa2.


So here is my updated resepi untuk sambal tumis. Normally aku buat banyak stok untuk seminggu makan.

Bahan-bahan

-2 bawang besar size medium
- Half labu bawang putih
- Halia dalm stgh inci

*blend semua bahan di atas*

- 3 senduk cili giling
-Garam / bahan perasa
-1/3 sudu kecil pes asam jawa adabi
-Minyak masak secukupnya


Cara-cara
-Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan blend dgn cili.
-Masak api slow, biar lama. Kalau kering, tambah air and kacau lagi.
-Aku mmg masak lama, dalam sejam lebih camtu (because sekali masak mmg banyak), sampai sambal tukar color merah pekat kehitaman camtu, agak2 sampai cili dah garing.
-Masukkan asam, garam and bahan perasa.

Siap sudah.


Because aku masak banyak sekali, normally aku tak de tunggu betul2 garing. Lama sangat kot!

So aku simpan dlm fridge, bila nak guna, aku potong bawang besar, tumiskan, then cedok 2-3 senduk sambal and tumis sampai garing.

I feel that when I do this (tumis additional bawang) the sambal rasa lagi sedap. Then kalau nak tambah bilis ke, campur ayam ke, terpulang masing-masing.



Gambar sambal kosong tak de, sambal bilis petai pun boleh la ye?


13 June 2014

Kenangan gulai / kari ikan (resepi sekali)


Sapa warga jati Penang anak mami angkat tangan!


Aku pun tak tau la how do you define anak mami / mamak ni. Tapi arwah tok wan (datuk) aku (belah ayah) from Pakistan. Datang sini migrate and kawin tok (nenek) aku. So tu pasal muka ayah aku mmg sebijik hero hindustan. Siap dulu naik flight pegi India (visit kak yah  buat medic kat sana) org dok cakap bahasa Urdu dgn dia. 


Tapi tok (belah ayah), and grandparents belah mak aku mmg pure melayu. Ke campur bugis..ntah. 


So, whatevs lah. Janji cun *tetiba*


One thing aku ingat sangat kalau balik kampung (belah mak aku), tok aku (Tok Siti) memang terer masak kari ikan. Tapi belah Penang org panggil gulai ikan. Boleh kata hari2 dia masak gulai sbb tokwan mmg hari2 makan gulai ikan.


Then the next morning, panaskan gulai and cicah dgn roti for breakfast.


Heaven I tell you!


The next one yang pandai masak gulai sebijik like Tok Siti is of course mak aku. But my mother hasn't been cooking in a long time so memang dah lama aku tak makan gulai ikan yang sesedap dulu.

Even kari ikan kat mamak like Pelita, Kayu Kandar etc pun tak sesedap ni, in my opinion lah. Ye la taste masing2 berbeza kan?


Kata mak aku ada cara nak masak. Seingat aku, rempah kari dia (lepas dah jadi paste) mesti sama byk dgn air asam. Well more or less mcm tu la. Don't really remember the exact rule.


I have never masak gulai ikan in my whole life. Tapi berkat keinginan yang menggebu, aku gigih la beli brg nak masak kari ikan.



Pakai brand BABA'S. Almost semua rempah2 aku mmg pakai ni. Sedap!


Kat belakang peket ni ada resepi. Tapi cam banyak je bahan. Pas tu takut x jadi mcm yg aku nak, so as usual kita roger orang Canada (kak ani lah, sapa lagik) suruh kasik aku resepi. Padahal kol 12 thari sini, kol 12 malam sana. Sanggup la dia bangun tido nak Skype sbb ada kitchen emergency :p


Ni resepi yang dia kasik:

- Bawang putih, bawang merah, rincik haluih2 (potong kecik2)
-Biji sawi, daun kari
-Rempah kari babas
- Air asam 
-Ikan (aku pakai ikan tenggiri)
-Bendi (kalau nak, aku x de bendi so x pakai pun)
-Minyak masak
-Garam

Boleh refer kat peket rempah tu kalau nak agak2 sukatan, aku tak reti nak kasik sukatan.

-Tumis bawang, biji sawi and daun kari 
-Masuk rempah kari (yang dah campur air sikit and jadi pes)
-Masuk air asam
-Masak sampai rempah dah masak
-Masuk bendi, tunggu sampai bendi masak
-Masuk ikan
-Tambah garam



Ni bukan gambar aku, ni ambik from sususejat.com


Kari aku dah tinggal 1/4 of the tenggiri so huduh la sangat nak ambik gambar!



But the rasa?

Terbaek I tell you. But I have to admit, masih belum rasa sebijik mcm mak/tok siti aku buat. Perhaps combination rempah and asam x betul. Or maybe aku pakai asam paste Adabi instead of asam jawa yang kena manual perah tu. Perlukan prektis lagi kot. But kalau nak compare dgn kari kat mamak, kari ikan aku mmg boleh la nak setanding! ececehhh.. sapa lagi nak puji kan?


Kat mr p, sedap..tapi sbb dia mmg x minat sgt kari ikan, so x de komen lebih2.

Sofeya? No komen. Dia cuma makan sotong kunyit jek. Hmph. tak adventure btul budak ni!



Balqis?

She loves it! Makan bertambah2. Esok pagi nya bakar roti plak cicah kuah kari :)


Next week kita buat lagi ye?





14 April 2014

Resepi roasted chicken yang konon mcm omputih

Assalamualaikum,


Konon nak blog pasal resepi every Friday.

Sudah la konot! Kau tu bukan main banyak itu ini nak buat last2 semua kelaut! Puih!


Laut pun laut lah, ni ha nak kasik resepi sementara rajin apdate.



Ni mmg 100% resepi aku tak de cilok  mana2. 

Asalnya, beli buku resepi bukan main belambak masa Big Bad Wolf haritu. Tapi, tiap kali aku belek buku resepi, bahan2 dia dah kemain sampai satu page penuh. Dah tu, out of 10 bahan, 3 je kot aku paham. Yang lain tu jenuh aku nak google tengok gambar cemaner rupa.

Penat hoi. Dari sejam je elok2 kat dapur, dah sepetang aku keje dok menggodek resepi.


So roasted chicken ni, kira2 nya inspired by resepi omputih lah. Tapi dah jadi ikut selera and ikut bahan apa yang ada dlm fridge aku masa tuh.



Bahan-bahan

Ayam (agak2 dlm 2 bhgn whole leg)
Bawang merah sebiji medium, potong besar2
Bawang putih dlm 4-5 ulas, ketuk jek
Salt and pepper
Rosemary, oregano, thyme serba sedikit.
Daun ketumbar
Satu sudu kecik olive oil.



Masa aku tunjuk ayam ni kat Balqis, dia boleh cakap

"Nampak mcm profesional jek, tapi rasa ntah mcm mana la kannnn"

-_____-





Cara masak

Tabur je la semua benda kat atas ayam. I used pinggan yang boleh masuk oven tu. Aku tabur jek, tak de kacau pun. Sebab baru buat menicure

#tiupkuku
#lempangdirisendiri


Tutup dengan aluminium foil, bakar dlm oven dlm suhu 160 degrees for about 1 hour.

Lepas dah masak tu baru la aku kacau kasik rata kuah dia. It will have kuah pasal kau bakar covered.




Camni la rupa selepas dimasak. Kurang beberapa ketul ayam dah disitu :p



Honestly aku mmg suka ayam ni, pada aku mmg sedap. Tapi aku x berapa suka nak makan dgn nasi. Kalau buat ratah, or maybe makan dgn mashed or baked potato, maybe sedap. Tak de rasa mcm lauk melayu sgt.

Ni second time aku buat. Masa first time dulu kemain mr p and balqis puji sedap. Second time ni, agak kureng laku.


Puas aku dok pk di mana silapnya.


Rupanya ada lauk lain yang lebih best mlm tu.



Sambal bilis + tempe uols!!!


Balqis mmg  hantu tempe and mr p mmg hantu sambal.

Who needs fancy schmancy roasted ciken when you have sambal bilis + tempe???


Kesian ayam aku jadi bahan recycle nasi goreng je esoknyer.


Lesson learned : Lain kali kalau dah ada sambal bilis tempe tak yah susah2 masak ayam.





28 February 2014

Resepi simple : Kari ayam masak dalam oven

Assalamualaikum,


Dah kata nak share resepi every Friday, kebetulan semalam aku masak ni.




Actually dah pernah share resepi kari ayam kat sini. Tapi ni version untuk orang rajin.

Semalam versi kurang rajin. Adat la suri rumah, ada masa rajin masak, ada masa tu Ya Allah hai pemalas hazab Tuhan je yang tahu. Di masa2 tu mmg Dominos Pizza je la jawabnyer :)


Semalam malas2 pun, masak jugak. Tapi yang simple. I recently suka masak guna oven sebab senang. Tak yah sental kuali, tak yah bertenggek tepi dapur.

So semlm tot of masak kari ayam pakai oven.


What I did

Ayam untuk satu family makan
Bawang besar 1 medium, potong besar 6 bahagian
Bawang kecil 3 ulas, ketuk je.
Serbuk halia, garam, bahan perasa, serbuk kari, satukan dgn air bagi jadi pes. Agak2 la byk mana each bahan tu. 
Tuang everything (ayam, bawang2 and pes) tutup with aluminium foil and bakar.


Aku bakar lama, dlm 1 hour kot. In between aku kuarkan and kacau bagi rata. Nak make sure rempah kari masak betul. Alternatively, I think boleh masak dulu pes tu atas api then tuang ke ayam and bakar.

But defeat the purpose untuk tidak jadi penunggu di dapur, so mari lah kita tuang je semua masuk oven.



Tak de minyak

Tak de santan

Very the healthy. 

Ok je I think rasa dia. Tak de la sesedap kalau masak campur minyak and santan bagai. Tapi kalau nak healthy, nak cepat, mmg sangat best.


Also sesuai untuk para ibu2 yang sibuk. Balik keje nak bersilat kat dapur bagai. Kalau mcm ni, silat 5 minit prepare barang, masuk oven and dah boleh pegi mandi and uruskan anak.


Lepas ni, nak try buat masak merah dlm oven.. hehehhe

21 February 2014

Resepi mee kari ibu mertua iols (kuah jek, bahan2 lain and mee nyer pepandai la)

Assalamualaikum,


Sebab hari ni dah Jumaat, and weekend ni mesti ramai para ibu/isteri yang sibuk memasak kat dapur, so I thought of sharing this resepi for you to try.


Come to think of it, every Friday kita share resepi nakkkk???


:)



Ekceli mmg banyak resepi u can find utk buat mee kari. And most of it aku google mmg sket lebih kurang jek. Tapi cara mak mertua aku buat  ni lain sikit and tu pasal aku rasa sedap and lain.


So ready, set...sinsing lengan baju and masak!!



Bahan2

-Ayam potong kecik2
-Fishcake/fishball/sotong/udang whatever haiwan kau nak masuk dlm kuah.
-Puff tofu potong la sukati
-Kacang panjang/apa2 sayur nak masuk dlm kuah

*bahan blend*
-Bawang besar
-Bawang putih
-Halia

*rempah nak tumis*
-kayu manis
-buah pelaga
-bunga lawang
-satu senduk cili giling
-3 sudu besar rempah kari daging (campur air jadi pes)
-Daun kari

-KULIT UDANG

-Santan
-Garam


-MIL aku suka pakai kerang (yang belum kopek) but aku tak buat sbb malas nak kopek :p


Cara2

-Kulit udang tu, rebus dengan air sampai dah merah2, pas tu tunggu sejuk, and blend sampai hancur. Tapis, ambik airnyer sahaja.

-Tumis rempah2 di atas together with the bahan2 yang dah di blend (bawang etc) 

-Masukkan air kulit udang tadi

-Masuk segala haiwan yang dah potong tadi, sayur, and the tofu.

-Masuk santan.

-Masukkan garam secukup rasa





Ni aku buat dulu kala. Semalam baru buat mee kari tapi lupa la plak ambik gambar.

Ekceli kulit udang yang buat kuah tu sedap pada aku. Sbb rasa udang tuh. Kalau MIL aku buat mmg sedap sbb dia pakai kerang sekali. Apakan daya menantu hantu dia pemalas nak kopek kerang.

Kalau aku buat, tauhu kering tu mmg bersepah aku taruk. Sebab aku suka sangat ratah kuah dgn makan tu jek.


Ni resepi kuah je ye. Sila rebus mee sendiri and buat la apa2 barang hiasan korang nak. Nak makan dgn nasik pun boleh. Tak de org marah :)


Sekian, selamat memasak!


16 January 2014

Resepi : Ayam goreng rempah

Assalamualaikum,


Hari ni nak share resepi ayam goreng rempah yang simple dan lazat tak terkata.


Simple in my definition adalah mengandungi bahan2 seminima yang mungkin. 5 or less ingredients adalah terbaik!

Simple to me also means tak de bahan yang aku perlu google untuk memahami apa kebenda tu and see how it looks like.



So bila aku google resepi ayam goreng rempah, I found this one resepi. Tak ingat dah kat mana, but ni bahan2 and cara yang aku guna.


Bahan2 : 
(aku tak taruk exact sukatan so pepandai la)

Ayam
Bawang merah
Bawang putih
Halia sikit
Ketumbar 1 sudu kecik
Garam and kunyit


Cara-cara

Tumbuk bawang, halia and ketumbar sampai lumat
Satukan semua bahan diatas plus yang dah tumbuk and marinate kat ayam.
Pas tu boleh la masuk dlm airfryer selama 25 menet at 180 degrees.


Siap sudah!



Gambar a bit blurry sbb dah lapar sampai gigil. :p


Tapi sumpah sedap makan dgn nasi panas!


KLIK HERE : EPHYRA PROMO


13 December 2013

Resepi ayam masak merah / ayam sambal

Assalamualaikum,



Aku perasan la, blog ni kalau aku letak most popular entries, memang tak lain tak bukan pemenang jatuh kepada entry resepi!


Resepi uols! 


Tak pernah la aku termimpi nak kasik resepi kat org. Kalau sedap, alhamdulillah. Happy to share them with you. Kalau tak sedap, err... err.. salahkan air tangan masing2 ye :p


Ok hari ni puan2, saya nak tunjukkan cara2 memasak ayam masak merah / sambal.

Ada beza ke? Whatevs la kan... Janji sedap kat tekak.



Walaupun nampak sememeh tapi dont judge the ciken by its look!


Bahan-bahan

Mak hayam agak2 utk 4 org makan

*untuk lumur kat ayam*
Garam
Kunyit

*blend*
Bawang merah sederhana sebijik
Bawang putih 3 ulas
Halia sikit


Cili giling 1 senduk
Minyak untuk menumis
Tomato sederhana sebijik potong sukati 
Garam




Cara-cara

Lumur garam kunyit kat ayam, goreng and ketepikan. Pakai airfryer tahu!

Panaskan minyak, tumis bahan blend, cili giling and tomato. Sampai masak. Lama2. Kalau kering, taruk air and masak lagi sampai kaler dia gelap and kering

Masukkan garam (and gula if u want).

Masukkan ayam yang dah digoreng tadi. 

SIAP!


Optionally, you can add bawang besar yang potong bulat2 masak kuah tu dah hampir masak. You can also add daun ketumbar sebagai hiasan.



Aku mmg tak letak, pasal mr p and balqis konfem akan kuis2 keluar semua bawang and daun2. Pas tu dok komplen kuah aku semak bersepah. Hmph!


You can also gantikan tomato with asam jawa/asam keping as agen pemasam. Aku mmg suka pakai tomato in all my cooking. Sebab it adds the nice texture to the kuah and the rasa masam is nicer compared to asam keping. 

Well ini preference aku lah :)


Selamat mencuba ye :)



KLIK HERE : EPHYRA PROMO

08 November 2013

Resepi : Kari Ayam sedap maveles

Assalamualaikum,



Hari rajin, terus up 2 entry :)


Dulu aku rajin masak kari. Tapi masih belum jumpa cara and resepi yang membuatkan kari aku btul2 sedap. End up lately kalau teringin aku akan masak kari instant Brahim atau Mak Nyoya.


Tapi lama2 tekak mcm teringin makan kari manual masakan sendiri. So hari ni since x busy sgt marilah kita masak kari manual.


Siap masak, nak makan terasa mcm sedap la plak. In fact mcm kari paling sedap aku pernah masak. Tu yg menggebu2 up entry resepi. Bukan apa, supaya in future aku sendiri x lupa resepi.


Sorry Pak Berahim and Mak Nyonya. 



Tapi resepi ni tak de la exact sukatan cam dlm buku Chef Wan. Chef Konot blom pandai nak buat sukatan. Pandai2 la korang iye.


Bahan-bahan

- Ayam. Nak tukar kambing pun boleh je.
- 3 sudu besar kari ayam/daging BABAS.
-3 ulas bawang putih.
- 1 inci halia
-Rempah : kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih
-Bawang besar medium sebiji
-Biji sawi 1 sudu kecil.
-Air, agak2 la nak buat kari byk mana nak pakai.
-Asam jawa (I use Adabi)
-Garam & bahan perasa
-Santan low fat 1 kotak.


Cara-cara

- Tumbuk bawang putih and halia sampai hancur.
-Mix rempah kari dgn air sikit utk dijadikan pes.
-Satukan ayam, bawang putih, halia, rempah (kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih), pes kari and air dlm kuali. Masak sampai  ayam masak.
- Masukkan asam, garam and bahan perasa.
-Masukkan santan.

Your curry will look like this.


Ni version terbanyak kuah. Sbb anak2 aku suka makan dgn roti canai.



-Potong nipis bawang besar
-Dalam kuali lain, tumis bawang besar dgn biji sawi.



Tumis sampai bawang jadi kaler cekelat.


Siap tumis, tuang everything into the curry.



Maap ler kuali aku tak sememeh. 


Ni kalau tak salah org panggil tumis darat kot.



Sedap ya amat. Tadi lunch tambah 2 pinggan nasik. Ish ish ish. 


Ingat cukup sampai ke dinner rupa2nya mcm kena tambah ayam je lagi.


Selamat mencuba ye :)


KLIK HERE : EPHYRA PROMO

09 October 2013

Resepi daging masak kicap - Resepi potong campak and biar masak

Assalamualaikum,


Punya lah lama tak update blog. Kesian.. kesian.


Busy ntah apa. Mengalahkan retis. Puih. Banyak sangat cerita tertangguh. Cerita bulan 1 pun aku dok perap. Tapi asyik buat cerita basi je, tak best. Meh kita selang seli dengan cerita resepi.


I like to cook, tapi aku malas kalau masak yang renyah2. Contoh paling senang, rendang manual pun aku tak pernah buat lagik. Sekali tengok resepi pun aku dah surrender. Ye la, nak makan bukan ramai sangat. Makan 5 minit, masak kena bertapa kat dapur 2 jam. Nevermind!


So most of the time, aku akan masak resepi yang simple2. Ni aku nak share my very own version of daging masak kicap.





Tak tau lah pada orang lain, but pada taste buds aku and balqis, memang sedap ya amat. Sofeya, tak berapa minat sbb ada rasa pedas2. Dia lagi suka kicap cap kipas udang :p


Mr p? Dia tak berapa suka sgt sbb dia kata too heavy the taste. So kekdg tu aku alter sket2 bagi tak pekat sgt rasa. 



Bahan2 :

- Bawang besar sederhana sebijik, sliced.
- Bawang putih 3-4 ulas, sliced
- Tomato sederhana sebijik, potong 4 bahagian
- Cili padi ikut suka lah nak tabur berapa byk nak makan nanti. Don't potong otherwise your kuah will be so pedas. Masuk je sebijik2 mcm tu. Nanti nak makan baru pecahkan kat pinggan masing2.
- Cili giling / blended 1 sudu besar
- Daging 1 peket yang dah siap potong pasal aku mmg pemalas nak potong daging (or can guna ayam agak2 dlm 1 bhgn whole leg and 2 wings.)
- Kicap manis, sos tiram and kicap pekat. Ni pandai2 la agak, nak cakap berapa byk pun aku tak sure sbb selalu aku tuang terus dlm kuali.
- Garam and bahan perasa (kalau perlu)
- Air dlm setengah cawan


Cara2 :

- Tuang semua bahan2 (kecuali kicap2 and sos tiram) dlm kuali.
- Bukak api (eh mesti la api, takkan bukak aircond ye dok?). Kuali make sure tutup. Kakak aku ajar kalau kuali tutup lagi cepat masak sbb the heat trapped will help to cook it faster.
- Agak2 dah mendidih and daging separuh masak, tuang semua kicap2 dan yang seangkatan dengannya.
- Tutup kuali and tunggu sampai masak atau dah mencapai kepekatan kuah yang diingini.
- Setel sudah!

Sangat simple bukan?


Tak payah kau nak bertapa depan kuali tuang one barang after another, tunggu minyak pecah la haper la.

And note that aku tak pakai minyak langsung in the resepi.


Kata nak fit and fabulous. Gituh.


Kalau aku buat masak merah pun lebih kurang la. Cuma kicap2 tu aku gantikan dengan sos2 yang patut and tambah serai.


And yes, aku tak goreng dulu ayam tuh (kalau pakai ayam). Sebab, sebab... malas. Masak mcm ni senang. Plus balqis pun suka sbb ayam/daging jadi lembut.


Pas tu kuah tu aku suka lebih2kan. Supaya esoknya boleh buat lauk telo masak kicap plak.


Bijakkkkkk memang bijak!




Memang dengki. Saja nak sabotaj selfie aku.



KLIK HERE : EPHYRA PROMO





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...