Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

28 January 2017

Wedding Jaja

Jaja = Adik bongsu mr p

Kiranya ni last la wedding in the family buat masa terdekat. Next in line tunggu Balqis la.. heheh



Mr p yang nikahkan sendiri. Amboi bang, mcm you je nak duduk menikah khennnn..

Jgn salah skrip ye bang!


Ni second time dia nikahkan adik dia. 3 younger sisters. Angah got married before we did, Shikin in 2014 (kot) mr p nikahkan and now Jaja.

Time nikahkan Shikin dulu, mr p did not expect utk nikahkan. Get ready sebelah tok kadi je la. Sekalik tok kadi suruh nikahkan. Terus berdebar mengalahkan pengantin!

Kali ni, better lah. Dah praktis skrip.



4 of us.

Payah nau nak ambik gambar family. Yang ni je la paling elok. Janji muka aku elok. Hahahahhahahahhaha


Panggil MUA ok nak mekap 3 beranak. Oberrrr mak kau kan.

Lantok ler. As I said earlier, ni last wedding for a long time. Harus all out nak melawa.

Over2 aku pun tak se over Sofeya. Dia ni, bila tau ke aku nak panggil MUA, terus tanya

"Ma, kawan ma ni boleh buat ke apa adik nak?"

"Adik nak apa?"

"Errmm.. tatau la lagi. Tapi eyeshadow nak kaler biru la"


Nasib la MUA ni kawan aku si Shae Taib (ig @shae_taib). Pandai2 la ko handle anak aku nanti. Hahah





Aku dgn Balqis serah je muka. Tak banyak songeh. 




Tapi budak niiiii!!


Sebab masa dok mekap aku, dia perati. Perati satu2 step ok!

So bila mekap dia (of cos not as heavy as mine) dia question Shae

"Kenapa tak pakai eyeliner mcm mama?"

"Kenapa tak ada shading mcm mama?"


Hambikkkk


In fact baru ni, dia dok godek makeup aku. Dok tanya "mama tak de shading brush ke? Dia wide and thin, mcm kawan mama punya tu!"

Pitam la kalau bawak masuk Sephora mcm ni!



With my pretty sis in law Shikin.

Time wedding ni, dia almost habis pantang. Tapi tengok dia mcm tak lepas beranak pun. Berat dah sama mcm aku (which not so ringan, but considering dia baru beranak I mean hello??). Badan pun kurus mmg tak de nampak langsung lepas beranak.


Dimanakan keadilan???????




Pengantin tak berapa nak baru.

The night before kami anak beranak cirit birit. Janji nak sampai dewan kol 8.30. Tapi pakat keluar masuk toilet smorang, so kol 8.30 baru gerak from rumah. Nasib dewan tu dekat je. 5 minit dah sampai.


All in all, it was a beautiful wedding.

What makes it even more beautiful sebab whole family is there.



Payah nak together2 semua ni. Sbb biras aku yg lagi 2 org tu keje jauh2.



Cantik kan gambar family?




Izzat and Jaja


Lawa melampau2 adik ipar aku ni. Sebab dia ni jarang mekap. Sbb naturally dah lawa (I hate yewww). So bila mekap pengantin ni, ya rabbi pesal berseri2 sungguh???


To both of you, selamat menempuh alam rumahtangga. Akak doakan semoga korang berbahagia till Jannah.












20 June 2016

Krik krikkkkk

Gitu.. bunyi blog kekdahnya.

Sedar tak sedar dah 14 hari puasa. (ke 15?). Lauk ke, sahur ke, satu haper tak post kat ig/fb. Ada la kot sekali tu post lauk sardin sebab rasa cam sedap habis!!



Life's simple pleasure.


Padahal at the same time ada ketam lemak cili api and lauk ayam. Tapi yang ni jugak aku hadap sampai 3 pinggan and sampai sahur esoknya!


Semalam pun, masak ketam cili telur. Tapi sebab aku tak minat sgt ketam so tambah lauk telur masak kicap. Fuhhhh 3 pinggan jugak jalan! Balance2 kuah kicap simpan fridge. Sahur tadi goreng telur and makan lagik!!


Time puasa ni rasanya aku makan nasik lagi banyak dari time biasa. Kalau tak puasa, I only eat nasik once a day maybe pagi/thari. Puasa? 2 kali  beb..hahahha Acaner nak kurus.


Anak2 aku tak sihat pulak few days back ni. Tapi rasanya memang generally bebudak ramai yg sakit. Anak2 sedara aku pun yg kecik2 semua sakit. Balqis demam/selsema. Sofeya paling teruk. Pakej demam/selsema/batuk/tonsil bengkak andddd lelah!

Kesian btul. Berturut2 pegi ambik nebulizer kat klinik. 


Hari ni (Monday) memang masih tak puasa and tak sekolah. Nampak mcm dah getting better tapi aku nak bagi rehat sampai btul2 recover. Lelah ni bukan boleh main2. Kang sesak napas kat skolah lagi haru.


Tapi as usual, time sakit ni la kau boleh tengok 2 beradik ni baik. Peluk2, sanggup buat apa je for each other. Time lain?? Kem salam weih. Kalau tak bertekak sehari memang tak sah!!


Last Friday pegi klinik ambik neb. So otw balik tu Sofeya sibuk nak text Balqis.





Comel je diorang ni kan??


Masa nak type nebulizer, Sofeya sibuk tanya aku.  Tapi type temperature tak de pulak dia tanya. Rupanya konfiden je dia eja!!


Boleh la dik... yang penting konfiden!!



25 March 2016

Umrah trip and stuff

Hi korang!

There's too many things been going on lately yang I need to blog about.

Sebelum umrah trip, i went to IMKK program by Dr Azizan Osman.
An excellent program I must say!
Need to blog about it soon supaya aku sendiri tak lupa.


Then few days after our umrah trip.

Yang ni banyak sangat benda nak cerita. Dah balik Isnin haritu but today (Friday) masih lagi terasa kepenatan.

Dari Isnin memang non stop tak de rehat lagi. Tambah hujung bulan and rezeki Allah nak bagi order masuk non stop.

Ini bukan komplen tapi syukur.


Cuma nak bagitau aku penat sgt sampai nak update blog mmg tak de masa.
Ni pun curi masa update kat henfon sementara tunggu Sofeya balik sekolah. Keluar awal sikit sbb nak tapau lauk.

Ye aku sejak balik mmg x de masak. Beli, makan luar je keje. Rumah pun belum kemas.

Siang tadi lepas breakfast baring balik sbb kepala mabuk nak muntah.

No, bukan pregnant.

Baring2 sampai tido lena mulut stok nganga tak hengat. Kol 9.15 mr p kejut dia nak pegi ofis dah.
Hantar la ke pintu dgn mata terpisat2 and rambut cam hantu kak limah.

Nasib kau la bang..bini camni. Tapi tetap cun kat hati u kan?

Bluek.


Oh and 21 Mac haritu besday Balqis ke 13. Ni pun kena blog post asing.


And oh oh muka aku masih banyak jerawat. Pasrah dah aku. I think something wrong with my hormones kot. Sbb naik non stop. Stok besar2 and mark hitam2. Walaupun muka aku dah hitam tapi jerawat lagi hitam. Acaner tu.

Im thinking of going to skin specialist. Im that desperate. See how next week. Apa2 pun nak buat next week. Biar aku rehat dulu.


Okla..nanti sambung. Babai.





05 November 2015

Nak sangat masuk keje balik tapi..

Sedar tak aku dah 3 tahun berenti keje?

Harus lah celebrate. Sepanjang aku keje 13 tahun, on average 2 tahun sekali aku job hop. Ni kita terer sket la, dah 3 tahun aku pegang takhta CEO kat rumah. Aku la CEO, aku la COO, aku la CIO. Gila kuasa, gitu.

Tapi kuasa veto tetap mr Director aka mr p. 

Aku eksyen je lebih..kahkah.


I admit, there are times (many, actually) yang aku nak sangat masuk keje balik. Rindu kawan2 tu dah pasti. Another reason truthfully, I think I could still contribute. Rasa mcm this brain of mine masih bijaksana #puihh. And, I think the longer I'm unemployed, nanti lagi susah nak masuk balik keje.

Ye la kita tak tau in future mcm mana kan? I may need to go to work kalau dah rezeki aku kat sana.

Tapi most of the times aku rasa nak balik keje is bila aku stress melayan perangai budak2 ni bergaduh.


Ada sekali tu...


Dalam kereta, ambik Balqis balik sekolah. Balqis was holding her notebook in her hand so Sofeya nampak and nak tengok

Tengok qis?

Tak boleh!

Ala tengok laaaa

Tak yah laaaaa!!!

Kenapa??

Sebab tak boleh je laaaa

Kenapa???? Mesti ada sebab!!! kenapa????


Weiii.. aku yang tengah drive ni dah start hangin satu badan. Niat di hati nak biarkan je diorang resolve sendiri. Tapi tak berenti ulang dialog yang sama 15 kali so telinga aku bingit!!!

Aku bengang kat 2-2

Si Balqis ni pun, apa salah ko kasik je tengok..dah setel tak de masalah.

Si Sofeya ni pun, Balqis dah tak bagi, sudah la. Its her book, sukati la nak kasik ke tak. Jgn paksa boleh?


So terpaksa la aku masuk campur sebelum aku naik hantu dlm kereta

Qis kenapa tak kasik?

Sebab tak nak je laaaaaa

Kasik je la adik nak tengok, bukan nak buat apa pun..tu pun susah bla bla bla 

Boleh imagine sendiri aku bebel sampai telinga nanah

Setel sorang


Adik kenapa nak tengok?

Saja je.. tak de apa

Mesti ada sebab? Kalau saja buat apa? Tadi paksa2 kak qis kena ada sebab sekarang adik nak tengok sebab apa?


Baru diam. Dia paksa orang boleh nak sebab2 bagai..dia nak boleh plak... ishhh



So paham tak betapa aku stress nak ngadap benda mcm ni hari-hari? 


Ni baru dua uols. Aku tak leh imagine kalau aku ada anak kecik lagi sorang. Dgn baby dlm kereta, nak tunggu bebudak balik skolah. Dgn bingit diorang bergaduh, pas tu baby nangis nak susu/berak/whatevs.


Boleh pitam.


Tapi, stress2 pun, budak berdua ni la buah hati kesayangan.




Sempat tido otw nak ke sekolah.


Bila tengok camni, hilang semua stress. Sejuk hati. Lupa dah apa yang aku hanginkan. And all the reason why I resigned my job became clearer.

No matter mcm mana aku nak sangat masuk kerja, aku tak sampai hati nak tinggal budak2. Walaupun diorang dah besar and boleh jaga diri sendiri, I still kenot.

Siapa nak hantar-ambik sekolah?

Siapa nak masak and suapkan diorang makan?

Siapa nak jaga makan pakai diorang, jadual belajar, brg2 keperluan sekolah?


No matter how besar dah diorang, they are still my babies and forever will be. Selagi boleh, I will make sure aku spend as much as as I can nak attend to their needs.


Ni baru anak2, belum lagi cerita nak jaga suami. Sama lah jugak dgn anak2, kalau dah ngadap hari2 tu memang wajib gaduh tarik2 rambut tapi kalau tak de depan mata boleh rindu meroyan dibuatnya!

I think, as much as they need me, I need them more. 


Syukurlah, ada rezeki nak bersama keluarga. 



16 August 2015

Cerita anniversary

So 11 August haritu anniversary kitorang yang ke 8.

Dah 8 uols, tapi tetap rasa cam pengantin baru auwwww bluek. -___-




Gambar raya je la bagi korang tengok sampai muntah.



Ni la first time sambut anniversary tak sama2. Sebab mr p outstation ke obersea. Jauh dah la bukan calang2 agak beza la time zone so kiranya aku la celebrate dulu anniversary.

Memang tak feel.


Dah la sebelum dia pegi tu, aku ada mention kat dia


"You pegi 8hb eh? So masa aniversary u tak de la kan?"


Sumpah, muka dia mcm terkedu and paused for like 5 seconds. Cis. Aku dah agak, mesti dia tengah pk bila date anniversary.

"Oh.. ha ah lah..."

"Hmphhh.. mesti u tengah pk bila date kan?"

"Hahahahha tu la pasal!!"



Lagi best..ni masa aku msg dia 10hb, a day before our anniversary




Kau mampu???



Jujur sangat laki aku ni.. kalau aku la, memang panic. Mau cepat2 cari alasan nak reply buat2 phone hang ke..hahahhahahha


Tapi ada aku kecik hati? Nan hado. Koser dah weih nak kecik hati majuk bagai kalau tak ingat date2 penting ni.


Faktor umur lah kot. 


Janji dia sayang aku and anak2. Jaga kitorang, bagi cukup makan minum henbeg kasut  kasih sayang yang tak berbelah bahagi ecewah.


Dah 8 tahun hidup susah senang, alhamdulillah Allah jodohkan aku dgn dia. 

Time ada depan mata memang hari2 bertekak bergaduh tarik2 rambut bagai (ok tipu, mr p mana ada rambut hakhakhak). Tapi bila tak de depan mata ni, memang kosong, tak lengkap rasa hidup.

Nak explain pun tak tau mcm mana. 


I am looking forward for many years ahead, till Jannah, Insya Allah.


Love you now and forever :)

22 July 2015

Raya 2015

Hola!

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin uols!

Camne sambutan raya korang? For us, Alhamdulillah, serba mencukupi. Tak tahu mcm mana nak describe, tapi aku happy sangat raya tahun ni berbanding dulu2. 

Mungkin sebab few days before tu sakan aku bergaduh dengan Balqis and mr p (don't ask) so as usual lepas gaduh memang the bonding tu extra best sikit.

Mungkin jugak raya ni pagi2 bersiap kat rumah sendiri, mungkin juga sebab ni first time all 4 of us solat raya sama2.

Atau mungkin jugak Ramadan kali ni mcm meaningful sikit berbanding tahun dulu. Sofeya pun puasa penuh so alhamdulillah syukur. Terawih pun byk kali dpt peluang pegi masjid negeri as compared to previous years byk buat kat rumah je.

Persiapan kitorang so so je. Baju raya pun sorang sepasang buat pakai raya pertama. Raya kedua and seterusnya mmg pakai je la apa yg ada.

Masak? Memang tak la. Cuma aku goreng bihun je pagi raya bawak pegi rumah mak aku.

Kuih? Kemmm salam! Jgn kan buat, beli pun tak de. 


Cuma aku stress sbb awal puasa muka aku tumbuh jerawat seketul tengah2 pipi, and kat situ la dia bertapa sampai sekarang. Lagi best sehari sebelum raya tumbuh lagi satu btul2 bawah dagu. Demn you jerawat.. kau bawak geng ye? 


Anyway moh ler tengok gambar sementara aku rajin. Dah malas kang jawabnya Raya Haji la aku next apdate :p




Selfie dulu apa2 hal. Ni lepas solat raya kat Masjid Negeri. Boleh nampak kan jerawat kat belah kanan? Nyampah!




Us! 

Balqis dah nak sama tinggi dgn aku. Kasut dah 1 size bigger. Baju raya aku pun dia dah plan nak pakai masa majlis raya kat skolah. Tudung aku jgn cakap la..mmg hak milik dia jugak!

Btw aku dgn Balqis pakai tudung Babes and Basic Neelofa. Best gak tudung ni (jakun beli tudung mahal) but somehow I feel tudung ni buat aku nampak gemok.

Eh mesti la kena salahkan tudung! Takkan tetiba aku nampak gemok kan????

Kah kah.




Family photo!

Ni antara reason aku happy. Tau tak last year kitorang tak de family photo masa raya? Sedih tau! Tahun ni mmg puas bergambar!



Pagi raya tu ke rumah parents aku. 

Kat sini cuma tinggal aku and kak mi. Kak ani nun jauh di Canada, Kak yah a bit closer kat Australia.


Later went to rumah pakcik mr p, then gerak ke Melaka. Sambung beraya 2-3 rumah.

This year, surprisingly aku tak makan banyak. Believe it or not aku tak makan lemang/nasi himpit dan seangkatan dengannya langsung!

Bukan nak menjaga sangat tapi mmg tak terasa nak makan.


Cuba kau sua nasi lemak depan mata mmg konfem tak tolak!

-___-


Second day, gerak balik ke KL, otw singgah Seremban/Senawang beraya lagi.



With the in laws!

Kau tengok rambut Sofeya. Ni dia sikat sendiri. K pop la kot tu gamaknya.

Kiri sekali tu kak ina, sepupu mr p. Mak andam masa aku kawin dulu. Pernah mention dah kot sblm ni. Tapi nak citer jugak dia ni lawa nyer aku tatau nak cakap. Kulit tu mmg sebijik telur dikupas. Halus, gebu and glowing.

Heran la aku camne boleh lawa camtu. Nyampah tau!





The girls!


Ni adik2 ipar aku. Kiri Jaja, kanan Shikin. Angah tak de, beraya belah suami dia. Shikin kebetulan suami dia kerja so tak dpt la raya dgn suami. Hana, baby debot di atas tu anak dia yang dah 8 bulan.

Hana ni sedap kalau digomol. Lazat berkrim. Nyamsss.



Gambar ni bila aku zoom, menitik2 peluh kat muka. 

Panas hazabedah. By tengahari, memang dah lencun belengas. Yang aku tak paham, mcm mana orang boleh maintain lawa seharian sampai raya ketiga ke empat korang pakai baju raya.

Raya kedua aku pakai baju kurung pun dah syukur lah. Ikut hati aku pakai suar dgn tshirt jek. 





Aku suka gambar ni!!


Sebab *ehem* nampak kurus! And Sofeya pun nampak mcm ewah vogue habis dgn gaya diri senget pegang henbeg.

Walau henbeg rm15 tapi janji nampak cun kan adik kan!


And last but not least, gambar paling cun!!!





Pitam la korang muntah belahak.


Nasib la, bukan senang aku nak selfie elok2 dgn mr p. Dah dpt yg elok ni aku tak kira nak tayang jugek!!


Lagipun bulan depan anniversary so nak ambik mood sikit. :)







03 July 2015

Cerita bulan puasa

Hi korang!

Dah 16 hari kita puasa tak lama lagi dah nak raya. Tahun ni satu lauk pun haku tak update. Konsep malas gitu.

Penat pun ye. Penat ya ampun tahap nak nangis tak tau nak cakap mcm mana. Bukan nak komplen ye cuma nak cerita.  Pagi seawal 4 pagi aku bangun (kalau penat sgt 4.15, 15 menet tu sangat berharga!) prepare sahur. 

4.30 kejut bebudak makan. Kena kejut awal sbb Sofeya ni makan slow sangat. Kadang tu sebijik2 nasi dia suap masuk mulut tak ke hangin aku. Nak tunggu dia makan sendiri memang tak la so kadang tu aku makan sendiri awal2, time dia bangun tinggal aku suapkan  baru habis sepinggan.

Setel makan kemas dapur, sidai kain and by 6.30 kejut Balqis pegi sekolah.

Balik tu memang tak de la aku nak tidur. Sebab utama, aku mmg tak leh tidur siang nanti lagi penat dan sakit kepala. Tapi bila tak tidur mmg akan penat jugak..hahaa so acaner tu?

Kadang tu tertidur jugak lat, sedar2 tu sampai nganga2 mulut aku sbb penat sgt. 

Tapi another reason aku suka buat keje pagi2 sbb rasa sejuk nyaman and tenang.

Sofeya mmg aku biarkan tidur sampai kol 10 at least. Biar kurang masa siang dia berjaga takut dia lapar.

Oh and korang tau tak dia PUASA PENUH?

Oh my God that little girl I am so proud of her! 

Dah la tahun lepas2 tak pernah langsung puasa. Cuma the first 3 days je dia melalak2 sampai basah tudung sekolah (seriouslyyy) tak tahan sangat lapar. 4th day onwards ALHAMDULILLAH syukur dia dah biasa, tak de komplen. 

Cuma dia kata, "kalau mama priyed (period) adik pun tak nak puasa!"

Ok fine, maka "puasa" sebulan la aku nampak gaya :p



Lagi satu penat nak memikir lauk apa nak masak. Sebab Sofeya puasa so memang dah tentu kena ikut tekak dia. Tapi dia ni tak susah janji kena rotate ayam masak lemak, sup kaki ayam, nasi goreng, ayam goreng atau telur goreng dgn nasi kicap.

Kalau tak de tu kesian la pulak kan.


Balqis pulak tak sihat, minggu ni je dah 3 hari dia tak pegi sekolah. Kesian aku tengok. First day sakit tu gagah jugak la puasa tapi masuk 2nd day tak baik2 aku suruh buka je. Batuk, selsema, sakit tekak demam kahak semua complete!

Suruh minum air berbotol2 bagi cepat baik. Tapi tunggu adik pegi sekolah baru boleh makan. Dah la minggu depan nak trial UPSR tu yang aku suruh rest betul2.




Keje Kay Parlour pulak belanbak2 tambah hujung bulan + raya. 2-3 jam dalam kereta  buat delivery tu dah pasti hari2 so memang penat tak tau nak kata, tapi rezeki kan takkan nak komplen.

Pos pun banyak and kalau korang nak tau Poslaju mmg agak delay sikit. Biasa next day tu dah dpt parcel, tapi lately aku byk dpt komplen parcel 2-3 hari lambat.

Sabar ye korang mmg festive season mcm tu. 



Ok la tu je nak membebel di pagi Jumaat. Nak lipat baju sekarang. Bai.



Upah sbb berpuasa kena masuk Speedmart balik skolah beli air. Kadang tu air sejuk kosong pun nak beli janji kena beli!





18 June 2015

Selamat berpuasa!

Dah masuk bulan Ramadan kan?



How time flies. Oh well, time fly, fly jugak, lemak aku ni ha tak jugak2 fly! Nasib kau la lemak. Aku dah pasrah!


One thing aku teringat sampai sekarang, masa darjah 6 dulu ada kawan aku sorang ni pernah cakap

"Baru sehari puasa!"

Then ada sorang lagi ni cakap

"Eleh kau tengok la, ni baru sehari, nanti sedar tak sedar ehhh dah 29 hari, dah nak raya dah!"


Kan... and that was 25 years ago. Can't believe it's been that long. Aku teringat lagi time darjah 1 my mother dukung aku gi meja makan time sahur. Dengan mata terlelap2 tu la dia dok suap aku makan nasik dgn sup ayam (yes i remembered that exact moment and exact menu).

Dulu2 tak ada pun sup bunjut adabi tapi kenapa sup mak aku sedap sangat? Skang ni aku pakai sup bunjut pun tak dapat sedap cam mak aku buat!

Alamak tetiba teringin sup ayam!! Baru pukul 7.30 pagi ni acaner?

Ceh mcm budak2 konot!



Tahun ni dah cakap kat Sofeya kena puasa penuh. Kalau korang baca last year omak aiii drama boleh dapat best actress!

Pagi tadi kejut sekali je mmg senang nak bangun. Pas tu aku fefeeling nostalgic terus dukung gi meja makan and suap dia jugak mcm aku dulu2! Kah kah!

Alhamdulillah habis sepinggan nasi dgn ayam goreng dia makan.

Bagi minum susu and air putih.


Pas tu masuk bilik bawak air putih, aku suruh minum cepat sbb nak azan dah ni. Sebelum tu bukan main liat nak habiskan sebotol je pun air. Dan2 azan je, tetiba tu la dia haus!!

"Maaa... adik baru minum 1 sip je ni!!!"


Eh sudah! Nengada tau auta je lebih budak ni.




Ok ada gazillion things I haven't updated.


Esok2 la ye.. nak pk menu berbuka :)




14 April 2015

Busy ya ampun!

Hello korang!

Sedar tak nak masuk middle April? 
Which means tak lama pun lagi 2015 nak habis..
Which means tak lama lagi nak puasa, raya
Pas tu Balqis UPSR..

Oh tapi yang paling soon adalah KONSERT BSB yo!!


Boleh la bayang aku menjerit2.. oh well.. dikejauhan seat nun hujung..

Sobss..

Hujung pun hujung lah..janji pergi!



Tapi skang ni, hidup aku kalut.. KALUT!

Too much to do, too little time.


Mainly Kay Parlour kesayangan aku ni lah. Kalau korang notice website aku skang tak leh masuk ye. Coming Soon back kata omputih.





Tu bukan aku ye..aku lagi cun! #puih.


Nak enhance, add new functions, automate payment, yada yada.. senang sikit korang shopping infuture.

Tak payah nak whatsapp aku jek.. kang lambat reply lah, stok tak ada lah, termiss order lah.


Tu baru kat website ye. Belum benda lain. Marketing, promotion, daily postage, deliveries, nak jawab whatsapp, hampir semua aku buat sendiri.




Hampir lah.. nasib ada assistant


Belah kiri tu (yg pakai baju Ephyra) :

Head of IT department Kay Parlour
Shareholder Kay Parlour
Despatch (on weekends)
Photographer (yg ni belum tapi nak suruh jugak!)


Yang pakai tudung biru pakai sunnies fefeeling mak datin tu :

Lepas habis UPSR sila pegang handphone update IG ya!


Yang baju biru kat depan tu :

Tolong bungkus parcel.


Yang pakai tudung purple tu :

Eh aku boss, jadi mandur lah!



Nak hire orang mcm belum mampu so pakai la tenaga pekerja free yang ada ni.



Tapi on serious note, aku busy. BUSY paham?

Lantai rumah aku dah melekit. Habuk tak yah cerita. I hate you habuk. Baru lap semalam hari ni dah datang balik. Tapi tak pe la.. demi mencari sesuap nasi, somethings kena sacrifice.


And oh did you know we do deliveries now?

Area Shah Alam of course. Luar Shah Alam belum ada lagi buat masa ni. Time aku pun limited.

So every Monday-Friday, between 2 - 4 pm aku akan ronda satu Shah Alam utk deliver barang. Kalau time lain, boleh, but kena buat appointment atau paling senang korang datang pickup je kat Seksyen 20 ok?


 Tu je la nak bebel. Sekarang nak siapkan Sofeya pegi sekolah.

Rajin2 nanti kita bebel lagi. OK bai.






09 April 2015

Ironman 70.3 Putrajaya 2015

Ni cerita Ahad lepas.




Bagi yang tak tau,

Ironman = Swim + Bike + Run

Full Ironman means

Swim 3.8km
Bike 180km
Run 42km


Ironman 70.3 means ko kena buat separuh dari di atas


Ada paham?


Kalau betul2 paham sila pitam.


Now sebelum korang speku aku atau mr p yang masuk, no no no.. kitorang (aku especially) belum sampai tahap ni lagi.

Mr p masuk team. Maksudnya bukan buat sorang all 3 events, dia cycle, org lain swim and another run.

Lutut dia (mr p) injured last January (tak ingat aku citer ke tak) berkat main futsal. So aktivity berlari mmg stop kejap. Tu pasal dia masuk cycle je. Cam dia bagus la, ada jugak pasang angan2 nak masuk ironman.

Aku?


Aku???


Jadi support crew pun cukup lah bang!


Anyhoooo


On the day itself, aku dgn anak2 semua pergi tunggu. Tunggu mr p habis cycle, and lepas tu tunggu lagi sorang habis lari.

So all in all dlm kol 3 lebih jugak la baru habis, dari pagi!


Aku yang jadi penunggu ni pun penat satu badan (serious tak tipu) and basah lencun peluh sbb panas ya ampun.

I KENOT imagine korang yang masuk tu mcm mana!


Masa nak tunggu kat finishing line (lari), aku rasa nak tepuk and cheer kat SEMUA FINISHERS!


Sebab, I think you guys are SANGAT HEBAT DAN SANGAT AWESOME!

Tak kira la buat team, and tambah lagi kalau buat sorang. The fact that kau boleh  buat keje gila ni tengah2 panas, and finish the race tu mmg sangat hebat!

Tu baru half ironman ye, belum full.


I think aku appreciate sgt benda ni, sebab aku dah tau betapa penat and hazab nya berlari. Ni pun gaya2 21km je paling jauh aku pernah buat. 

Kau bayang la boleh swim, bike, then RUN another 21km tengah2 panas!!


Mcm mr p, dia actually pernah je ride lagi jauh few times before this. Yg ni cuma 90km (cuma????) tapi what makes it challenging sebab tengahari buta tengah panas.

He said few times mmg nak giveup je rasa. Panas, dehydrated, mabuk, nak minum pun tak lalu.

Tapi mengenangkan ada kawan lagi sorang tengah tunggu nak lari, dia gagahi jugak.




Kiri, bersama support crew hekhek

Kanan, bersama team ironman!


Selalu aku pegi event running, ni first time pegi tengok ironman.

I have to say, perasaan SANGAT LAIN. Like a whole new level. 

Running? Semua boleh buat.. but Ironman? Mannnn... memang hebat sgt kalau kau boleh buat!


Look at their physical pun nampak lain. Badan semua lean and mean. 


Korang kalau nak cari motivation nak kurus, meh la event2 mcm ni. Konfem semangat weih!

OK mari kurus sesama!

#gigihtakmakannasi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...